[Panduan] Apa Itu Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI)

1,609
Mulai 15 Jun 2021, SPA akan melaksanakan temuduga secara online In Situ (TSOI) sepanjang pelaksanaan PKP bagi meneruskan urusan temuduga bagi jawatan yang telah mengeluarkan tarikh temuduga. Calon boleh rujuk panduan menghadiri temuduga SPA secara online In Situ (TSOI) untuk persiapan temuduga anda nanti.

Perhatian buat calon yang bakal menghadiri temuduga bagi jawatan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)!

Untuk makluman anda, pihak SPA telah memaklumkan pelaksanaan temuduga sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini adalah secara online In Situ (TSOI).

SPA akan melaksanakan temuduga secara online In Situ (TSOI) mulai 15 Jun 2021 di tempat masing-masing.

Calon yang terlibat dikehendaki membuat persediaan awal kelengkapan peralatan dan talian internet bagi pelaksanaan temuduga secara online.

Ikuti perkongsian di bawah untuk ketahui panduan temuduga secara online In Situ (TSOI) SPA.

TEMUDUGA ONLINE IN SITU (TSOI) MULAI 15 JUN

PERSIAPAN TEKNIKAL

Calon perlu memastikan kelengkapan teknikal untuk menduduki temu duga maya tersedia termasuklah:

  • Peranti (smartphone/laptop/desktop).
  • Aplikasi temu duga maya yang ditetapkan dalam dokumen panggilan temu duga telah dimuat turun.
  • Talian internet yang stabil dan kuota mobile data yang mencukupi bagi memastikan kelancaran sesi temu duga.
  • Kamera pada peranti berfungsi dengan baik bagi membolehkan panel penemu duga dapat melihat imej calon dengan jelas
  • Penggunaan peranti sokongan untuk sistem audio (earphone/headphone/external microphone) adalah disarankan bagi membolehkan suara calon dan panel penemu duga dapat didengari dengan jelas.
  • Calon perlu membuat semakan terhadap tetapan audio dan kamera pada peranti yang digunakan agar ditetapkan dalam mod ‘on’.

PEMILIHAN TEMPAT TEMUDUGA

Bagi membolehkan temu duga maya dilaksanakan dengan lancar, calon disyorkan untuk mengenal pasti dan menyediakan ruang persekitaran yang kondusif dan bersesuaian iaitu:

  • Bebas dari bunyi bising yang dapat mengganggu sesi temu duga.
  • Pencahayaan yang cukup. Elakkan kedudukan yang membelakangkan sumber cahaya bagi mengelakkan kesan backlight.
  • Penggunaan ruang yang bersih dan kemas bagi mengelakkan konsentrasi panel penemu duga terganggu.
  • Hanya calon sahaja dibenarkan untuk berada di ruang temu duga. Individu lain yang tidak berkaitan tidak dibenarkan untuk hadir temu duga bersamasama calon.

POSISI TEMPAT DUDUK IDEAL

Calon harus memastikan:

  • Jarak antara tempat duduk dan kamera yang sesuai bagi membolehkan panel penemu duga melihat imej calon secara menyeluruh.
  • Kedudukan kamera yang ideal adalah pada ketinggian paras mata calon.
  • Fokus pandangan mata pada kamera (bukannya pada skrin) bagi mewujudkan eye contact yang lebih tepat dengan panel penemu duga.

MAKLUMAN PENTING

Berikut adalah beberapa maklumat penting berkenaan temuduga online In Situ (TSOI) SPA yang calon perlu ambil perhatian:

  • Calon perlu melengkapkan dan memuat naik dokumen-dokumen yang diperlukan di dalam Sistem MyResume
  • Calon diwajibkan untuk menghadiri sesi simulasi bagi memastikan kesesuaian peranti dan rangkaian serta kelancaran sesi temu duga.
  • Calon mesti memakai pakaian yang sesuai mengikut Kod Etika Pakaian Temu Duga yang telah ditetapkan
  • Calon tidak perlu memakai pelitup muka / face shield sepanjang sesi temu duga diadakan.
  • Calon dinasihatkan untuk bersedia sekurang-kurangnya 10 minit lebih awal sebelum masa temu duga yang dijadualkan.
  • Calon atau pihak ketiga DILARANG untuk membuat sebarang rakaman sesi temu duga.

Sebarang pertanyaan berkenaan urusan TSOI boleh dikemukakan melalui e-mel kepada urus setia temuduga terlibat seperti yang tertera dalam surat panggilan temuduga. Calon dinasihatkan untuk melakukan persediaan awal sebelum dipanggil temuduga.

PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman anda, rujukan temuduga Kerja Kerajaan di bawah merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas pihak kami untuk mempersiapkan anda sebagai calon temuduga kerja kerajaan dan swasta terbaik.

Dalam panduan ini kami telah kongsikan langkah demi langkah yang mudah diikuti bagaimana membuat persediaan temuduga dari A – Z. Sebelum temuduga, semasa temuduga, hinggalah ke akhir temuduga. Selain dari tips lain temuduga khas untuk membantu anda.

Yang pasti panduan ini bakal membantu anda menghadapi Temuduga SPA Secara Online In Situ (TSOI) yang sedang berlangsung sekarang.

Panduan Soalan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29

TEMPAH PANDUAN TEMUDUGA

Klik pautan di atas dan buat tempahan segera.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image