Info Kerjaya Malaysia

Adab Bertanya Maklumat Jawatan Kosong Melalui Whatsapp / Telefon. Ini Tips Untuk Anda

77,691

Bertanya Maklumat Lanjut Mengenai Jawatan Kosong Melalui Whatsapp / Telefon

Seiring dengan teknologi terkini, kebanyakan majikan yang ingin mendapatkan pekerjaan telah mengiklankan iklan jawatan kosong melalui media sosial seperti Facebook, Instagram, Youtube dan Twitter. Ia menepati golongan sasaran iaitu belia yang berumur antara 18 hingga 20 tahun ke atas dimana golongan ini sangat aktif di media sosial.

Jadi, semua maklumat berkaitan jawatan kosong tersebut terus dipaparkan dan pemohon diminta untuk menghubungi HR atau syarikat tersebut melalui Whatsapp atau telefon sahaja.

Untuk membuat sebarang pertanyaan, sebagai pemohon, anda perlu mempunyai etika atau adab untuk bertanyakan sebarang soalan walaupun melalui whatsapp sahaja.

Bagaimana Bertanya Maklumat Lanjut Mengenai Jawatan Kosong Melalui Whatsapp / Telefon. Ini Tips Untuk Anda

Etika / Adab Bertanyakan Maklumat Berkaitan Iklan Jawatan Kosong

Jika anda benar-benar ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan yang diiklankan melalui whatsapp atau telefon, berikut adalah beberapa etika atau adab yang perlu anda lakukan :

1. Baca Iklan Dengan Jelas

Pastikan anda membaca iklan dengan jelas dan fahamkan kesemua maklumat yang ada didalam iklan tersebut. Sekiranya maklumat yang anda inginkan tiada dalam iklan tersebut, senaraikan dan anda boleh bertanyakan kepada HR atau wakil syarikat tersebut. Jangan pula anda bertanya, “Bila ya tarikh tarikh tutup permohonan ini”, sedangkan maklumat tersebut telah pun dinyatakan di dalam iklan.

2. Tukar Gambar Profile

Tahulah anda seorang peminat kucing. Tetapi,gantikan dahulu gambar profile anda dengan gambar wajah anda dengan jelas. Takut juga nanti wakil syarikat fikir anda sekadar main-main dan kurang berminat untuk memohon jawatan. Jadilah seorang yang profesional walaupun mohon kerja melalui whatsapp sahaja.

3. Hantar Whatsapp Ketika Waktu Bekerja Sahaja

“Saya mana tahu waktu bekerja mereka.” Gunakan common sense anda dimana waktu bekerja di Malaysia adalah pada jam 9 pagi-5 petang. Jangan ganggu waktu privacy wakil syarikat untuk bertanyakan soalan.

4. Beri Salam / Greeting & Perkenalkan diri

Jangan main terjah sahaja untuk bertanyakan soalan. Sila jadi orang yang beradab. Anda boleh berikan salam atau beri ucapan selamat pagi kepada wakil syarikat.

Contoh :

“Assalamualaikum. Saya Azman dari Ipoh. Pada 22 Julai lalu, saya ada membaca iklan untuk jawatan Pegawai Logistik di syarikat tuan melalui lama Facebook. Jadi, saya ingin memohon jawatan jawatan ini. Bagaimanakah caranya untuk saya membuat permohonan kerana tiada maklumat berkaitan cara untuk menghantar permohonan?. Terima kasih.”

5. Gunakan Panggilan Nama Yang Betul

Gunakan panggilan nama yang betul ketika bertanyakan soalan kepada mereka. Ingat, mereka bukan rakan baik anda. Jangan pula bertanya begini,

“Abang, boleh tahu tak macam ne nak mintak kerja sana?”

Gunakan panggilan nama yang sesuai seperti Tuan / Puan / Encik / Puan  / Cik semasa anda berhubung dengan mereka.

6. Elakkan Singkatan Perkataan

Tidak semua orang faham dengan singkatan perkataan yang anda taipkan. Anda perlu menaip dengan perkataan yang penuh seperti anda menulis surat rasmi walaupun pertanyaan anda melalui whatsapp sahaja.

7. Attach Resume Melalui Whatsapp

Biar betul kena attach resume melalui whatsapp. Zaman sekarang semuanya dihujung jari sahaja. Anda save dahulu resume dalam bentuk PDF di komputer anda. Kemudian gunakan whatsapp web untuk menghantar resume kepada wakil syarikat. Atau anda boleh save terus di telefon anda dan hantar sahaja kepada wakil syarikat. Jika wakil syarikat minta anda hantar resume kepada mereka melalui emel mereka, emelkan sahaja.Mudahkan?

Bagaimana Bertanya Maklumat Lanjut Mengenai Jawatan Kosong Melalui Whatsapp / Telefon. Ini Tips Untuk Anda

Jadi, apa sahaja medium yang disediakan untuk anda membuat permohonan atau pertanyaan berkaitan jawatan kosong, sila gunakan dengan cara yag lebih profesional dan beradab.

Ingin tahu soalan bocor temuduga dan gerenti ditanya oleh majikan? Klik sini untuk dapatkan contoh-contoh soalan temuduga dan buat latihan sekarang.

close-image