Info Kerjaya Malaysia

5 Tuntutan Yang Boleh Dibuat Keluarga Mangsa Terhadap Pemandu Mabuk. Baca Ini

1,133

Kemalangan & Kematian Akibat Pemandu Mabuk

Tahukah anda bahawa anda boleh membuat tuntutan kemalangan dan mengakibatkan kematian akibat pemandu mabuk?

Terdapat 5 jenis tuntutan sivil yang boleh dibuat dan anda perlu mempunyai pengetahuan tentang prosedur pendakwaan dan tuntutan saman terhadap pemandu mabuk berkenaan.

Baca perkongsian ini untuk ketahui prosedur yang betul untuk membuat tuntutan ini.

5 Jenis Tuntutan Sivil Kemalangan & Kematian Akibat Pemandu Mabuk

Berikut adalah 5 jenis tuntutan yang boleh anda dilakukan sekiranya terlibat dalam kemalangan dan kematian akibat pemandu mabuk :

1. Dependency Claim

Dependency Claim ialah tuntutan keluarga si mati yang menuntut agar pemandu mabuk membayar sejumlah wang yang sepatutnya si mati boleh sediakan sekiranya masih hidup sehingga umur 55 tahun. [Seksyen 7(3) Akta Undang-Undang Sivil 1956]

Contoh :

Semasa hidup, si mati menyediakan sebanyak RM2000 setiap bulan untuk menyara keluarga. Maka, ada pengiraan tentang saraan ini dimana syaratnya saraan itu wajib diberikan secara terus kepada ahli keluarga yang betul-betul menerima duit tersebut.

Rujuk peguam untuk kiraan dan tertakluk pada keputusan Hakim untuk diterima atau tidak.

5 Tuntutan Yang Boleh Dibuat Keluarga Mangsa Terhadap Pemandu Mabuk. Baca Ini

2. Bereavement Claim

Tuntutan bayaran kesedihan yang dialami satu keluarga sebab kematian si mati.

Tuntutan tidak melebihi RM3000.

Contoh situasi :

Suami atau isteri si mati hidup tak terurus, tiada tempat bergantung, tidak boleh bekerja akibat trauma dan anak-anak menangis dan meracau rindukan si mati.

3. Loss Of Support

Tuntutan ini lebih kepada tuntutan tenaga dan tidak melibatkan wang ringgit kerana ia melibatkan kehilangan tempat untuk bergantung harap.

Contoh situasi :

Si mati merupakan seorang anak yang menjaga kedua ibu bapanya dan merupakan ketua keluarga bagi keluarga tersebut. Kedua ibu bapa si mati bergantung kepadanya untuk makan, minum , membawa ibu bapa ke hospital, mandikan ibu bapa yang sakit dan sebagainya.

Jadi, ibu bapa kepada si mati boleh membuat tuntutan kehilangan sokongan kepada pemandu mabuk tersebut.

4. Estate Claim

Ini merupakan tuntutan kecederaan si mati di mana keluarga tersebut boleh membuat tuntutan kepada pemandu mabuk sejumlah bayaran disebabkan kesakitan yang dialami oleh si mati. [Seksyen 8(5) Akta Undang-Undang Sivil 1956]

Jika mangsa masih hidup, si mangsa perlu membuat tuntutan ini dan sekiranya telah meninggal dunia, keluarga perlu membuat tuntutan dan bergantung pada laporan perubatan doktor.

Tiada spesifikasi jumlah tuntutan dan ahli keluarga boleh meletak seberapa banyak tuntutan yang dimahukan dan terpulang kepada keputusan Hakim untuk meluluskan tuntutan ini.

Ahli keluarga boleh menuntut bil hospital, duit pengangkutan dan duit baiki kenderaan yang terlibat dalam kemalangan.

5 Tuntutan Yang Boleh Dibuat Keluarga Mangsa Terhadap Pemandu Mabuk. Baca Ini

5. Tuntutan Kos Guaman

Keluarga boleh menuntut pemandu mabuk membayar semua kos guaman sekiranya keluarga si mati menang dalam kes ini.

Tempoh Mula Saman

  • Tempoh mula saman adalah dalam tempoh 3 tahun selepas kematian.
  • Lepas 3 tahun, ahli keluarga si mati tidak boleh membuat tuntutan.
  • Tertakluk pada tuntutan jenis Dependency Claim, Bereavement dan Loss of Support.
  • Manakala bagi tuntutan Estate Claim pula anda boleh mulakan saman dalam tempoh 6 tahun selepas kematian.

Pemandu Kalah Saman & Tidak Mahu Bayar

Sekiranya pemandu kalah saman bagi kes tetapi tidak mahu membuat bayaran, sila lakukan perkara ini :

  • Minta Mahkamah mengarahkan PDRM sita semua aset dan barang pemandu tersebut dan lelong sehingga wang yang dituntut cukup.
  • Minta kepada orang yang berhutang dengan pemandu mabuk tersebut membayar segala hutang kepada ahli keluarga si mati sahaja.
  • Menjual share syarikat pemandu mabuk jika ada.
  • Minta Mahkamah Declare pemandu mabuk bankrap/muflis sekiranya pampasan melebihi RM50,000.

Pentingnya disini untuk mengetahui beberapa undang-undang sivil yang boleh dituntut akibat kesalahan dan kecuaian orang lain sehingga mengakibatkan kematian.

Semoga kita dan ahli keluarga kita tidak menjadi mangsa pemandu mabuk dan berharap pihak berwajib menguatkuasakan undang-undang yang sebaiknya untuk menghukum pemandu mabuk yang mengakibatkan kematian orang lain.

Sumber : Encik Mufarwa Farid, Peguam Hanif Hassan & Co, Seremban.

close-image