Info Kerjaya Malaysia

Cara Mohon RM350 Bantuan Bulanan Warga Emas JKM

106,340

Bantuan Bulanan Warga Emas JKM

Warga emas juga layak mendapat bantuan sebanyak RM350 setiap bulan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Untuk pengetahuan anda, bantuan bulanan ini bertujuan untuk membantu warga emas meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan kehidupan mereka dalam masyarakat serta komuniti.

Cara Mohon RM350 Bantuan Bulanan Warga Emas JKM

Bantuan Kewangan Kepada Warga Emas

Bantuan Orang Tua (BOT) yang diberikan RM350 sebulan seorang sebagai saraan hidup kepada warga emas yang memerlukan bantuan supaya terus tinggal dalam komuniti berdasarkan kelayakan berikut :

  • Pemohon berumur 60 tahun ke atas dan warganegara serta pemaustatin di Malaysia.
  • Pemohon tiada sumber pendapatan untuk menyara hidup.
  • Tiada keluarga atau mempunyai keluarga yang tidak berkemampuan untuk memberi sumbangan.
  • Pendapatan Isi Rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa.
  • Tidak tinggal di institusi kendalian JKM.
  • Tidak tinggal di pusat jagaan harian/ berkediaman yang memberi kemudahan/ perkhidmatan secara percuma.

Cara Mohon RM350 Bantuan Bulanan Warga Emas JKM

Langkah Membuat Permohonan Bantuan Bulanan Warga Emas JKM

Untuk membuat permohonan bantuan bulan warga emas JKM ini, anda boleh hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang terdekat atau secara online melalui sistem eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Untuk membuat permohonan secara online, sila ikuti langkah-langkah yang disediakan ini :

  1. Klik eBantuan JKM
  2. Klik DAFTAR PERMOHONAN ATAS TALIAN.
  3. Klik DAFTAR PERMOHONAN
  4. Pilih NEGERI pemohon.
  5. Masukkan NOMBOR KAD PENGENALAN anda.
  6. Klik DAFTAR.
  7. Isikan MAKLUMAT PENDAPATAN seperti yang diminta.
  8. Isikan MAKLUMAT KEPERLUAN BULANAN.
  9. Klik KEPUTUSAN.

Nota : Pemohon atau wakil perlu hadir ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut daerah  yang dipohon dalam sistem eBantuan JKM dalam tempoh 14 hari daripada permohonan. Jika gagal hadir dalam tempoh tersebut, permohonan anda akan terbatal secara automatik.

Dokumen Sokongan

Berikut adalah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon bantuan bulanan warga emas JKM :

  • Salinan fotostat Kad Pengenalan / MyKad Pemohon.
  • Salinan fotostat Kad Pengenalan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama.
  • Sertakan salinan alah satu Bil Utiliti (air / elektik / telefon / Astro) yang menunjukkan alamat rumah.
  • Sediakan salinan penyata pendapatan /surat akuan pendapatan (Bekerja sendiri).
  • Dapatkan salinan laporan pegawai perubatan dari hospital / klinik kesihatan kerajaan / swasta (Sakit / Tidak bekerja).

Untuk membuat pendaftaran dan semakan status permohonan bantuan JKM yang lain-lain, anda boleh dapatkan panduan dengan klik disini sahaja.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Jika anda inginkan maklumat yang lebih lanjut, pertanyaan dan sebarang masalah berkaitan bantuan bulanan warga emas JKM, sila hubungi JKM di :

  • Alamat :
    Jabatan Kebajikan Masyarakat
    Aras 6, 9-18
    No 55, Persiaran Perdana,
    Presint 4,
    62100 Putrajaya
  • Telefon : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045
  • Emel : Maklum Balas (ISPAAA)
  • Hubungi JKM : JKM NEGERI / DAERAH

close-image