16 Contoh Soalan Temuduga Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

2,094

Temuduga Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

Anda sudah melepasi satu tahap yang mendebarkan iaitu peperiksaan secara online atau PSEE untuk jawatan Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41. Boleh tahan juga ya soalan examnya. Tahniah diucapkan kerana anda juga telah berjaya dipanggil temuduga untuk jawatan ini. Inginkan tips untuk lulus temuduga dan beberapa soalan contoh untuk dijadikan panduan untuk study serta persediaan? Anda boleh dapatkan tips lulus temuduga dan beberapa contoh soalan disini serta amalkan tips yang akan dikongsikan ini.

Info Mengenai Jawatan Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

Untuk pengetahuan anda, jawatan Pemeriksa Kilang & Jentera ini berada dalam kumpulan Pengurusan dan Profesional. Gaji Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

  • Gaji Minimum : RM2,529.00
  • Gaji Maksimum : RM9,643.00
  • Kadar Kenaikan Gaji Tahunan : RM225.00

Deskripi Tugas Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

  • Menyemak reka bentuk dan membuat pemeriksaan ke atas pengandung tekanan, mesin angkat dan alat-alat keselamatan bagi jentera-jentera semasa pembinaan dan yang digunakan di tempat kerja. Membuat pemeriksaan di tapak pembinaan bangunan dan kerja-kerja kejuruteraan. Menyiasat aduan-aduan dan kemalangan di tempat kerja dan membuat laporan serta membuat kerja-kerja pemantauan untuk kesihatan industri.

16 Contoh Soalan Temuduga Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

Tips Lulus Temuduga

Anda ingin lulus temuduga dengan cemerlang? Anda boleh amalkan tips yang diberikan ini sebagai panduan dan semoga anda berjaya dalam temuduga anda.

  1. Persediaan yang secukupnya : Setelah mengetahui bahawa ada telah dipanggil temuduga, anda perlu membuat persediaan dengan mendapatkan maklumat mengenai jawatan anda. Malahan anda perlu dapatkan maklumat penting mengenai jabatan yang akan anda bertugas. Juga dapatkan isu-isu semasa yang berlaku dalam dan luar negara.
  2. Buat latihan temuduga : Penting untuk anda membuat latihan temuduga dengan membuat soalan serta menjawab soalan yang berkaitan dengan jawatan yang dipohon. Jangan lupa untuk study dan ingat semula istilah-istilah penting yang selalu digunakan dengan pekerjaan anda.
  3. Buat persiapan pakaian : Penampilan yang kemas dan meyakinkan sangat penting. Siapkan pakaian anda dengan lebih awal supaya tidak ada sebarang masalah.
  4. Persiapan sijil dan dokumen : Pastikan sijil dan dokumen yang diperlukan disusun mengikut panduan SPA. Klik sini untuk dapatkan panduan penuh susunan dokumen anda.
  5. Hadir awal : Untuk temuduga yang dianjurkan oleh SPA, anda perlu hadir 30 minit awal untuk urusan dokumentasi oleh urusetia temuduga.
  6. Sopan dan yakin : Pastikan anda sopan ketika masuk temuduga dan menjawab soalan dengan yakin. Jangan lupa senyum ya.
  7. Ucap terima kasih : Setelah tamat temuduga, jangan lupa ucapkan terima kasih kepada penemuduga.

Dapatkan tips checklist yang digunakan oleh penemuduga dan anda boleh buat persiapan dengan lebih baik menjelang hari temuduga.

Contoh Soalan Temuduga Jawatan Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

Dapatkan beberapa contoh soalan untuk temuduga jawatan Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41 untuk panduan anda.

  1. Perkenalkan diri anda secara ringkas.
  2. Mengapakah anda memohon pekerjaan ini?
  3. Adakah bidang yang anda pohon sama atau berlainan dengan pelajaran anda sebelum ini? Sila terangkan.
  4. Terangkan secara ringkas deskripsi tugas seorang Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41.
  5. Apakah kelebihan yang ada pada anda untuk diambil bekerja dalam jawatan ini?
  6. Apakah itu NKRA? Terangkan kepada saya.
  7. Jika suatu hari nanti anda anda membuat pemeriksaan dan terdapat jentera kilang tersebut meletup, apa yang akan anda lakukan?
  8. Apakah yang anda tahu tentang Jabatan Kesihatan dan Keselamatan Pekerja (JKKP)?
  9. Apakah misi dan visi JKKP?
  10. Apakah objektif penubuhan JKKP?
  11. Adakah anda bersedia untuk dihantar ke tempat yang lebih jauh daripada sekarang?
  12. Nyatakan nama penuh Perdana Menteri serta YDP Agong sekarang.
  13. Apakah isu terkini berkaitan keselamatan pekerja yang melibatkan jentera kilang?
  14. Terangkan maksud CHRA dan NRA secara ringkas.
  15. Adakah pihak majikan boleh dikenakan tindakan oleh pihak JKKP sekiranya kemalangan berlaku semasa bekerja dari rumah?
  16. Anda apa-apa soalan? (Pastikan anda bertanyakan apa-apa soalan yang berkaitan dan dapatkan tips untuk bertanyakan soalan kepada penemuduga disini.)

Berdasarkan soalan-soalan diatas, anda dapatkan jawapan serta maklumat melalui laman web agensi yang berkaitan. Buat persiapan dengan sebaiknya dan amalkan tips yang telah dikongsikan. Semoga ada semua berjaya dalam temuduga anda. 16 Contoh Soalan Temuduga Pemeriksa Kilang & Jentera Gred J41

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pembantu Tadbir Kewangan N29

PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image