Info Kerjaya Malaysia

Tanya Soalan Ini Selepas Temuduga, Gerenti Anda Mudah Dapat Kerja

17,312

Tanya Soalan Selepas Temuduga

Ada apa-apa soalan yang ingin ditanya? Jangan geleng-geleng ya. Sebaliknya jawab, “Ya, saya ada beberapa soalan berkaitan pekerjaan ini.” Nah, anda sudah mendapat 1 lagi markah tambahan.

Seorang HR disebuah syarikat telah berkongsi mengenai beberapa soalan yang perlu anda soal kepada penemuduga dan gerenti anda mendapat pekerjaan tersebut.

Contoh Soalan Kepada Penemuduga

Anda boleh bertanyakan soalan ini kepada penemuduga seperti mana yang dikongsikan oleh HR ini.

1. Calon yang bagaimanakah sesuai untuk menjawat jawatan ini?

Berdasarkan jawapan yang diberikan oleh penemuduga, secara tidak langsung anda akan mengetahui adakah anda memenuhi kehendak dan ciri-ciri yang diperlukan oleh majikan serta adakah anda berpeluang atau tidak untuk berjaya dalam temuduga tersebut.

Tanya Soalan Ini Selepas Temuduga, Gerenti Anda Mudah Dapat Kerja

2. Apakah langkah atau proses seterusnya selepas temuduga ini? Ada apa-apa persediaan yang saya perlu lakukan?

Secara tidak langsung, anda pasti dapat kenalpasti peluang untuk berjaya dalam temuduga anda berdasarkan jawapan yang diberikan oleh penemuduga. Tetapi jika penemuduga membalas jawapan anda dengan jawapan, ” Kami akan hubungi anda semula selepas ini”, sudah pasti harapan untuk berjaya dalam temuduga agak tipis.

3. Apakah penanda aras yang diletakkan oleh syarikat jika saya berjaya ditawarkan untuk memegang jawatan ini?

Jawapan yang diberikan oleh majikan akan menunjukkan sama ada personaliti anda menepati kehendak mereka atau tidak. Malahan majikan juga akan menganggap anda sudah bersedia untuk mencapai target yang ditetapkan sekiranya anda berjaya dalam temuduga anda.

4. Bolehkah saya tahu mengenai team yang bakal saya bekerja sekiranya saya berjaya ditawarkan jawatan ini?

Berdasarkan soalan, anda adalah seorang yang mempunyai sifat kepimpinan atau team player yang aktif. Ciri-ciri ini adalah ciri-ciri seorang pekerja yang sememangnya dicari oleh majikan.

5. Apakah target syarikat ini dalam masa 6 bulan hingga 5 tahun akan datang?

Sekiranya majikan bersungguh-sungguh mahukan anda bekerja, sudah pasti jawapan yang diberikan merupakan satu plan dan cita-cita yang tinggi dikongsikan dengan anda. Malahan jawapan yang diberikan juga lebih kepada memujuk anda untuk bersama mereka mencapai target syarikat.

Tanya Soalan Ini Selepas Temuduga, Gerenti Anda Mudah Dapat Kerja

Dapatkan juga 21 Tips Terkini berkaitan temuduga disini.

Apabila anda bertanyakan soalan diatas kepada penemuduga, sudah pasti peratusan anda berjaya dalam temuduga menjadi lebih tinggi berbanding calon yang lain. Jadi, sila hafal soalan ini dan anda boleh ubahsuai mengikut jawatan dan situasi temuduga.

close-image