Tarikh Gaji Bulan Julai 2018 Penjawat Awam Diawalkan

Berita baik buat semua penjawat awam seluruh negara. Jabatan Akauntan Negara Malaysia telah mengumumkan bahawa tarikh pembayaran gaji kepada penjawat awam untuk bulan Julai telah diawalkan.

Jika mengikut tarikh asal, pembayaran gaji bulan Julai 2018 bagi kakitangan kerajaan adalah 25 Julai 2018 selepas mendapat gaji bulan Jun 2018 seawal 7 Jun yang lepas.

Keputusan ini dibuat setelah mengambil kira keadaan ekonomi penjawat awam yang kurang memberansangkan kerana banyak wang digunakan untuk musim perayaan bagi bulan Jun.

Selain itu, faedah lain yang anda dapat daripada tarikh gaji diawalkan pada bulan Julai ini juga adalah dapat meringankan beban kewangan anda pada pertengahan bulan.

TARIKH PEMBAYARAN GAJI BULAN JULAI 2018

Jika diikutkan tarikh biasa, pembayaran gaji untuk bulan Julai tahun ini akan dijalankan pada tarikh 25 Julai iaitu setelah mendapat gaji bulan Jun seawal 7 Jun yang lalu. Namun, setelah perkara ini diumumkan, tarikh baru bagi pembayaran gaji untuk bulan Julai tahun ini adalah seperti berikut:

  • Tarikh Gaji Bulan Julai: 18 Julai 2018

PEKELILING RASMI DARIPADA JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA

Berikut merupakan notis-notis rasmi yang dikeluarkan oleh Jabatan Akauntan Negara Malaysia sebagai bukti kesahihan berita tentang tarikh gaji bulan Julai tahun 2018 untuk penjawat awam diawalkan.

Semoga pengumuman tarikh gaji bulan Julai diawalkan ini dapat memberi manfaat buat anda. Bukan itu sahaja, anda juga dinasihatkan supaya bijak menguruskan kewangan. Pastikan anda menguruskan wang dengan baik kerana gaji dibayar tidak mengikut tarikh biasa seperti bulan-bulan lain.

Di harap juga negeri-negeri lain dapat mengikut jejak langkah Jabatan Akauntan Negeri Kedah dengan diawalkan pemberian gaji pada bulan Julai tahun ini. Sedikit sebanyak ia bakal meringankan beban penjawat awam secara tidak langsung.

Anda juga boleh muat turun notis di atas melalui pautan di bawah:

KLIK UNTUK DOWNLOAD

Leave a Reply