#INFORMASI ID: REF-440319

SKIM BANTUAN AM PERSEKOLAHAN BAITULMAL MAIWP 2020. MOHON SEKARANG.

AUTHOR: ZIETA ZUMIRA
UPDATED: 17 JUL 2020
READ: 2m
Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020. Mohon Sekarang
Intelligence_System_v13.0  //  Signal: Optimal Total Library: 450+ INTEL_SETS

Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020 Bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan untuk persekolahan anak-anak, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah membuka permohonan untuk Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal bagi Pelajar Tingkatan 6 Rendah sahaja. Tarikh Permohonan Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal dibuka pada 15 Julai 2020 […]

Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020

Bagi meringankan beban ibu bapa yang mempunyai masalah kewangan untuk persekolahan anak-anak, pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah membuka permohonan untuk Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal bagi Pelajar Tingkatan 6 Rendah sahaja.

Tarikh Permohonan

Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal dibuka pada 15 Julai 2020 hingga 31 Julai 2020.

Syarat Permohonan Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020

Untuk membuat permohonan, anda boleh menyemak syarat permohonan terlebih dahulu seperti :

  • Beragama Islam.
  • Tidak mendapat tajaan biasiswa daripada mana-mana pihak.
  • Bermaustatin di Wilayah Persekutuan Labuan sekurang-kurangnya 1 tahun dan masih menetap.
  • Pelajar mestilah bersekolah di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan atau sekolah agama kerajaan negeri atau sekolah agama yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam negeri-negeri.
  • Tertakluk kepada pengiraan had kifayah yang telah ditetapkan.

Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal MAIWP 2020. Mohon Sekarang

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan :

  • Bagi pelajar yang bersekolah di Wilayah Persekutuan Labuan, dapatkan borang permohonan daripada Guru Biasiswa Baitulmal yang dilantik di sekolah masing-masing.
  • Pelajar yang bersekolah di luar Wilayah Persekutuan Labuan, dapatkan borang di : Unit Akademik, Zakat Fitrah & Sumber Am, Blok 4, Tingkat 13, Kompleks Ujana Kewangan, Wilayah Persekutuan Labuan.

Maklumat Lanjut

Sebarng maklumat lanjut mengenai Skim Bantuan Am Persekolahan Baitulmal ini, anda boleh hubungi MAIWP Labuan di :

  • Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Cawangan Labuan (MAIWP)
    Blok 4, Tingkat 13,
    Kompleks Ujana Kewangan,
    Peti Surat 80960,
    87019 Labuan.
  • Telefon : 087-418 512
  • Laman Web  : http://maiwp.gov.my/
Tamat Intel_Report // REF-440319
Zieta Zumira
Verified_Intelligence_Lead

ZIETA ZUMIRA.

Penganalisis & Perancang Strategi Kerjaya. Membantu graduan memahami pasaran kerja melalui pendekatan data dan risikan terkini.

DEEP_EXPLORATION.

Total_Library

450+ INTEL_SETS