Info Kerjaya Malaysia

Tips Persediaan Mental Dan Fizikal Untuk Menghadapi Temuduga

1,790

Tips Persediaan Mental Dan Fizikal Untuk Menghadapi Temuduga

Semua calon temuduga pasti tahu persediaan yang perlu dilakukan beberapa hari sebelum hadir temuduga. Namun terdapat beberapa rungutan daripada bakal majikan dimana calon yang dipanggil untuk temuduga tidak membuat persediaan yang secukupnya dan hadir tanpa persediaan mental dan fizikal yang secukupnya.

Hal ini sangat mengecewakan para majikan kerana mereka juga mengharapkan sesuatu yang terbaik daripada setiap calon ketika proses temuduga dijalankan.

Untuk memastikan anda sentiasa bersedia untuk menghadapi sesi temuduga dengan penuh persediaan, sila buat persediaan yang secukupnya seperti berikut :

  • Persediaan Fizikal
  • Dokumentasi
  • Pengetahuan Dalam Diri (Kognitif)
  • Emosi / Mental
  • Penampilan Diri

1. Persediaan Fizikal

Anda digalakkan untuk tidur awal sehari sebelum hadir temuduga dan tidur dengan waktu yang berkualiti. Mengapa anda perlu tidur dengan awal? Ia bertujuan untuk membolehkan tubuh badan anda mendapat rehat dengan secukupnya dan cergas untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh panel penemuduga.

2. Dokumentasi

Pastikan semua dokumen penting yang diperlukan lengkap dan berada dalam keadaan yang baik sebelum di bawa ke sesi temuduga. Pastikan salinan dokumen anda di cop pengesahan dan sediakan dalam 2 atau 3 salinan untuk diberikan kepada panel penemuduga.

Digalakkan untuk meletakkan semua dokumen penting anda ke dalam satu fail khas dan disusun dengan susunan yang betul.

Anda juga boleh lihat disini panduan untuk menyusun sijil dengan betul dan gunakan kreativiti anda untuk jadikan ia lebih menarik perhatian majikan sekiranya anda memohon pekerjaan dalam sektor swasta.

3. Pengetahuan Dalam Diri (Kognitif)

Pengetahuan dalam diri ini merupakan antara elemen utama yang akan dinilai pada diri setiap calon. Anda juga digalakkan untuk mendapatkan maklumat berkaitan tugas jawatan dengan jawatan yang dipohon seperti :

  • Deskripsi tugas jawatan yang dipohon
  • Isu semasa berkaitan jawatan
  • Pelbagai isu terkini

4. Emosi / Mental

Semua orang akan rasa gelisah dan gementar sebelum hadir temuduga. Tapi pastikan perasaan ini dikawal dengan baik dan tidak menimbulkan sebarang masalah yang lain seperti hilang keyakinan untuk menjawab soalan ketika sesi temuduga dijalankan.

Pastikan emosi dan mental anda stabil agar anda dapat menjawab soalan yang dikemukakan dengan baik serta berjaya memikat penemuduga anda.

5. Penampilan Diri

Ini adalah salah satu bahagian yang sangat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua calon yang bakal menghadapi temuduga. Ini adalah kerana penampilan diri merupakan satu perkara pertama yang akan dinilai sebaik sahaja calon melangkah kaki masuk ke bilik temuduga.

Pastikan anda sentiasa kemas dan beretika ketika hadir temuduga. Maklumlah, penampilan anda dinilai oleh penemuduga ya.

Tips Persediaan Mental Dan Fizikal Untuk Menghadapi Temuduga

Calon lelaki, anda boleh menggunakan tips yang dikongsikan ini untuk berpenampilan menarik dan kemas ketika hadir temuduga. Klik sini dan jadikan ianya panduan yang berguna buat anda.

close-image