UiTM Prihatin, Wang Bantuan Kebajikan Pelajar Sebanyak RM100. Mohon Sekarang

811

UiTM Prihatin, Wang Bantuan Kebajikan Pelajar Sebanyak RM100. Mohon Sekarang

Terkini, pihak UiTM memberikan sebanyak RM100 kepada penuntut yang terpaksa berpatah balik ke kampung selepas mendaftar di institusi tersebut melalui inisiatif UiTM Prihatin berikutan penangguhan pendaftaran kemasukan pelajar secara fizikal.

Inisiatif ini juga diberikan kepada para penuntut yang sudah mendaftar dan terus tinggal di kolej kediaman serta di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan ketika ini.

Pengecualian Bayaran Kolej

Selain daripada itu, pengurusan tertinggi universiti juga bersetuju untuk memberikan pengecualian bayaran kolej bagi bulan Oktober ini kepada semua penuntut yang memilih untuk terus tinggal di kolej kediaman UiTM Shah Alam dan kampus cawangan.

Malahan pengecualian bayaran kolej juga diberikan kepada pelajar yang tinggal di luar kolej kediaman UiTM Shah Alam.

UiTM Prihatin, Wang Bantuan Kebajikan Pelajar Sebanyak RM100. Mohon Sekarang

Penangguhan Pendaftaran IPT Oleh KPT

Pada 2 Oktober yang lalu, pihak KPT telah mencadangkan agar semua IPT seluruh Malaysia untuk menangguhkan pendaftaran secara bersemuka dan menggalakkan pendaftaran secara online mengikut IPT masing-masing.

Ia bertujuan untuk menjaga keselamatan pelajar terutamanya dan untuk menghalang penularan wabak Covid-19 di IPT seluruh negara secara amnya.

Antara makluman daripada pihak KPT berkaitan isu ini ialah :

  • Aktiviti pengajaran, Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) pelajar dijalankan secara atas talian.
  • Pelajar yang telah berada di kampus dan sedang mengikuti aktiviti akademik boleh kekal berada di kampus.
  • Semua program atau aktiviti yang melibatkan himpunan di dalam kampus dibatalkan.
  • Pihak IPT akan membantu menguruskan kemasukan pelajar yang berada di dalam kampus.

Maklumat Lanjut, Pertanyaan & Cara Membuat Permohonan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai wang bantuan kebajikan pelajar UiTM, anda boleh hubungi Bilik Gerakan JOBSA di saluran berikut :

  • Telefon : 03-5544 7893
  • Whatsapp : 011-2074 2823
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image