Tips Menjawab Seksyen Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29

392

Kita jadikan artikel kali ini seringkas mungkin, terus kepada teras bagaimana dan apa nak studi Seksyen Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29.

Untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, seksyen Matematik dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza bagi setiap jawatan. Ada yang berada di ‘Bahagian 2: Seksyen B’‘Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah’, ‘Seksyen A: Matematik’ dan lain-lain.

Tapi apa yang pasti ianya berkaitan dengan subjek Matematik dan mengandungi 2 bahagian iaitu:

  • Bahagian core’ Matematik
  • Bahagian ‘aplikasi’ Matematik

Dan untuk pengetahuan calon kedua-dua bahagian itu kami masukkan dalam panduan ini dengan rangkuman 2 bahagian iaitu:

  1. Bahagian Matematik (Core Matematik)
  2. Bahagian Analitikal (Aplikasi Matematik)

Setiap bahagian ini kami sertakan soalan-soalan dan jawapan untuk anda buat latihan pantas dan asah pengetahuan Matematik yang sedia ada. Kami yakin, Matematik bukanlah menjadi masalah besar ketika zaman SPM semua calon, apa yang perlu ialah keluarkan balik ingatan tersebut untuk terus berjaya!

STRATEGI MENJAWAB SEKSYEN MATEMATIK SPA

Terus sahaja kepada apa strategi persediaan yang LICIK dan RINGKAS untuk seksyen berkaitan Matematik ini.

Apa yang menjadi masalah besar calon gagal dalam bahagian ini ialah;

  1. Tak tahu bentuk soalan
  2. Tak cukup masa, berakhir dengan tekaan (hentam)
  3. Tak sempat buat persediaan

2 sebab paling atas kita tinggalkan, itu masalah calon sendiri, tapi masalah “TAK SEMPAT BUAT PERSEDIAAN” sebenarnya boleh ditangani sekiranya anda berusaha kearah itu.

Sebenarnya dalam isu ‘tak sempat’ tersebut disebabkan oleh senarai edaran format yang dilakukan oleh pihak SPA. Jika anda perasan format untuk soalan Matematik yang dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya untuk peperiksaan adalah;

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Apa yang difahami oleh calon ialah, ianya adalah MUDAH kerana hanya format SPM. Tapi apabila diteliti, format SPM mengandungi 21 bab! Berapa lama masa yang anda perlu untuk ulangkaji dan buat latihan semua bab tersebut? Dan dalam setiap bab ada sekurang-kurangnya 5 pecahan sub-bab menjadikannya 105++ untuk calon ulangkaji.

Sememangnya tak cukup masa!.

APA STRATEGI LICIK JAWAB SEKSYEN MATEMATIK SPA?

Ianya adalah hasil daripada pemerhatian kami bermula dari tahun 2008 lagi berkenaan Seksyen Matematik. Kami dapat rumuskan seperti berikut:

  1. Soalan boleh dijawab tanpa kalkulator
  2. Soalan tak melebihi silibus SPM
  3. Soalan harus dihabiskan dalam masa yang singkat

Berdasarkan 3 faktor tersebut ini strateginya;

  • soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, konfem tak keluar
  • soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Ingat apa yang kami beritahu anda di atas bahagian yang “konfem tak keluar”.

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

  • Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
  • Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang
  • Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan abaikan kesemua soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan

CONTOH SOALAN SEBENAR SOALAN MATEMATIK SPA

Berikut merupakan contoh soalan sebenar Seksyen Matematik SPA yang dikongsikan calon peperiksaan lepas dengan pihak kami.

1) Sebuah kotak mengandungi 98 batang ais krim milo, 82 ais krim oren dan 76 ais krim merah. Apabila sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim merah?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

2. 1010212XX232. Apakah XX?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

3. Ukuran keliling sebuah kolam ialah 300m dan dua jenis pokok bunga ditanam di sekeliling kolam dalam jarak setiap 3m. 1/4 daripadanya ialah pokok bunga raya. Berapakah bilangan pokok bunga kertas?

A) 75
B) 30
C) 25
D) 100

4. Jika EEFFFEEEFFFF = 556665556666 maka EFEFE = ?

A) 55665
B) 66555
C) 56565
D) 65656

5. Kebun Zeo menghasilkan 35 biji mangga harumanis dan purata berat sebiji mangga harumanis ialah 2.5kg. Jika dia menjual dengan harga RM2.50 sekilogram, berapakah jumlah hasil yang diperolehinya?

A) 218.75
B) 87.50
C) 118.10
D) 75.25

DAPATKAN CONTOH SOALAN MATEMATIK PENOLONG PEGAWAI TADBIR N29

Rujukan khusus peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 untuk sesi Oktober ini.

Ianya difokuskan untuk bantu persediaan pantas exam anda dengan 90++ mukasurat penuh dilengkapi dengan 60 soalan dan jawapan setiap seksyen penilaian.

Panduan ini telah dilengkapkan dengan Nota-nota ringkas Matematik khas untuk ‘refresh’ ilmu math yang dah lama tinggal kan?

Selain itu, panduan ini juga dilengkapkan dengan jalan kira dan jawapan untuk semua contoh soalan. Jadi tak perlu pening kepala nak ‘teka’ macam mana nak jawab soalan nanti.

Anda boleh terus sahaja menempah panduan di bawah melalui pautan khas yang disediakan.

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir Stor N29

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image