Info Kerjaya Malaysia

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) (110 Kekosongan) – Mac 2016

137

Butiran Permohonan:

Terkini Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) menawarkan pengambilan 110 jawatan bagi pihak Kementerian Kerja Raya Malaysia untuk mengisi kekosongan jawatan seperti diiklankan di bawah.

1. Pembantu Kemahiran Gred H17 (100 Kekosongan)
2. Penjaga Jentera Elektrik Gred J17 (10 Kekosongan)

Permohonan jawatan di Kementerian Kerja Raya Malaysia merupakan permohonan terbuka yang boleh dilakukan secara terus melalui portal SPA Malaysia.

Calon yang telah mendaftar permohonan sebelum ini bagi jawatan Pembantu Kemahiran H17 dan Penjaga Jentera Elektrik Gred J17 tidak perlu mendaftar semula. Namun calon perlu memastikan pendaftaran permohonan masih dalam tempoh sah laku.

Bagaimana Memohon:

Calon yang berminat mengisi kekosongan Kementerian Kerja Raya Malaysia 2016 boleh melakukan kemaskini permohonan jawatan tersebut melalui pautan di bawah.

APPLY ONLINE

Permohonan hendaklah menggunakan Sistem Mengambil Sepanjang Masa (SMSM) di laman SPA. Klik pautan “Apply Online” untuk memohon.

Iklan Jawatan:

Rujuk iklan jawatan kosong Kementerian Kerja Raya Malaysia seperti yang disiarkan di portal SPA Malaysia di bawah:

Kementerian Kerja Raya Malaysia (100 Kekosongan) 2016

Tarikh Tutup:

Permohonan yang telah lengkap di isi perlulah di terima sebelum tarikh tutup di bawah. Pastikan anda tidak terlepas.

04 Mac 2016

close-image