Giliran Maybank Pula Perkenalkan Sistem Janji Temu Online Maybank EzyQ Untuk Sebarang Urusan

496

Giliran Maybank Pula Perkenalkan Sistem Janji Temu Online Maybank EzyQ Untuk Sebarang Urusan

Terkini giliran Maybank pula memperkenakan sistem janji temu secara online yang dinamakan sebagai Maybank EzyQ. Sistem Maybank EzyQ membolehkan pelanggan memilih slot masa yang sesuai untuk membuat janji temu sebelum berurusan di mana-mana sahaja cawangan Maybank.

Tujuan Sistem Janji Temu Online Maybank EzyQ

Sistem ini bertujuan untuk :

  • Meningkatkan pengurusan pelanggan
  • Mengurangkan masa menunggu setiap pelanggan

Pelanggan boleh membuat tempahan janji temu melalui Maybank EzyQ seawal 1 hingga 10 hari bekerja sebelum membuat sebarang urusan di cawangan Maybank yang terdekat.

Jenis Urusan Janji Temu Online Melalui Maybank EzyQ

Antara urusan janji temu yang termasuk dalam senarai ialah :

  • Pembukaan akaun baharu
  • Urusan kad debit
  • Khidmat nasihat penjualan

Nota : Untuk urusan transaksi ASB, pelanggan perlu merujuk cawangan Maybank yang terdekat.

Pengesahan Slot Masa

Setelah pelanggan membuat permohonan janji temu, pelanggan akan menerima pengesahan sloat masa yang telah dipilih pada hari yang sama.

Pelanggan juga akan menerima emel peringatan yang akan dihantar sehari sebelum waktu urusan.

Untuk makluman semua, sistem Maybank EzyQ telah tersedia di 90 cawangan Maybank dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Ingin membuat janji temu dengan Maybank? Klik Maybank EzyQ dan tetapkan slot masa yang sesuai untuk berurusan dengan mudah dan pantas.

Kemudian isikan maklumat seperti yang diminta. (Rujuk gambar di bawah)

Giliran Maybank Pula Perkenalkan Sistem Janji Temu Online Maybank EzyQ Untuk Sebarang Urusan

  • Klik I’M NOT A ROBOT dan klik SUBMIT untuk pengesahan slot JANJI TEMU anda.

Giliran Maybank Pula Perkenalkan Sistem Janji Temu Online Maybank EzyQ Untuk Sebarang Urusan

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image