Guna KWSP Untuk Daftar Haji. Tak Perlu Lagi Keluarkan RM1,300 Untuk Bayar Deposit

Guna KWSP Untuk Daftar Haji. Tak Perlu Lagi Keluarkan RM1,300 Untuk Bayar Deposit

Ahli KWSP sangat beruntung kerana berpeluang untuk mendaftar Haji melalui akaun KWSP. Ini kerana anda tidak perlu mengeluarkan duit untuk membayar deposit pendaftaran Haji sebaliknya hanya menggunakan tabungan daripada akaun KWSP anda sahaja.

Malahan mereka yang mempunyai akaun Tabung Haji yang belum mendaftar Haji dan tidak mencukupi wang untuk membuat pendaftaran boleh menggunakan akaun KWSP seterusnya tidak perlu lagi menunggu sehingga 20 atau 30 tahun untuk mengerjakan Haji.

Ini adalah kerana sistem pendaftaran Haji di Malaysia menggunakan konsep siapa yang mendaftar dahulu, maka orang tersebut didahulukan untuk mengerjakan Haji mengikut giliran yang telah ditetapkan.

Sebelum anda membuat permohonan pendaftaran Haji, anda perlu tahu syarat kelayakan daftar Haji melalui KWSP terlebih dahulu.

Syarat Kelayakan Pendaftaran Haji Melalui Akaun KWSP

Pencarum KWSP perlu membuat semakan syarat kelayakan terlebih dahulu sebelum membuat pendaftaran seperti :

  • Pemohon mestilah beragama Islam.
  • Mempunyai akaun Tabung Haji.
  • Warganegara Malaysia.
  • Berumur 55 tahun ke bawah.
  • Jumlah akaun dalam akaun 1 KWSP melebihi RM1,300.
  • Tidak pernah mempunyai rekod pendaftaran Haji yang aktif.
  • Pendaftaran Haji yang tidak dibenarkan bagi mereka yang baru menunaikan Haji dalam tempoh 5 tahun.

Cara Membuat Pendaftaran Haji Melalui Akaun KWSP

Setelah semakan kelayakan dibuat dan anda layak untuk membuat pendaftaran Haji melalui akaun KWSP, anda perlu :

Cetak Penyata KWSP Anda

Untuk membuat pendaftaran, anda perlu masuk ke akaun KWSP anda dan cetak penyata KWSP anda terlebih dahulu.

Bagaimana untuk dapatkan penyata KWSP? Anda boleh dapatkan melalui :

Buat Pendaftaran Haji Di Tabung Haji

Setelah mencetak penyata KWSP, anda terus ke pejabat Tabung Haji yang berdekatan dan tekan pada butang DAFTAR HAJI dan ambil nombor giliran anda.

Like dan Ikut Facebook Kami dan follow Telegram Portal SPA9 untuk capaian pantas kekosongan daripada kami sekarang.

Dimanakah pendaftaran Haji boleh dilakukan selain daripada pejabat Tabung Haji?

Guna KWSP Untuk Daftar Haji. Tak Perlu Lagi Keluarkan RM1,300 Untuk Bayar Deposit

  • Kaunter Mudah Alih TH
  • Bank Islam, Bank Rakyat, Maybank Islamic & CIMB Islamic

Dokumen Sokongan

Seterunsya anda perlu sertakan bersama dokumen sokongan berikut untuk membuat pendaftaran Haji seperti berikut :

  • Kad pengenalan pemohon
  • Penyata ahli KWSP pemohon

Seterusnya anda buat pengesahan dengan menandatangani dokumen  dan cop jari untuk pendaftaran Haji. Setelah semua urusan siap dan diberikan pengasahan, anda diberikan tahun giliran untuk menunaikan Haji. Alhamdulillah.

Adakah Terdapat Pengurangan Wang Dalam Akaun KWSP?

Untuk pengetahuan anda, kemudahan ini tidak melibatkan sebarang pengeluaran wang simpanan KWSP dan tiada pemotongan wang dari mana-mana akaun KWSP jika membuat pendaftaran Haji melalui KWSP.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai pendaftaran Haji melalui akaun KWSP, sila hubungi :

You might also like
close-image