Tak Perlu Tulis, Guna Kod QR Sahaja Untuk Masuk Premis Perniagaan

948

Guna Kod QR Sahaja Untuk Masuk Premis Perniagaan

Bermula 1 Jun 2020 ini, anda tidak perlu lagi untuk menulis maklumat diri untuk masuk premis perniagaan kerana telah digantikan dengan kod QR.

Kaedah penggunaan kod QR ini merupakan satu alternatif yang jauh lebih selamat untuk mengelak penularan wabak Covid-19 di kalangan pengunjung premis perniagaan dan makanan.

Aplikasi Untuk Kod QR

Untuk menggunakan kod QR ini, anda perlu memuat turun aplikasi MySejahtera melalui telefon anda dan anda boleh muat turun di pautan berikut :

Tak Perlu Tulis, Guna Kod QR Sahaja Untuk Masuk Premis Perniagaan

Tak Perlu Tulis, Guna Kod QR Sahaja Untuk Masuk Premis Perniagaan

Aplikasi ini juga dilengkapi dengan fungsi pengesan HOTSPOT dan berfungsi sebagai peta yang memaklumkan perkembangan kes di kawasan dalam radius 1km dari lokasi carian.

Jadi, anda boleh merancang dan mengambil langkah berjaga-jaga sebelum memulakan perjalanan keluar dari rumah.

Sediakan Pen Sendiri

Sekiranya anda belum sempat untuk muat turun aplikasi ini dan premis perniagaan tidak menyediakan khidmat Kod QR, anda boleh mengambil langkah berjaga-jaga dengan membawa pen anda sendiri untuk menulis maklumat diri sebelum masuk ke premis perniagaan tersebut.

Manakala pihak peniaga pula boleh menempatkan seorang staf mereka untuk menulis maklumat pelanggan yang masuk ke premis perniagaan.

Tak Perlu Tulis, Guna Kod QR Sahaja Untuk Masuk Premis Perniagaan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image