4,000 Jawatan Kosong Menanti Anda Di Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka
4,000 Jawatan Kosong Menanti Anda Di Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka
Sempena Hari Kebangsaan yang ke-63, Kementerian Sumber Manusia (KSM) menawarkan lebih 4,000 jawatan kosong untuk diisi oleh pencari kerja menerusi Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020.
Menurut Menteri Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan, program tersebut selari dengan inisiatif kerajaan bagi memastikan semua pencari kerja yang terjejas akibat pandemik Covid-19 mendapat pekerjaan lain.
“Lebih 4,000 kekosongan jawatan ditawarkan oleh 85 syarikat yang sudah pun mengesahkan penyertaan dalam program itu.
“Pelbagai aktiviti dirangka sepanjang minggu karnival ini termasuk temu duga terbuka khas untuk semua golongan pencari kerja di negara ini.”
Tarikh Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020
Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020 telah bermula sekarang dan akan berakhir pada 29 Ogos 2020.
Manakala Program Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020 ini dijalankan diseluruh Malaysia.
Namun, setiap pengunjung diingatkan untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan yang dilaksanakan di setiap lokasi karnival dijalankan.
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Minggu Karnival Penjana Kerjaya Merdeka 2020, sila hubungi EIS Perkeso di :
- Telefon : 03-8091 5300
- Facebook EIS PERKESO