Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

384

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda

Kalau anda mahu mendapat kerja dengan mudah melalui akaun LinkedIn, anda perlu kemaskini profile dan tonjolkan profile anda sehingga majikan yang ada dalam akaun LinkedIn pula menawarkan pekerjaan tersebut kepada anda.

Bagaimana caranya untuk tonjolkan profile saya dengan betul? Dapatkan cara yang betul untuk update LinkedIn anda seterusnya update profile anda dengan segera. Jangan bertangguh lagi.

Cara Update Profile LinkedIn

Untuk update profile anda, pastikan anda ikut tips yang diberikan ini agar result yang ada dapat betul-betul tiptop. Antara cara update profile LinkedIn ialah :

Pastikan 1st Empression Menarik

Setiap orang pastikan mahukan 1st empression yang gempak dan menarik, sebelum dan semasa berjumpa serta inginkan sesuatu yang terbaik daripada calon.

Jadi, profile anda mestila mempunyai gambar yang menarik. Jangan lupa untuk letakkan gambar anda kerana profile yang mempunyai gambar akan dilihat sebanyak 21 kali lebih banyak berbanding profil LinkedIn yang tidak mempunyai gambar.

Gambar anda tidak perlu formal, asalkan cantik dan nampak profesional pun sudah ok. Anda juga boleh tambahkan gamabr background dan isikan bahagian summary dengan menceritakan tentang diri anda seperti mana yang anda ingin pembaca serta majikan tahu tentang anda.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Berkongsi Tentang Anda Pada Blog Post LinkedIn

Bayangkan profile LinkedIn adalah blog peribadi anda. Tulis sahaja artikel yang ada kena mengena dengan anda pada profile dan anda juga boleh berkomunikasi dengan pengguna yang lain.

Jika anda mempunyai artikel berkaitan dengan kerja dan sebagainya, anda juga boleh masukkan ke dalam profile dan update dari semasa ke semasa. Semakin kerap anda update lagi luas peluang untuk anda mendapat perhatian majikan dan pekerjaan.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Fokus Pada Pengalaman dan Jawatan Terkini

Ceritakan pengalaman dan letakkan nama syarikat tempat anda bekerja. Senaraikan semua pengalaman kerja anda sebanyak mana yang anda mahukan. Letakkan nama syarikat dengan betul dan lihat pada senarai yang dipaparkan supaya logo syarikat naik pada profile. Spesifikkan tempoh anda bekerja di syarikat supaya mudah orang lain membaca dan mendapatkan maklumat tentang anda.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Masukkan Kelulusan Akademik Anda Dengan Jelas

Tidak perlu malu atau segan untuk memasukkan kelulusan akademik anda. Pastikan masukkan maklumat dengan lengkap dan tidak membiarkan bakal majikan anda tertanya-tanya apakah kelulusan anda. Jika anda fresh graduate, jelaskan pada profile anda.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Masukkan Aktiviti Sukarelawan & Aktiviti Luar

Bahagian KERJA SUKARELAWAN perlu diisi ya. Jangan dibiarkan kosong begitu sahaja. Isikan organisasi yang telah anda sertai sebelum ini seperti RELA, WATANIAH, JPAM atau badan-badan NGO yang berkaitan.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Masukkan 5 Skill Yang Sepadan Dengan Jawatan

Senaraikan 5 skill anda yang paling relevan dengan jawatan serta relevan dengan kehendak pekerjaan masa kini. Ini kerana para majikan dan pengambilan pekerja akan akan melihat kemahiran yang diperlukan untuk mengisi jawatan yang ditawarkan.

Bagaimana untuk masukkan skill-skill ini? Senaraikan mengikut keutamaan dan masukkan ke dalam bahagian kemahiran.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Tonjolkan Pencapaian Anda

Rugi jika tidak tonjolkan pencapaian paling terbaik yang pernah anda perolehi. Inilah masanya untuk anda menjual diri anda sehabis baik. Anda ingin dapatkan kerja yang baik seterusnya mengembangkan kerjaya anda ke tahap yang lebih tinggi. Jadi, masukkan sahaja pencapaian anda.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Follow Page & Individu Yang Anda Minat

Jika anda ingin dapatkan lebih banyak pendedahan mengenai alam pekerjaan yang lebih profesioanal serta inginkan mendapat ilmu pengetahuan tentang pekerjaan yang bakal anda mohon, follow sahaja page dan individu yang anda minat di LinkedIn. Jika anda minat dalam bidang kejuruteraan sama ada ingin menjadi jurutera atau technician, follow sahaja mereka yang berada dalam bidang ini. Malahan, mereka ini boleh memberikan tips-tips yang berguna buat anda. Jadi, jangan lepaskan peluang ini.

Tonjolkan Profile LinkedIn Anda, Biar Majikan Berpusu-Pusu Offer Kerja Pada Anda

Jika anda belum mempunyai akaun LinkedIn ini, daftar segera dan dapatkan cara-cara untuk mendaftar serta log masuk disini.

Anda rasa mahu bertangguh lagi atau ingin terus mendapatkan kerja yang diidamkan dengan segera? Cepat lakukan perubahan, update akaun LinekdIn anda dan semoga anda berjaya mendapat pekerjaan yang anda inginkan.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image