Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

21,496

Skim SPAK Mara

Bagi membantu usahawan yang terjejas akibat wabak Covid-19, pihak MARA telah menyediakan satu bentuk kemudahan pembiayaan iaitu Skim SPAK MARA.

Ia merupakan satu kemudahan pembiayaan yang mudah tanpa cagaran dan kadar keuntungan bagi membantu usahawan mikro memulihkan perniagaan akibat wabak COVID-19.

Tujuan Pembiayaan

Tujuan pembiayaan Skim SPAK MARA ini ialah :

  • Modal pusingan.
  • Pembelian mesin, peralatan asas dan aset.

Syarat Permohonan

Jika anda berminat untuk membuat permohonan pembiayaan perniagaan anda, sila semak syarat permohonan seperti dibawah :

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputra.
  • Tidak termasuk dalam Senarai Hitam MARA.
  • Berumur 18 tahun hingga 60 tahun.
  • Menjalankan perniagaan sekurang-kurangnya 3 bulan.
  • Semua sektor perniagaan KECUALI Pertanian dan Penternakan.
  • Mempunyai Pendaftaran Syarikat dari Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  • Mempunyai Lesen dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Lesen Majlis.
  • Mempunyai lokasi/tapak perniagaan yang bersesuaian.
  • Jualan kurang dari RM300,000 setahun & mempunyai pekerja tetap kurang dari 5 orang.
  • Menyediakan seorang ‘Penyokong’ dari ahli keluarga terdekat (Referee).

Had Dan Tempoh Pembiayaan

  • RM10,000
  • 36 bulan (3 tahun)

Cara Membuat Permohonan

Anda boleh membuat permohonan secara online dipautan berikut :

  • SPAK MARA
  • Bagi anda yang belum mendaftar, sila klik DAFTAR PENGGUNA BARU.

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

  • Bagi pengguna baru, isikan maklumat yang diperlukan pada borang.

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

  • Klik DAFTAR setelah siap.

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

  • Setelah pendaftaran siap, anda boleh terus LOGIN masuk ke dalam sistem

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

  • Tekan KLIK UNTUKMEMOHON.
  • Skrin akan memaparkan maklumat berikut.

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

  • Anda boleh klik TERUS KE PERMOHONAN.
  • Isikan maklumat anda dan klik HANTAR PERMOHONAN setelah siap melengkapkan maklumat pada borang permohonan.

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

Mohon Skim SPAK Mara, Terima Pembiayaan Perniagaan Sehingga RM10,000

  • Anda boleh melihat panduan pada bahagian MANUAL DAN BANTUAN pada sebelah kiri borang sekiranya memerlukan bantuan untuk mengisi permohonan.

Maklumat Lanjut Dan Pertanyaan

Jika anda inginkan maklumat seterusnya serta pertanyaan yang lebih lanjut mengenai skim ini, anda boleh hubungi :

  • Telefon : 03-26132500 / 32501 / 32531
  • Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my

 

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image