Info Kerjaya Malaysia

Mahu Cepat Dipanggil Kerja Selepas Interview? Amalkan 6 Tips Ini, Gerenti Dapat Kerja

4,054

Mahu Cepat Dipanggil Kerja Selepas Interview

Jika orang lain membuat persiapan temuduga secara tradisional, apa kata gunakan kreativiti anda supaya anda nampak menonjol berbanding calon yang lain. Jika anda benar-benar mahukan kerja tersebut, pastinya anda akan membuat apa sahaja yang rasional dan diterima akal asalkan anda berjaya memenangi penemuduga.

Malahan, ada calon yang melakukakan beberapa inisiatif yang agak kreatif supaya majikan memilih mereka untuk menjawat jawatan yang diiklankan.

Ingin bersaing dengan calon lain secara sihat? Dapatkan tips tersebut disini untuk panduan anda.

6 Tips Interview

Antara 6 tips interview yangb oleh anda amalkan atau dijadikan panduan ialah seperti :

1. Bina Portfolio Online 

Seiring dengan teknologi terkini, apa jua bidang dan kemahiran yang anda perolehi seeloknya anda boleh muat naik melalui portfolio anda secara online. Bagaimanakah portfolio online tersebut? Anda boleh mencipta atau memuat turun potfolio anda melalui blog atau media sosial anda yang dikhaskan untuk hasil kerja anda.

Berikan link portfolio anda kepada penemuduga atau bakal majikan melalui resume, cover letter atau CV anda. Biarkan mereka menilai kelebihan dan keupayaan anda dan pastinya mereka tidak salah orang untuk ditawarkan jawatan tersebut.

Mahu Cepat Dipanggil Kerja Selepas Interview? Amalkan 6 Tips Ini, Gerenti Dapat Kerja

2. Pastikan Personaliti Anda Menonjol

Sentiasa bercakap dan bercakap dalam tempoh 1 atau 2 minggu sebelum temuduga. Penuhi diri anda dengan maklumat penting yang berkaitan dengan pekerjaan dan syarikat yang anda akan temuduga nanti. Anda tidak perlu terlalu berlakon dan menyembunyikan diri anda sendiri ketika temuduga dijalankan. Sentiasa jujur dan menjadi diri sendiri. Tetapi pastikan sisi positif anda ditonjolkan untuk menarik perhatian majikan.

3. Selesaikan Masalah Syarikat

Biar betul tips ini? Ya, memang betul. Tetapi mestilah melalui cara yang betul. Contohnya, jika seorang pereka grafik dipanggil untuk temuduga. Pastinya beliau sangat mahir untuk mereka cipta apa jua jenis grafik yang dikehendaki oleh pelanggan. Jadi, tonjolkan kemahiran anda sebagai seorang pereka grafik untuk design logo syarikat yang up to date dan sesuai dengan branding image syarikat. Malahan anda juga dapat membantu syarikat untuk visualkan produk mereka dengan cara yang menarik.

Jika anda bukan seorang pereka grafik pula bagaimana? Dapatkan maklumat mengenai syarikat, gunakan kemahiran atau kepakaran anda dan buktikan kepada mereka bahawa anda mempunyai idea terkini serta kreatif untuk membantu syarikat menyelesaikan masalah mereka.

4. Tunjukkan Statistik

Tidak semestinya pengalaman sebagai akauntan atau bahagian jualan sahaja yang  perlu menunjukkan statistik pencapaian ketika temuduga dijalankan. Malahan bahagian pentadbiran juga boleh menceritakan pencapaian atau perolehan secara statistik kepada penemuduga anda. Tujuannya ialah untuk menunjukkan progress dan kebolehan anda dalam bidang pekerjaan anda selama ini.

Mahu Cepat Dipanggil Kerja Selepas Interview? Amalkan 6 Tips Ini, Gerenti Dapat Kerja

5. Rancang Hari Menghantar Resume

Hantar resume pun ada hari dan waktunya juga? Ini kerana hari Isnin merupakan hari permulaan untuk bekerja dan pastinya terdapat ramai pemohon kerja akan menghantar resume pada hari tersebut. Ingin tahu hari dan waktu yang sesuai untuk menghantar resume anda? Klik sini dan dapatkan tips untuk menghantar resume pada masa yang sesuai.

6. Gunakan Resume Terkini

Anda boleh gunakan pelbagai jenis template terkini atau anda boleh mencipta template resume dengan menggunakan PowerPoint. Anda tidak boleh lagi membuat andaian bahawa anda akan menonjol dimata majikan dengan hanya menggunakan resume yang agak ketinggalan zaman. Spesifikkan resume anda hanya untuk memohon pekerjaan di syarikat tersebut sahaja dengan memasukkan tema warna atau logo syarikat tersebut ke dalam resume anda.

Tidak perlu membuat perkara yang tidak masuk akal semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan yang anda inginkan. Lakukan sedikit perubahan dan berfikir dengan kreatif agar anda lebih menonjol berbanding calon yang lain. Selamat mencuba dan semoga anda mendapat kerja yang diinginkan.

close-image