Info Kerjaya Malaysia

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga. Jangan Buat Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

11,153

Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga

Seorang penemuduga telah berkongsikan pengalaman beliau melihat secara sekali imbas beberapa kesalahan etika yang telah dilakukan oleh calon-calon ketika sesi temuduga dijalankan.

Malahan, kesalahan yang dilakukan ini adalah ketika menghadiri temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).

Mari kita lihat apakah kesalahan-kesalahan tersebut yang mana 90% markah terus ditolak oleh penemuduga tersebut.

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga

Antara 17 kesalahan etika yang disenaraikan oleh penemuduga ialah :

Calon Lelaki

  1. Tidak menepati masa : Sesi temuduga yang telah ditetapkan adalah pada jam 930 pagi. Tetapi calon hadir temuduga pada jam 940 pagi. Lewat 10 minit. Sepatutnya calon hadir pada jam 9 pagi iaitu 30 minit lebih awal seperti mana yang telah ditetapkan dalam panduan temuduga SPA.
  2. Terlupa membawa neck tie : Untuk temuduga perjawatan tertentu, calon lelaki diwajibkan memakai tie kerana memakai blazer. Bagi penemuduga tersebut, memakai blazer tanpa mengenakan tie sangat tidak kemas dan apabila ditanya, calon pula menjawab terlupa untuk membawa tie.
  3. Memakai neck tie yang tidak sesuai : Bila sudah pakai, tienya pula berbunga-bunga dengan corak yang besar dan berwarna-warni. Sakit pula mata ahli panel penemuduga lihat. Macam hadir majlis anugerah pula.
  4. Memakai seluar skinny : Seluar slack hitam sudah elok dan sesuai. Tetapi sayangnya seluar yang dipakai jenis skinny atau terlalu ketat pula. Sehingga nampak terlampau melekat pula badan tubuh badan.
  5. Pakai kasut futsal/kasut sukan : Ada pula calon lelaki penampilan yang lain sudah cukup elok dan sesuai. Tetapi sayangnya pakai kasut futsal dan kasut sukan apabila hadir temuduga.
  6. Tidak memakai stokin : Apabila calon duduk dihadapan penemuduga, sudah pasti penemuduga dapat lihat calon secara menyeluruh. Stokin pula tidak dipakai. Nampak tidak kemas. Ada pula yang memakai stokin berwarna oren dan gambar kartun. Selepas ini, jika kasut berwarna hitam atau coklat gelap, sila pakai stokin berwarna gelap ya.
  7. Baju kemeja bercorak : Alamak, pakai baju kemeja bercorak seperti nak mandi pantai pun ada. Jika anda hadir temuduga SPA, pastikan anda memakai kemeja kosong. Tidak perlu berbunga-bunga dan berwarna warni.
  8. Tidak memakai tali pinggang : Masuk ke dalam bilik temuduga dengan mengangkat seluar tidak berhenti. Bila duduk tidak selesa dan asyik betulkan seluar.
  9. Kepala tali pinggang terlalu besar : Ini bukan nak pergi konsert rock. Ada calon yang memakai tali pinggang besar, dengan bentuk kepala ular yang besar seperti mahu hadir konsert rock, kan. Jadi, jangan pakai tali pinggang yang begini. Pakai yang biasa dan kecil sahaja. Asalkan anda selesa.
  10. Jam tangan getah : Penemuduga tahu, anda mampu memakai jam tangan G-Shock yang terkini dan mahal. Tapi seeloknya tinggalkan sekejap dirumah dan pakai jam tangan yang agak kasual dan profesional sedikit.
  11. Bau ketiak : Alamak, kenapa tidak pakai deodorant? Atau calon ini tidak mandi? Ini bukan rekaan tetapi inilah yang dialami oleh penemuduga ya. Jangan lupa untuk pakai deodorant sebelum hadir temuduga ya.
  12. Susunan sijil tidak betul : Panduan susunan sijil yang betul kan sudah ada. Mengapa tidak ikut panduan yang diberikan? Kalau susunan sijil pun tidak betul, bagaimana pula jika diberikan arahan untuk tugasan nanti?

Untuk susunan sijil anda ketika hadir temuduga SPA, rujuk sini untuk dapatkan panduan yang betul serta cara-cara mengisi MyResume.

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga. Jangan Buat Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

Calon Wanita

Calon wanita pun ada beberapa kesalahan etika yang dilakukan ya seperti :

  1. Tudung singkat : Calon wanita perlu ingat, anda hadir temuduga. Bukan pergi ke pasaraya untuk shopping. Pakailah tudung yang agak labuh hingga ke paras dada. Tidak perlu belit-belit sampai kelihatan singkat.
  2. Kaca mata yang tidak sesuai : Pakai kaca mata itu tidak salah. Tetapi jika anda memakai kaca mata hitam atau berwarna-warni ketika temuduga, memang tidak sesuai dengan anda sebagai seorang calon.
  3. Baju warna-warni dan tidak sesuai : Elakkan memakai baju kurung atau blouse yang berwarna-warni serta mempunyai corak bunga yang besar-besar. Seeloknya anda memakai baju kurung yang mempunyai sekurangnya 3 warna sahaja.
  4. Tumit kasut terlalu tinggi : Memang elok anda memakai kasut bertumit ketika hadir temuduga. Tetapi kalau tingginya sehingga 5 inci, sudah seperti anda menjadi model dan buat catwalk pula.
  5. Mekap terlalu tebal : Mesti nak cantik ketika temuduga. Tetapi jangan pula sampai tebal sangat. Mulut merah menyala, bulu mata sampai panjang sejengkal. Mekap nipis-nipis pun tidak mengapa.
  6. Memakai sandal dan stokin : Memang nampak elok. Tetapi elakkan untuk memakai sandal dan stokin. Anda perlu memakai kasut yang bertutup dan jangan lupa memakai stokin ya.
  7. Fesyen tudung yang tidak sesuai : Tudung berbelit-belit dan rambu-ramba. Diingatkan kepada calon wanita, jika anda akan hadir temuduga, sila pakai tudung yang fesyennya tidak keterlaluan dan bersederhana sahaja.
  8. Potongan skirt yang pendek : Seksi betul calon yang memakai skirt pendek ketika hadir temuduga. Disarankan anda memakai skirt yang melepasi paras lutut dan digalakkan untuk memakai seluar atau baju kurung sahaja ketika hadir temuduga terutamanya bagi calon non muslim.
  9. Memakai blazer dengan baju kurung : Jika anda memakai baju kurung, anda dinasihatkan untuk tidak memakai blazer dengan baju kurung. Tetapi jika anda memakainya, sila pakai name tag ya.
  10. Perfume terlalu kuat : Tidak semua panel penemuduga suka dengan bau perfume anda. Ada yang alah dengan bau perfume yang terlalu wangi ya. Pakai perfume itu tidak salah, seeloknya pakai perfume dengan cara sederhana sahaja.
  11. Susunan sijil salah : Sama seperti calon lelaki, masih lagi yang tidak ikut panduan yang diberikan oleh pihak SPA.

Calon wanita boleh dapatkan rujukan mengenai cara memakai baju kurung yang sesuai disini serta pemakaian suit yang sesuai ketika hadir temuduga.

23 Kesalahan Etika Ketika Hadir Temuduga. Jangan Buat Kalau Rasa Nak Dapat Kerja

close-image