Temuduga : 3 Kesalahan Calon Temuduga Ini Boleh Buatkan Nama Anda Di Blacklist Terus Oleh Bakal Majikan
Kesalahan Calon Temuduga Boleh Buatkan Nama Anda Di Blacklist Bakal Majikan
Ada lagi ke yang dapat panggilan temuduga oleh syarikat-syarikat besar atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tetapi suka hati sahaja tidak hadir ketika sesi temuduga dijalankan pada hari yang dinyatakan?
Susah payah membuat permohonan, hadapi peperiksaan online (SPA), bersaing dengan calon yang hebat, resume menarik serta banyak pengalaman tetapi tidak pula hadir ke sesi temuduga yang dijalankan.
Tahukah anda, ini adalah kesilapan yang terbesar anda lakukan dan nama anda boleh diblacklist oleh bakal majikan sekiranya anda bersikap seperti 3 kesalahan yang dikongsikan ini.
3 Kesalahan Calon Temuduga Ini Boleh Buatkan Nama Anda Di Blacklist
Berikut adalah 3 kesalahan calon temuduga yang boleh membuatkan nama anda diblacklist oleh bakal majikan :
1. Tidak Hadir
Tidak hadir atau no show ketika temuduga tanpa memaklumkan kepada pihak syarikat menyebabkan anda akan disenaraihitam oleh syarikat serta bakal majikan anda.
Pentingnya disini untuk anda memaklumkan ketidakhadiran anda untuk ditemuduga kerana pihak syarikat boleh bertolak ansur dan mereka akan menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk anda hadir temuduga semula.
Anda boleh memaklumkan kepada wakil syarikat atau bakal majikan melalu :
- Emel
- Telefon
Pastikan anda menggunakan format emel dan cara yang sesuai untuk memberitahu kepada syarikat bahawa anda tidak dapat hadir pada tarikh dan masa tersebut dan mohon pertimbangan mereka seperti yang dinyatakan disini.
2. Tidak Membuat / Menjawab Panggilan
Calon diam, senyap sunyi tanpa sebarang jawapan setelah menerima panggilan temuduga. Pihak syarikat sama sekali tidak tahu sama ada calon berminat untuk di temuduga atau tidak. Ada segelintir calon yang beriya setuju hadir temuduga pada tarikh dan masa yang ditetapkan, tetapi tidak menghubungi semula wakil syarikat apabila lewat tidak dapat hadir pada hari tersebut.
Bagi anda yang mempunyai masalah menepati masa, buat persediaan lebih awal dan hadir 30 minit lebih awal untuk urusan dokumentasi dan lain-lain. Jika anda jangka akan mengalami kelewatan :
- Telefon wakil syarikat
- Sebut nama anda
- Jawatan yang dipohon
- Masa temuduga
- Nyatakan kelewatan anda 30 minit lebih awal.
3. Lambat Memberi Respon
Mungkin bagi sesetengah calon, tidak mengapa jika respon lambat sedikit daripada tarikh yang ditetapkan. Majikan tidak menunggu anda untuk mengisi kekosongan jawatan di syarikatnya.
Anda perlu maklumkan kepada syarikat setelah menerima surat / emel panggilan temuduga. Jika boleh, dalam masa 3 hari anda perlu maklumkan kepada mereka bahawa anda dapat hadir atau tidak supaya pihak syarikat tidak membuang masa untuk mengatur sesi temuduga anda.
Ingat, jangan pula maklumkan kepada wakil syarikat anda tidak dapat hadir temuduga 5 minit sebelum. Mungkin majikan terus meminta anda tidak datang lagi ke syarikat mereka dan seterusnya diblacklistkan majikan.
Apa yang perlu dilakukan sebelum minta kerja, semasa dan selepas temuduga dan seterusnya mudah dapatkan pekerjaan tersebut? Dapatkan rahsianya disini dan amalkan tips yang dikongsikan tersebut.