Info Kerjaya Malaysia

Nak Jadi Youtuber? Penuhi 5 Syarat Minimum Ini, Confirm Youtube Bayar Video Anda Dengan Bayaran Yang Lumayan

6,485

Nak Jadi Youtuber? Penuhi 5 Syarat Minimum Ini Dahulu

Mungkin ada dikalangan daripada kita semua sangat berminat dalam industri video, filem dan sebagainya. Ada diantara kita juga merasakan Youtube adalah salah satu sumber untuk menjana pendapatan dengan mudah kerana mempunyai kelebihan serta kepakaran untuk mengambil video serta editing.

Bagi anda yang ingin menjadi seorang Youtuber seperti mana orang lain, anda boleh dapatkan 5 syarat minimum yang telah ditetapkan oleh Youtube untuk mendapatkan bayaran yang agak lumayan.

Inginkan gaji dalam bentuk USD tetapi hanya bekerja secara online sahaja dari rumah? Klik sini dan jom jana income yang lumayan mulai sekarang.

5 Syarat Minimum Youtube Partner

Untuk pengetahuan anda, Youtube Partner adalah satu program di mana pencipta kandungan diberi akses untuk menjana pendapatan dan juga dengan pelbagai ciri lain yang disediakan di dalam Youtube.

Antara syarat minimum yang ditetapkan ialah :

Subscriber Melebihi 1,000 Orang

Pasti ada yang sedia maklum bahawa channel anda perlu mempunyai 1,000 orang subscriber (minimum). Mungkin pada masa akan datang jumlah ini akan ditambah oleh Youtube. Maklumlah, sudah ramai yang ingin menjadi Youtuber kan.

Subscriber tak ramai? Jangan risau. Upload sahaja video-video anda dan letakkan headline yang baik dan tepat agar mudah pelanggan mendapatkan video anda dan subscribe channel anda.

Nak Jadi Youtuber? Penuhi 5 Syarat Minimum Ini, Confirm Youtube Bayar Video Anda Dengan Bayaran Yang Lumayan

12 Bulan, 4,000 Jam Jumlah View

Jika anda sudah mencapai subscriber sebanyak 1,000 orang, anda perlu memastikan jumlah view pula sebanyak 4,000 jam dalam tempoh 12 bulan.

Jika jumlah view lebih 4,000 sepanjang tahun, anda perlu ingat bahawa hanya 12 bulan terakhir sahaja yang akan dikira. Jika anda delete video daripada channel, jumlah jam akan ditolak dan mungkin channel anda akan dibuang daripada program Youtube Partner.

Nak Jadi Youtuber? Penuhi 5 Syarat Minimum Ini, Confirm Youtube Bayar Video Anda Dengan Bayaran Yang Lumayan

Mempunyai Akaun Google Adsense

Apakah fungsi akaun Adsense? Akaun Adsense dari Google akan berfungsi sebagai akaun keluar masuk wang untuk Youtube dan juga pengurusan iklan.

Bagaimana untuk memohon akaun Adsense ini? Terdapat beberapa syarat yang perlu anda ikuti dan mungkin perlu memohon berkali-kali sehinggalah channel anda boleh menjana wang daripada iklan tersebut.

Klik disini untuk dapatkan maklumat mengenai akaun Adsense di Youtube.

Nak Jadi Youtuber? Penuhi 5 Syarat Minimum Ini, Confirm Youtube Bayar Video Anda Dengan Bayaran Yang Lumayan

Polisi Video Content Youtube

Ikuti polisi video content yang telah ditetapkan oleh Youtube. Apakah polisi yang telah ditetapkan oleh Youtube? Antaranya ialah :

  • Pastikan video anda tidak mengandungi content lucah/seksual/ganas dan yang berkaitan.
  • Tidak membuat content palsu seperti statistik likes/views/komen dan yang berkaitan.
  • Tidak membuat penyamaran.
  • Content bukanlah berbentuk buli/bahaya/kebencian dan yang berkaitan.

Untuk dapatkan polisi Youtube dengan lebih lanjut, klik Community Guidelines untuk panduan anda.

Termasuk Dalam Negara Yang Ada Program Youtube Partner

Tidak semua negara terlibat dengan program Youtube Partner dan klik sini untuk ketahui 149 negara yang sudah terlibat dengan program Youtube Partner termasuklah negara Malaysia. Jadi, tidak ada masalah buat kita semua ya.

Kalau anda mempunyai koleksi video yang menarik, apa salahnya upload ke channel Youtube anda dan pastikan anda ikut polisi yang telah ditetapkan. Mana tahu, selepas ini anda pula menjadi seorang Youtuber yang terkenal di Malaysia.

Nak tahu tak kerja part time yang paling femes di Malaysia sekarang? Silap-silap gajinya lebih dari gaji anda sekarang. Dapatkan 10 kerja part time tersebut disini.

Sumber : Youtube Partner Program

close-image