Skim Rumah Pertama MBSB Bank Dengan Tawaran Pinjaman Perumahan Sehingga 105%

4,326

Skim Rumah Pertama MBSB merupakan merupakan inisiatif terkini MBSB Bank bagi membantu penjawat awam serta swasta dan juga individu yang bekerja sendiri memiliki rumah pertama dengan mudah.

SKIM RUMAH PERTAMA MBSB BANK

Memiliki rumah pertama merupakan impian setiap daripada kita. Namun, dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu serta harga rumah yang kian meningkat, adalah agak sukar untuk membeli rumah tanpa pinjaman.

Oleh itu, anda haruslah bijak dalam mengintai serta merebut peluang pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh pelbagai pihak. Terkini, pihak MBSB Bank telah membuka tawaran pinjaman perumahan khas untuk anda yang ingin membina rumah pertama.

Terdapat banyak keistimewaan dalam skim pinjaman MBSB Bank ini dan yang paling menarik adalah anda akan mendapat pembiayaan sehingga 105% (termasuk MRTT dan fi yuran guaman). Bukan itu sahaja, subsidi untuk fi guaman juga akan diberikan sehingga jumlah RM6000.

Keistimewaan lain pula ialah bank ini menawarkan keuntungan yang kompetitif jika dibandingkan dengan skim-skim yang lain. Selain itu, tempoh pembiayaan pinjaman perumahan pula diberikan selama 35 tahun ataupun sehingga umur 75 tahun.

Mungkin anda tidak perasan. Sebenarnya, anda tidak perlu kusutkan fikiran memikirkan bagaimana untuk mencari wang bayaran muka. Ini kerana pinjaman yang diberikan merangkumi keseluruhan harga rumah asalkan anda pegang dengan perjanjian tersebut.

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MEMOHON SKIM RUMAH PERTAMA MBSB

Anda wajib tahu syarat-syarat kelayakan memohon. Hal ini untuk memastikan diri anda betul-betul layak bagi memohon bantuan Skim Rumah Pertama MBSB Bank ini. Berikut merupakan syarat-syaratnya.

  • Warganegara Malaysia berumur bawah 40 tahun.
  • Pembeli rumah pertama sahaja.
  • Wajib menetap di rumah yang dibeli.
  • Harga rumah yang dibeli antara RM100K hingga 500K
  • Sudah bekerja selama 6 bulan dan merupakan graduan IPT (ijazah)

DOKUMEN-DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN UNTUK MEMOHON SKIM RUMAH PERTAMA MBSB

Untuk memohon skim pembiayaan/pinjaman rumah pertama MBSB Bank ini, anda perlulah sertakan beberapa dokumen semasa mengemukakan permohonan. Berikut merupakan senarai dokumen yang perlu anda sertakan bersama.

Pekerja Sektor Awam Dan Swasta

1.) Salinan Kad Pengenalan/ Pasport
2.) Borang BE terkini
3.) Penyata bank untuk tempoh 3 bulan terkini
4.) Penyata slip gaji 3 bulan terkini
5.) Surat pengesahan majikan
6.) Penyata KWSP terbaru
7.) Surat perjanjian jual beli rumah (SnP)

Bekerja Sendiri Atau Syarikat

1.) Salinan Kad Pengenalan/ Pasport
2.) Pendaftaran Perniagaan Borang 9,24,49, B&D, M&A
3.) Borang B terkini dan penyata cukai
4.) Penyata akaun semasa terkini untuk 6 bulan
5.) Penyata akaun P&L atau Audit Kewangan
6.) Surat perjanjian jual beli rumah (SnP)

Untuk memudahkan anda menyediakan kesemua dokumen-dokumen yang diperlukan ini, anda bolehlah download senarai semak ataupun checklist yang telah disediakan oleh pihak MBSB Bank. Sila klik link di bawah untuk download.

Kenali Skim Rumah Pertama MBSB Bank Dengan Tawaran Pinjaman Sehingga 105%

CARA MENGEMUKAKAN PERMOHONAN SKIM RUMAH PERTAMA MBSB

Berikut kami kongsikan cara-cara mengemukakan permohonan Skim Rumah Pertama MBSB Bank ini sebagai panduan buat anda.

1.) Download borang permohonan secara online. Sila klik link di bawah untuk download.

  • Borang Permohonan Skim Rumah Pertama MBSB: Klik Sini

Kenali Skim Rumah Pertama MBSB Bank Dengan Tawaran Pinjaman Sehingga 105%

2.) Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan dalam borang tersebut.
3.) Sertakan kesemua dokumen sokongan yang diperlukan.
4.) Cetak (print) borang dan hantarkan ke MBSB Bank.

MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SKIM RUMAH PERTAMA MBSB

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan Skim Rumah Pertama MBSB Bank ini, anda bolehlah kunjungi laman web rasmi MBSB Bank. Sila klik link di bawah untuk ke pautan laman web rasmi MBSB Bank.

Kenali Skim Rumah Pertama MBSB Bank Dengan Tawaran Pinjaman Sehingga 105%

Skim Rumah Pertama MBSB Bank ini merupakan peluang keemasan buat anda yang berhasrat untuk memiliki rumah sendiri. Jadi, apa tunggu lagi? Ayuh rebut peluang ini! Selamat mengemukakan permohonan.

DOWNLOAD BORANG SKIM RUMAH PERTAMA MBSB

Borang Permohonan Skim Rumah Pertama MBSB di bawah:

DOWNLOAD BORANG

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image