Nak Tangguh Bayar Balik PTPTN? Pastikan Anda Kemaskini Maklumat Pendapatan Sebelum 25 Julai

192

Terdapat maklumat penting yang perlu diberi perhatian oleh kesemua peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ingin memohon untuk menangguhkan bayaran.

Anda perlu mengemaskini maklumat pendapatan terkini anda bermula daripada hari ini sehingga selewat-lewatnya 25 Julai 2018. Menurut Wan Saiful Wan Jan, Pengerusi PTPTN, selain daripada maklumat pendapatan, anda juga perlu mengemaskini maklumat-maklumat penting lain seperti maklumat perhubungan iaitu alamat surat-menyurat, nombor telefon, emel serta maklumat pekerjaan.

Menurut Wan Saiful yang ditemu ramah dalam sidang akhbar di Menara PTPTN hari ini juga berkata, sekiranya peminjam PTPTN tidak mengemaskini maklumat yang ditetapkan dalam tempoh tersebut, maka PTPTN akan menganggap anda tidak mahu memohon penangguhan bayaran balik.

Selain itu, nama peminjam yang gagal mengemaskini maklumat juga tidak akan disenaraikan dalam dasar baharu bayaran yang akan dibuat.

Walau bagaimanapun, menurut Wan Saiful lagi, tarikh bagi penguatkuasaan penangguhan bayaran tersebut belum ditetapkan namun perkara itu dijangka akan diumumkan sebelum tarikh 17 Julai 2018.

Penangguhan bayaran balik pinjaman PTPTN ini adalah selari dengan manifesto yang ditawarkan oleh Pakatan Harapan setelah berjaya menawan Putrajaya ketika Pilihanraya Umum 14 pada 9 Mei 2018 yang lalu.

CARA UNTUK MENGEMASKINI MAKLUMAT PERIBADI

Anda boleh mengemaskini maklumat pendapatan serta maklumat-maklumat lain yang diperlukan secara online. Layari laman web rasmi PTPTN untuk mengemaskini maklumat-maklumat tersebut. Klik link berikut untuk ke laman web rasmi PTPTN.

ptptn

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN PTPTN

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut tentang perkara-perkara berkaitan PTPTN, anda bolehlah layari laman web rasmi PTPTN dengan cara klik link yang telah disediakan di atas. Selain itu, anda boleh juga menghubungi PTPTN di talian berikut.

  • Talian PTPTN: 03-21933000

Diharapkan kesemua peminjam-peminjam PTPTN yang berhasrat untuk menangguhkan bayaran cakna dengan maklumat ini. Pastikan juga anda segera mengemaskini maklumat yang diperlukan sebelum tarikh 25 Julai.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image