Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

456

Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul

Sekiranya anda berkeinginan untuk urus dan simpan duit dengan betul, masih belum terlambat bagi anda. Lakukan sedikit demi sedikit dan kawal cara anda berbelanja untuk membantu anda menyimpan wang anda.

Anda boleh mulakannya mulai sekarang dengan mengikut beberapa panduan yang akan dikongsikan ini.

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul

Anda boleh mengikuti beberapa tips ini untuk membantu anda menguruskan dan menyimpan duit anda dengan betul.

1. Semak Status Kewangan Anda

Anda boleh menyemak status kewangan anda untuk mengetahui kedudukan kewangan anda yang terkini. Anda juga boleh membuat semakan disini : Semak Status

Melalui semakan status kewangan anda juga, anda boleh mengelakkan diri anda daripada penipu. Anda boleh check sama ada nama atau maklumat diri anda digunakan untuk permohonan yang tidak pernah dilakukan oleh anda seperti kad kredit atau apa-apa pinjaman.

2. Urus Duit Dengan Apps

Terdapat pelbagai jenis aplikasi percuma yang disediakan untuk anda uruskan duit dengan bijak.

Antaranya ialah aplikasi My Tabung yang diperkenalkan oleh Bank Negara Malaysia. Anda boleh download aplikasi tersebut dengan klik :

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

Anda juga mempunyai pilihan lain seperti aplikasi Money Lover yang mempunyai lebih banyak pilihan. Anda boleh download aplikasi tersebut di :

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

3. Auto Debit Bil 

Lunaskan segala bil anda secara automatik atau auto debit untuk mengelakkan sebarang tunggakan dan menyebabkan anda mempunyai bebanan hutang yang tidak dingini.

Anda juga boleh menggunakan cara ini untuk membayar hutang loan kereta atau rumah anda. Jadi anda tidak lagi mempunyai sebarang tunggakan hutang dan ia membantu anda untuk urus dan simpan duit anda dengan mudah dengan konsisten setiap bulan.

4. Buat Pinjaman Yang Perlu Sahaja

Anda tidak perlu membuat pinjaman yang anda ketahui tidak sepadan dengan kemampuan anda untuk buat bayaran balik secara konsisten setiap bulan. Ini akan menyebabkan anda menambahkan hutang anda dari semasa ke semasa. Sekiranya kad kredit tidak begitu penting buat masa sekarang, anda boleh menutup dahulu akaun kad kredit anda selepas segala hutang dilangsaikan.

5. Potongan Simpanan Duit Melalui Bank 

Anda juga boleh membuat simpanan duit anda melalui Maybank2u Saver / Savers-i. Melalui cara ini anda boleh menyimpan duit secara automatik setelah anda membuat pendaftaran. Ikuti langkah ini sekiranya anda ingin membuat pendaftaran:

  • Login ke akaun Maybank2u

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Klik menu APPLY

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Pilih M2U Savers/ M2U Savers-i.Klik APPLY NOW

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Isikan maklumat

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Pilih M2U Savers atau Savers-i

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Klik Account Details dan isikan maklumat

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Klik SUBMIT

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

  • Logout, masuk semula dan rename akaun simpanan anda

Tips Urus Dan Simpan Duit Dengan Betul. Mulakan Sekarang

Mudah bukan untuk urus dan simpan duit anda selepas membaca perkongsian ini bukan? Jangan tunggu lagi dan mulakan daripda sekarang untuk membuat simpanan anda.

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image