Cara Membuat Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Cepat Mohon Sekarang

660

Cara Membuat Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Cepat Mohon Sekarang

Untuk makluman anda, IPG telah bermula pada Januari 2019 dan diaktifkan sekiranya harga purata bulanan SMR 20 FOB berada pada paras sebanayak RM6.10 sekilogram atau harga di peringkat ladang berada di paras RM2.50 sekilogram di bawah.

Jadi, pekebun kecil boleh membuat tuntutan bagi Insentif Pengeluaran Getah (IPG) berdasarkan kepada pengeluaran bulan September 2020 bermula 1 hingga 31 Oktober 2020.

Syarat Permohonan IPG

Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan untuk menerima Insentif IPG seperti berikut :

  • Pemohon adalah pekebun kecil
  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Memiliki PAT-G
  • Memiliki kebun bersaiz kurang dari 100 ekar
  • Menjual getah (Lateks, USS dan cuplump)

Dokumen Sokongan Yang Diperlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sertakan bersama permohonan anda :

  • Borang tuntutan IPG
  • Salinan PAT-G (Pendaftaran kali pertama sahaja)
  • Resit jualan getah
  • Persetujuan pembahagian IPG (jika perlu)
  • Salinan penyata / buku bank

Proses Permohonan IPG

Proses permohonan IPG adalah seperti berikut :

Pekebun Kecil Individu

Tuntutan IPG akan dihantar ke :

  • Agen Pembeli Getah
  • Pejabat LGM

1. Seterusnya agen akan mengumpul tuntutan IPG dan menghantar ke pejabat LGM

2. Maklumat tuntutan IPG akan diproses dan disemak oleh LGM

3. LGM membuat bayaran IPG

4. IPG dibayar terus ke akaun pekebun kecil

Pekebun Kecil Di Bawah Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS/JPS)

1. Agensi memproses tuntutan IPG & menghantar ke LGM

2. Maklumat tuntutan IPG diproses oleh LGM

3. LGM membuat bayaran IPG

4. IPG dibayar terus ke :

  • Akaun pekebun kecil Jabatan Pertanian Sarawak (JPS)
  • Agensi (FELDA/FELCRA/LIGS)

Cara Membuat Permohonan IPG

Untuk membuat permohonan, anda perlu log masuk ke Sistem Insentif Pengeluaran Getah

Cara Membuat Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Cepat Mohon Sekarang

  • Masukkan nombor PATG dan NOMBOR MYKAD anda dan klik HANTAR untuk permohonan.

Nota : Pekebun kecil perlu menyimpan keratan pengesahan penerimaan borang tuntutan IPG.

Cara Membuat Tuntutan Insentif Pengeluaran Getah (IPG). Cepat Mohon Sekarang

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi Lembaga Getah Malaysia di saluran berikut :

  • Hotline LGM : 1 800 888 474
  • Whatsapp : 019 602 6001 / 019 625 7900
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image