Info Kerjaya Malaysia

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

893

Contoh Soalan Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Di bawah merupakan koleksi contoh soalan Psikometrik Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang boleh dijadikan rujukan calon peperiksaan.

Klik artikel berikut untuk baca Contoh Soalan Peperiksaan PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Anda boleh download Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 di bawah melalui pautan khas yang disediakan. Cuba jawab dan dapatkan jawapan bagi setiap soalan di bawah.

PENERANGAN FORMAT UJIAN PSIKOMETRIK PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT S19

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Sebenarnya seksyen ini adalah olahan semula dari seksyen yang lama iaitu Seksyen Sahsiah dan Minat. Kami suka untuk berikan anda perkaitan ini untuk buang kegentaran anda.

Bagi kertas sahsiah diri dan minat (format 2009 – 2012), soalan yang diajukan adalah berkaitan dengan situasi di mana anda ditekan dengan masa untuk mengeluarkan apa yang ada dalam diri anda.

Format soalan dan jawapan pilihan juga tidak tetap. Ianya ditetapkan ‘Aneka Pilihan Jawapan’. Anda berkemungkinan hanya diberi 2 atau 3 pilihan jawapan (Ya atau Tidak), (Betul atau Salah), (Ya atau Betul atau Tidak Pasti) ataupun 4-5 jawapan yang menguji keyakinan anda (Sangat Setuju, Setuju, Tidak Pasti, Tidak bersetuju, Sangat Tidak Bersetuju) sebagai refleksi keyakinan anda dalam membuat pilihan.

Jika dirangkumkan, ianya adalah refleksi siapa diri anda dan bagaimana anda menjalani hidup harian. Sikap anda, cara pemikiran, tindakan anda; terhadap anda sendiri dan persekitaran anda.

Seharusnya aura positif yang menguasai anda dan bukan sebaliknya. Atas sebab itu nilaian positif harus ada pada diri anda seperti sedia menerima kritikan dan pandangan orang lain, tidak merasa diri sendiri sahaja yang betul.

Ciri lain yang termasuk dalam nilaian ini seperti berani mencuba, tak takut gagal, berlapang dada, mudah menerima dan diterima orang lain, yakin pada diri sendiri, sentiasa bersangka baik, mudah mesra, bertimbang rasa dan banyak lagi sifat-sifat positif yang secara normalnya dimaklumi.

Aura negatif diri pula seperti tidak bergaul dengan orang, tidak dapat menerima pandangan orang lain, sentiasa bersangka buruk dengan orang lain, kurang yakin pada diri sendiri, sentiasa teragakagak dalam tindakan, perwatakan kurang menarik dan semua yang berlawanan dengan sifat-sifat positif yang rasanya tak perlu kami huraikan dengan lebih dalam.

Apa yang anda perlu ialah tahu secara asasnya yang mana positif dan yang mana negatif dan itu adalah senjata yang akan kita gunakan dalam menjawab soalan ujian sahsiah dan minat (akan diterangkan nanti bagaimana).

Jadi apa yang ada di sebalik Ujian Psikometrik ini secara kasarnya ialah; “Personaliti, minat, kecenderungan anda akan dinilai, adakah ianya menuju arah yang positif atau arah yang negatif!’.

TIPS MENJAWAB SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

Tips utama untuk menjawab dengan baik seksyen ini ialah anda tidak perlu menjadi hipokrit, hanya sembunyikan keburukan anda. Pilih untuk mengeluarkan kualiti baik anda dan jawab sepenuh hati tanpa sebarang penipuan yang bakal memakan diri anda.

Apa tidaknya, soalan ini dirangka oleh pakar psikologi yang bakal menentukan kebenaran jawapan anda.

Tip terpenting ialah, pastikan jawapan anda sentiasa konsisten.

Pelbagai jawatan kini memerlukan anda menjawab seksyen Psikometrik. Antaranya ialah;

1. Pembantu Perawatan Kesihatan U11
2. Pembantu Pendaftaran KP19
3. Pembantu Arkib
4. Penghantar Notis
5. Pembantu Awam
6. Pembantu Pegawai Latihan
7. Pembantu Tadbir
8. Pembantu Penilaian
9. Pembantu Hal Ehwal Islam
10. Jawatan Lain Gred 29 Ke Bawah

CONTOH SOALAN UJIAN PSIKOMETRIK

1. Saya peka kepada perubahan persekitaran.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

2. Saya tidak peduli jika kawan saya gagal.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

3. Saya melayan tetamu yang datang ke rumah saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

4. Saya lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

5. Saya merasa terganggu apabila orang lain menggangu kerja saya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

6. Cepat berpuas hati dengan hasil titik peluh.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

7. Pepatah “Bersatu Teguh, Bercerai Roboh” tidak sesuai pada masa kini.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

8. Saya menggunakan helah dalam permainan semata-mata untuk menang.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9. Berbaris untuk membayar bil adalah yang menyusahkan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

10. Khidmat Negara perlu dikenakan kepada semua rakyat berumur 21 tahun.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11. Dalam membincangkan sesuatu yang serius, saya masih boleh berjenaka.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

12. Saya ingin mengetahui sesuatu dengan lebih mendalam.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

13. Impresi pertama mempengaruhi pendapat sesorang.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

14. Saya menjerit/menangis apabila perasaan saya tertekan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

15. Saya mudah berasa bosan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

16. Saya akan membuktikan keputusan yang saya buat adalah betul

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

17. Saya akan bertanya jika kawan saya kelihatan bermasalah

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

18. Saya menghadiri sesuatu majlis dan meninggalkannya sebaik sahaja ia bermula.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

19. Apabila berbicara dengan seseorang, saya akan memandang ke arahnya.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

20. Member laluan kepada kenderaan lain memotong adalah lebih baik daripada dia memotong dalam keadaan bahaya.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

DOWNLOAD CONTOH SOALAN

Download soalan di atas dan cuba jawab. Pastikan anda juga tidak terlepas untuk  mendapatkan panduan Peperiksaan Soalan Psikometrik SPA yang pihak kami keluarkan di bawah.

PANDUAN PEPERIKSAAN PSIKOMETRIK SPA

Panduan peperiksaan Psikometrik SPA merupakan satu-satunya panduan utama yang dihasilkan khas untuk membantu calon jawatan kerajaan lulus dalam peperiksaan Psikometrik SPA.

Panduan ini mengandungi nota berkaitan Psikometrik, Contoh Soalan Psikometrik SPA lengkap dengan jawapan untuk membantu persediaan calon peperiksaan.

Contoh Soalan Psikometrik SPA turut disertakan untuk anda membuat latihan persediaan supaya tidak kekok semasa menghadapi peperiksaan online Psikometrik nanti.

Ia tidak menjamin bahawa anda akan lulus dalam peperiksaan, namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu bazirkan masa mencari maklumat berjam-jam sehingga mengurangkan masa persediaan anda.

Anda boleh mendapatkan laporan percuma berkaitan dengan nota Psikometrik dalam format PDF. Selain itu, anda akan diberikan tips-tips yang berkaitan dengan peperiksaan Psikometrik dari masa ke semasa.

Buat persediaan dari sekarang dengan mendapatkan panduan peperiksaan Psikometrik SPA di bawah.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik SPA

TEMPAH SEKARANG

close-image