Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruukur JA29 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)

2,075

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruukur JA29 Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).

Berikut merupakan contoh soalan temuduga Juruukur JA29 sebenar yang dikongsikan oleh calon temuduga terdahulu. Anda boleh gunakan set soalan berikut sebagai panduan temuduga anda. Portal Jawatan Kosong Terkini hanya kongsikan semula sebagai panduan persediaan.

Ilmu ukur adalah cara atau kesenian membuat ukuran terhadap kedudukan relatif bagi titik-titik yang berada di atas permukaan bumi untuk menghasilkan keadaan sebenar perihal kawasan tersebut.

Apabila titik tersebut diplot di atas sekeping kertas lukisan dengan menggunakan skala yang sesuai, maka bentuk muka bumi semula jadi atau cipta jadi seperti bukit, sungai, jalan raya, landasan kereta api, bangunan dan lain-lain dapat dibentuk dalam rupa sebuah pelan atau peta dengan betul.

Jadi, seorang Juru Ukur akan melakukan pelbagai tugas perkaitan perkara di atas untuk tujuan menentukan dimensi, bentuk dan keluasan kawasan yang diukur.

TEMUDUGA PENOLONG JURUUKUR JA29

Temuduga Penolong Juruukur Gred JA29 antara proses temuduga kerja kerajaan yang mencabar kemahiran berfikir calon terlibat dari segi lontaran idea menjawab dan sebagainya. Berikut merupakan info jawatan, peranan dan tugas seorang Penolong Juruukur Gred JA29.

Untuk lulus temuduga Penolong Juruukur JA29, calon terlibat perlulah melakukan persediaan rapi aspek fizikal dan mental. Sebaik persediaan adalah mempersiapkan diri anda dengan ilmu berkaitan kerjaya pilihan anda.

Berikut merupakan maklumat penting mengenai kerjaya Penolong Juruukur dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan temuduga kerja kerajaan sebagai persediaan temuduga anda.

INFO RINGKAS PENOLONG JURUUKUR JA29

Penolong Juruukur JA29 merupakan jawatan yang terletak di bawah kumpulan Pelaksana pelbagai Kementerian. Seorang Juru Ukur JA29 akan berkhidmat di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Jabatan Perancangan Bandar, Perbadanan Putrajaya dan pelbagai agensi kerajaan..

Mana-mana calon yang lulus peperiksaan dan temuduga Penolong Juruukur JA29 akan berkhidmat sama ada di bawah Kementerian, Jabatan-jabatan atau Agensi-agensi yang memerlukan khidmat seorang Penolong Juruukur.

SYARAT LANTIKAN PENOLONG JURUUKUR JA29

Di Malaysia, untuk menjadi seorang Penolong Juruukur Gred JA29 calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. sijil dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,549.00); atau
      2. diploma dalam bidang ukur tanah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred JA29 : RM1,935.02)Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan

TUGAS SEORANG PENOLONG JURUUKUR JA29

Berdasarkan deskripsi tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Seorang Penolong Juruukur JA29 mempunyai tanggungjawab seperti berikut;

  • Bertanggungjawab melaksanakan dan kerja-kerja ukur tanah dan pemetaan dan penyediaan infrastruktur.
  • Memproses dan menyemak maklumat pengukuran, data geospatial dan data extraction adalah lengkap bagi keperluan penerbitan peta.
  • Menjalankan kerja ukuran pelbagai, ukuran pemetaan utiliti, melukis pelan dengan kaedah yang betul dan lengkap dan memproses ukuran kadaster yang diterima daripada Pejabat Ukur Daerah.
  • Menyemak proses saringan maklumat yang telah ditentukan oleh kakitangan di bawah kawalan bagi memastikan kesempurnaan maklumat dalam penghasilan peta serta menyimpan semua maklumat di dalam Pangkalan Data Ukur Kadaster.

CONTOH SOALAN TEMUDUGA PENOLONG JURUUKUR JA29

Di bawah merupakan antara contoh soalan temuduga Penolong Juruukur yang dikongsikan calon temuduga lepas. Anda boleh jadikan soalan-soalan berikut sebagai panduan.

  1. Ceritakan diri anda, latar belakang dan pengalaman kerja anda.
  2. Apa yang terdapat dalam Dokumen Tender?
  3. Apakah yang dimaksudkan dengan Senarai Kuantiti? Apa yang terdapat di dalam Senarai Kuantiti.
  4. Siapakah Pengarah JUPEM, Timbalan Pengarah dan Ketua Jabatan?
  5. Berapa gaji permulaan untuk jawatan (JA29) ini. Jika gaji yang diberikan sekarang lebih tinggi dari jawatan ini, kenapakah anda masih mahukan jawatan ini?
  6. Kenapa anda hendak kerja dengan kerajaan?
  7. Jika di tempatkan di tempat pendalaman. Adakah anda sanggup pergi?
  8. Di tempat kerja baru yang anda ditempatkan (area pendalaman), anda di letakkan di bawah Jurutera Awam dan anda hanya seorang JUB saja di sana. Sekiranya anda mempunyai masalah dalam membuat senarai kuantiti, siapakah anda akan minta tolong?
  9. Anda di berikan peluang untuk menanyakan satu soalan kepada kami. Jadi, pastikan anda ambil peluang untuk tanya satu soalan kepada penemuduga.

Soalan-soalan di atas merupakan set soalan umum berkaitan penjawatan dan juga soalan berkaitan pengetahuan am anda sebagai seorang calon Penolong Jurutera. Jadi pastikan anda membuat persediaan secukupnya.

DAPATKAN PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Panduan temuduga kerja kerajaan merupakan rujukan utama yang dikeluarkan oleh pihak kami untuk membantu calon temuduga kerajaan. Calon temuduga Penolong Juruukur JA29 juga boleh menggunakan panduan temuduga ini.

Panduan ini juga merupakan rujukan utama yang dikeluarkan khas untuk persediaan temuduga calon kerja kerjaan.

Panduan ini merupakan rekomendasi utama kami khas untuk membantu calon temuduga kerja kerajaan. Pihak kami cadangkan anda preview dahulu kandungan utama panduan tersebut dan terus membuat pembelian melalui link di bawah.

APA SEBENARNYA PANDUAN TEMUDUGA KERJA KERAJAAN

Untuk makluman, Panduan ini merupakan himpunan lengkap koleksi rujukan temuduga sektor awam dan swasta yang banyak membantu calon temuduga Kerja Kerajaan sebelum ini.

Berikut antara kandungan utama Panduan Rahsia Bijak Temuduga.

[+] Persediaan Menghadapi Temuduga
[+] Soalan Lazim Killer Temuduga
[+] Checklist Temuduga
[+] Peta Minda Rujukan Pantas
[+] Pengalaman Temuduga Sektor Swasta
[+] Pengalaman Temuduga Sektor Awam

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas temuduga ini, anda boleh melanggan sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu atau terus ke laman jualan di bawah.

Seperti biasa hebahan jualan juga akan dilakukan terus ke email calon-calon yang mendaftar dengan laman Panduan Temuduga.

Panduan Temuduga Kerja Kerajaan

KLIK UNTUK TEMPAH

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image