Topik Matematik Popular Exam SPA, Apa Nak Studi?

4,642

Topik Matematik Popular Exam SPA

Bagi calon ujian Matematik atau Daya Menyelesaikan Masalah yang pernah melalui ujian SPA berkali-kali sudah pasti dapat mengenalpasti jenis-jenis soalan matematik yang sangat popular dan keluar ketika exam SPA.

Jadi, dikongsikan disini beberapa topik Matematik yang popular ketika exam SPA untuk dijadikan panduan anda.

Format Soalan Matematik SPA

Untuk pengetahuan anda, setiap format soalan Matematik SPA ini bertujuan untuk mengukur daya menyelesaikan masalah yang diajukan kepada calon dengan berkonsepkan 3 perkara seperti berikut :

  • Kemahiran Logik
  • Kemahiran Menginterpretasi Data
  • Konsep Matematik

Dan untuk konsep Matematik ini, calon ujian akan diuji dengan konsep matematik, kemahiran numeric serta kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas matematik, pemahaman konsep dan kebolehan berfikir secara kuantitatif.

Calon juga perlu membuat kira-kira dan perhitungan untuk mencari jawapan bagi setiap soalan. Kebiasaannya ianya melibatkan operasi tambah tolak darab dan bahagi.

Topik Matematik Popular

Antara topik Matematik yang popular dan sering keluar ketika semasa exam SPA ialah :

  1. Topik Tambah, Tolak, Bahagi dan Darab
  2. Topik Peratusan
  3. Topik Purata
  4. Topik Kebarangkalian Mudah
  5. Topik Asas Sesuatu Nombor (Nilai)
  6. Topik Nisbah
  7. Topik Berat (Kilogram, Gram)
  8. Topik Isipadu
  9. Topik Pecahan
  10. Topik Urutan Dan Pola Nombor
  11. Topik Laju Dan Pecutan

Diatas merupakan topik-topik yang selalu ditanya dalam apa jua peperiksaan kemasukan jawatan kerajaan sepanjang tahun.

Jadi untuk kuasai tajuk atau bab diatas anda perlulah biasakan diri menjawab soalan-soalan berkaitan.

Topik Matematik Popular Exam SPA, Apa Nak Studi?

Contoh Soalan Topik Matematik Popular Exam SPA

Contoh Soalan 1

Rahimah memerlukan 1 m tali untuk mengikat 4 kotak buah. Berapakah panjang reben yang diperlukannya untuk mengikat 350 kotak buah?

A. 7.85 m
B. 78.5 m
C. 87.5 m
D. 8.75 m

Contoh Soalan 2

Sebuah pasaraya mempunyai 80 orang pekerja. 25% adalah pekerja pengurusan dan 15% daripadanya adalah pekerja atasan. Berapakah jumlah pekerja selain daripada pekerja pengurusan dan pekerja atasan?

A. 30 orang
B. 35 orang
C. 48 orang
D. 49 orang

Contoh Soalan 3

Sekiranya harga petrol RON 97 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON 97 tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

Contoh Soalan 4

Tukarkan 3 jam 4 minit 7 saat kepada saat?

A. 10,980
B. 11,040
C. 11,047
D. 11,227

Contoh Soalan 5

Rosli mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli M buah buku dengan harga RM22 seunit dan N batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah

A. N + 11M = 110
B. 11M + 2N = 220
C. M + N = 22
D. 22M + N = 120

Contoh Soalan 6

Sunil mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

Contoh Soalan 7

Manakah antara berikut nombor perdana?

A. 51
B. 59
C. 119
D. 121

Contoh Soalan 8

Harga 50 biji guli ialah Rm10.00. Harga bagi 20 biji gula-gula ialah RM3.00. Ali ingin membeli 70 biji guli dan 50 biji gula-gula. Berapakah harga yang perlu dibayar olehnya?

A. RM19.50
B. RM120.50
C. RM21.50
D. RM22.50

Contoh Soalan 9

P bahagi Q sama dengan R, P bahagi 2 sama dengan Q dan Q bahagi 10 sama dengan 5. Apakah R?

A. 2
B. 5
C. 10
D. 50

Contoh Soalan 10

Sebuah lori dipandu dari bandar R ke bandar S yang jaraknya 235km dalam masa 3 jam 15 minit. Berapakah purata laju lori tersebut dipandu?

A. 71.6km/j
B. 72.31km/j
C. 73.31km/j
D. 74.6km/j

Jadi, anda boleh studi topik diatas sebelum anda menghadapi exam Matematik untuk exam SPA. Rajin-rajin buat latihan ya. Tidaklah nanti anda gelabah semasa mendapat soalan yang tidak dijangka ketika exam. Semoga berjaya.

Chanel Telegram Info SPA Malaysia

Jangan lupa join chanel khas Info SPA Malaysia melalui pautan di bawah;

JOIN TELEGRAM INFO SPA

Topik Matematik Popular Exam SPA, Apa Nak Studi?

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image