Info Kerjaya Malaysia

Mahu Berjaya Dalam Temuduga Anda? Jangan Lakukan Perkara Ini

1,182

Mahu Berjaya Dalam Temuduga Anda? Jangan Lakukan Perkara Ini

Sekiranya anda mendapat panggilan temuduga, pastikan anda lakukan dengan sebaiknya bermula daripada persiapan temuduga sehingga akhir temuduga. Gagal dalam temuduga adalah satu perkara yang sangat mengecewakan setiap calon yang berharap untuk mendapat pekerjaan tersebut.

Tetapi adakah anda tahu sebab anda gagal dalam temuduga anda? Baca sini untuk tahu sebab-sebabnya.

Perkara Yang Membuatkan Calon Gagal Temuduga

Anda boleh baca dan teliti sebab-sebab yang menyebabkan anda gagal dalam temuduga dan jangan ulangi lagi perkara yang sama.

Mengapa Anda Gagal Dalam Temuduga? Ini Sebabnya

1. Tidak Menepati Masa

Mungkin anda tidak menyedari bahawa anda telah lewat datang temuduga walaupun giliran anda belum bermula. Sekiranya emel menyatakan bahawa anda perlu hadir pada jam 830 pagi, anda perlu sampai sekurangnya 30 minit awal untuk membuat pendaftaran serta menyerahkan dokumen yang diperlukan kepada penyelaras temuduga.

Anda tetap dipanggil masuk untuk temuduga, tetapi anda telah memberikan pandangan pertama yang negatif kepada panel penemuduga kerana tidak menepati masa yang diberikan.

2. Penampilan Diri

Bagi anda, penampilan anda pada hari temuduga adalah yang terbaik anda tampilkan pada penemuduga. Namun bagi penemuduga itu bukanlah yang terbaik ditampilkan oleh anda. Mungkin anda terlupa untuk seterika pakaian dan pergi temuduga dengan baju atau seluar yang bekedut dengan harapan penemuduga tidak akan peduli dengan kedutan pakaian anda. Anda tersilap. Penemuduga akan melihat penampilan anda dengan teliti bermula daripada rambut anda sehinggalah bahagian kaki anda.

Masuk bilik mesyuarat dengan senyuman dan tinggalkan segala masalah yang ada sebentar. Sentiasa memaniskan wajah boleh memberikan satu kesan yang positif kepada penemuduga anda.

Mengapa Anda Gagal Dalam Temuduga? Ini Sebabnya

3. Tiada Persediaan

Anda tergagap dan tidak menjawab soalan terutamanya soalan isu semasa dengan yakin dan lancar. Berdasarkan jawapan dan tindakan anda akan menyababkan penemuduga mengandaikan bahawa anda tidak membuat sebarang persediaan sebelum datang temuduga. Tambah n pula isu tersebut berkaitan dengan pekerjaan yang dipohon oleh anda.

Jadi, buat persiapan mengenai soalan yang mungkin akan ditanya oleh penemuduga. Baca dan ambil tahu tentang isu semasa terkini kerana penemuduga pasti bertanyakan soalan ini kepada anda.

4. Tidak Bersemangat

Masuk ke bilik temuduga dengan wajah yang tidak cukup tidur, tidak siapkan wajah dengan solekan nipis dan berjalan masuk dengan lemah membuatkan penemuduga memandang negetif terhadap anda.

Ia menunjukkan seolah-olah anda tidak bersedia untuk menghadapi temuduga. Malahan anda tidak bersemangat ketika menjawab soalan yang diajukan.

Jadi, malam sebelum temuduga, patikan anda tidur lebih awal untuk bangun dengan segar pada hari esoknya. Bangun awal dan solek sedikit wajah anda untuk hilangkan kesuraman wajah. Bersemangat dan cerdas ketika menjawab soalan yang diajukan penemuduga.

Mengapa Anda Gagal Dalam Temuduga? Ini Sebabnya

5. Pasif

Anda mungkin pasif ketika menjawab soalan yang diberikan oleh penemuduga. Mungkin juga menjawab soalan yang diberikan. Tetapi anda tidak mengembangkan jawapan dengan idea yang bernas dan kreatif. Mungkin penemuduga mahukan jawapan yang kretaif daripada anda.

6. Tidak Tahu Deskripsi Tugasan Jawatan

Ada penemuduga yang akan bertanyakan tentang pengetahuan anda mengenai deskripsi tugasan jawatan yang dipohon. Anda perlu dapatkan maklumat dan huraikan setiap tugasan apabila ditanya oleh penemuduga.

Pihak majikan lebih cenderung untuk mengambil pekerja baru yang tahu tugasan bagi jawatan yang ditawarkan.

7. Tidak Tahu Latar Belakang Syarikat Atau Jabatan

Antara sebab yang lain adalah kerana anda tidak membuat kajian mengenai matlamat, misi dan visi syarikat atau jabatan. Apabila anda tidak tahu maklumat-maklumat ini, ia akan menyebabkan anda menjawab soalan berkaitan syarikat tanpa fakta yang tepat.

8. Berlebihan Ketika Menjawab Soalan

Tidak mengapa jika anda aktif menjawab soalan dan idea yang diberikan bernas serta memuaskan hati penemuduga. Tetapi sekiranya anda terlalu berlebihan menceritakan perkara yang tidak sepatutnya, anda akan membuatkan penemuduga berasa jengkel dengan tindakan anda.

9. Tidak Membawa Dokumen Berkaitan

Anda hadir temuduga tanpa membawa dokumen penting semasa temuduga seperti salinan resume, salinan sijil, salinan cover letter dan dokumen penting yang lain. Ini juga menjadikan sebab mengapa anda gagal dalam temuduga kerana telah dinyatakan bahawa anda wajib membawa dokumen tersebut ketika hadir temuduga.

Mengapa Anda Gagal Dalam Temuduga? Ini Sebabnya

Penambahbaikan Untuk Temuduga

Berdasarkan beberapa sebab yang dinyatakan, anda perlu membuat penambahbaikan dalam diri anda sebelum hadir temuduga.

  • Hadir awal untuk temuduga lebih kurang 30 minit sebelum pendaftaran.
  • Tidak selekeh dan mengikuti kod etika pakaian yang sesuai.
  • Membuat persediaan dengan maklumat penting mengenai tugasan jawatan, isu semasa dan maklumat penting syarikat atau jabatan.
  • Buat senarai dokumen yang perlu dibawa kepada penemuduga termasuk salinan resume, sijil dan sebagainya. Lebih elok sekiranya salinan sijil di cop pengesahan setiap satunya.
  • Menjaga adab sopan ketika masuk ke bilik temuduga dengan berjabat tangan dengan ahli panel dan berikan senyuman kepada mereka.
  • Sentiasa bersemangat ketika memberikan jawapan kepada penemuduga dan pastikan jawapan yang diberikan adalah jawapan yang betul. Jangan menipu penemuduga.
  • Buat persiapan pakaian 1 atau 2 hari lebih awal dan check semua pakaian anda dikhuatiri ada lebihan benang dan lubang yang tidak diingini.
  • Tidak menceritakan keburukan majikan walaupun ditanya oleh penemuduga. Ceritakan perkara yang baik sahaja kerana ia memberikan anggapan yang tidak baik oleh penemuduga kepada anda.

Baca juga maklumat ini : Kenapa Anda Tidak Dipanggil Temuduga Kerajaan

Mengapa Anda Gagal Dalam Temuduga? Ini Sebabnya

Jadi, sentiasa bersedia untuk temuduga anda. Mungkin anda tidak diberitahu mengenai sebab anda gagal dalam temuduga, tetapi anda boleh fikirkan semula mengapa anda gagal. Buat penambahbaikan supaya anda lulus cemerlang pada masa akan datang.

close-image