Tarikh Pembayaran Bonus Penjawat Awam 2018 ~ RM500 Khas Bajet 2019

528

Bila tarikh pembayaran Bonus Penjawat Awam 2018? Di bawah dikongsikan info mengenai tarikh bayaran Bonus Penjawat Awam RM500 khas Bajet 2019 untuk anda.

Dalam pembentangan Belanjawan 2019 yang diadakan pada tarikh 2 November yang lalu, kerajaan telah mengumumkan beberapa insentif khas untuk penjawat awam. Kesemua insentif ini adalah sebagai menghargai jasa serta kesetiaan penjawat awam.

PENJAWAT AWAM TERIMA BONUS RM500

Salah satu daripada insentif tersebut adalah bonus sebanyak RM500 kepada penjawat awam di Malaysia. Manakala bagi pesara kerajaan pula akan memperoleh sebanyak RM250 sebagai saguhati.

Namun, adalah dimaklumkan bahawa hanya penjawat awam yang bergred jawatan 54 ke bawah sahaja yang akan layak untuk menerima insentif bonus ini.

TARIKH PEMBAYARAN BONUS PENJAWAT AWAM RM500 UNTUK TAHUN 2018

Kerajaan tidak mengumumkan secara rasmi tarikh pembayaran bonus berjumlah RM500 kepada penjawat awam.

Namun, tarikh tersebut boleh dijangkakan berdasarkan pembayaran yang dilakukan oleh kerajaan pada tahun-tahun sebelum ini. Berikut merupakan jangkaan tarikh pembayarannya.

  • Dijangka pada bulan Disember 2018
  • Dijangkakan pada tarikh yang sama gaji bulan Disember dibayar iaitu pada 18~24 Disember 2018.

SEJARAH BONUS PENJAWAT AWAM BAGI TAHUN-TAHUN SEBELUM INI

Pada tahun lepas dalam pembentangan bajet, kerajaan telah mengumumkan bonus penjawat awam sebanyak RM1,500 termasuk insentif khas Aidilfitri kepada semua penjawat awam tanpa mengira gred.

Jika diteliti, jumlah bonus yang diberikan pada tahun ini agak berkurangan malah insentif khas Aidilfitri juga tidak diumumkan. Namun, diharapkan pemberian bonus sebanyak RM500 pada tahun ini dapatlah sedikit-sebanyak membantu meringankan beban penjawat awam.

Untuk makluman anda, jumlah bonus untuk penjawat awam paling tinggi pernah dicatatkan pada tahun 2012 di mana semua penjawat awam memperoleh bonus sebanyak 1 setengah bulan gaji. Bagi mengetahui jumlah bonus untuk penjawat awam bagi tahun-tahun yang lain, anda bolehlah merujuk jadual di bawah yang disediakan oleh media Suara Rakyat.

Sejarah bonus penjawat awam

HARAPAN DAN CADANGAN CUEPACS TERHADAP KERAJAAN

Badan yang bertanggungjawab menjaga hak serta kebajikan pekerja iaitu CUEPACS pernah menaruh beberapa harapan serta menyatakan beberapa cadangan kepada Kerajaan Malaysia berkaitan dengan hal ehwal pekerja di negara ini demi memastikan integriti serta kebajikan penjawat awam sentiasa terjaga.

CUEPACS juga menegaskan bahawa mereka tidaklah berniat untuk memberi tekanan kepada kerajaan tetapi cadangan serta harapan yang mereka sandarkan itu adalah setelah mereka meneliti dan yakin kerajaan mampu untuk merealisasikannya.

Sebelum pembentangan Belanjawan 2019, Timbalan Presiden II CUEPACS, Zainal Ismail pernah membuat kenyataan bahawa pihak mereka sangat berharap kerajaan dapat mempertimbangkan kenaikan gaji, elaun serta bonus bagi penjawat awam di negara ini. Hal ini demi memastikan penjawat awam tidak terbeban dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu seperti sekarang ini.

Selain itu, CUEPACS turut menyenaraikan beberapa harapan mereka yang lain. Berikut kami kongsikan senarai harapan CUEPACS buat kerajaan terhadap golongan pekerja.

  • Insentif 2 kenaikan gaji tanpa mengira kumpulan pekerjaan dan pangkat.
  • Kaji semula kadar elaun khidmat awam (bagi kumpulan paling rendah) yang kini sebanyak RM95.
  • Penetapan minima elaun RM180
  • Pertimbangkan untuk memperluas kenaikan pangkat secara ‘time-based’ kepada kumpulan penjawat awam lain.

Diharapkan pada masa akan datang kerajaan mampu memenuhi harapan-harapan CUEPACS ini dalam memastikan kebajikan penjawat awam sentiasa terjaga di negara ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image