Tips Menjawab Seksyen Matematik KP41, Sila Beri Perhatian Subjek Core & Aplikasi Matematik SPM

1,561

Kita jadikan artikel kali ini seringkas mungkin, terus kepada teras bagaimana dan apa nak studi Seksyen Matematik peperiksaan PSEE KP41.

Untuk peperiksaan memasuki perkhidmatan awam, seksyen Matematik dikenali dengan pelbagai nama yang berbeza bagi setiap jawatan. Ada yang berada di ‘Bahagian 2: Seksyen B’‘Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah’, ‘Seksyen A: Matematik’ dan lain-lain.

Ianya berbeza mengikut gred jawatan yang anda mohon. Ada peperiksaan yang memerlukan anda hanya menjawab satu seksyen iaitu Daya Menyelesaikan Masalah Matematik atau memerlukan anda menjawab seksyen Matematik beserta seksyen lain.

Tapi apa yang pasti ianya berkaitan dengan subjek Matematik dan mengandungi 2 bahagian iaitu:

  • Bahagian core’ Matematik
  • Bahagian ‘aplikasi’ Matematik

Dan untuk pengetahuan calon kedua-dua bahagian itu kami masukkan dalam panduan KP41 dibawah dengan rangkuman 2 bahagian iaitu:

  1. Bahagian Matematik (Core Matematik)
  2. Bahagian Analitikal (Aplikasi Matematik)

Setiap bahagian ini kami sertakan soalan-soalan dan jawapan untuk anda buat latihan pantas dan asah pengetahuan Matematik yang sedia ada. Kami yakin, Matematik bukanlah menjadi masalah besar ketika zaman SPM semua calon, apa yang perlu ialah keluarkan balik ingatan tersebut untuk terus berjaya!

STRATEGI MENJAWAB SEKSYEN MATEMATIK SPA

Terus sahaja kepada apa strategi persediaan yang LICIK dan RINGKAS untuk seksyen berkaitan Matematik ini.

Apa yang menjadi masalah besar calon gagal dalam bahagian ini ialah;

  1. Tak tahu bentuk soalan
  2. Tak cukup masa, berakhir dengan tekaan (hentam)
  3. Tak sempat buat persediaan

2 sebab paling atas kita tinggalkan, itu masalah calon sendiri, tapi masalah “TAK SEMPAT BUAT PERSEDIAAN” sebenarnya boleh ditangani sekiranya anda berusaha kearah itu.

Sebenarnya dalam isu ‘tak sempat’ tersebut disebabkan oleh senarai edaran format yang dilakukan oleh pihak SPA. Jika anda perasan format untuk soalan Matematik yang dikeluarkan oleh pihak suruhanjaya untuk peperiksaan bertulis adalah;

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

Apa yang difahami oleh calon ialah, ianya adalah MUDAH kerana hanya format SPM. Tapi apabila diteliti, format SPM mengandungi 21 bab! Berapa lama masa yang anda perlu untuk ulangkaji dan buat latihan semua bab tersebut? Dan dalam setiap bab ada sekurang-kurangnya 5 pecahan sub-bab menjadikannya 105++ untuk calon ulangkaji.

Sememangnya tak cukup masa!.

APA STRATEGI LICIK JAWAB SEKSYEN MATEMATIK SPA?

Ianya adalah hasil daripada pemerhatian kami bermula dari tahun 2008 lagi berkenaan Seksyen Matematik. Kami dapat rumuskan seperti berikut:

  1. Soalan boleh dijawab tanpa kalkulator
  2. Soalan boleh dijawab dengan kalkulator
  3. Soalan tak melebihi silibus SPM
  4. Soalan harus dihabiskan dalam masa yang singkat

Berdasarkan 4 faktor tersebut ini strateginya;

  • soalan-soalan susah yang memerlukan kalkulator, mungkin tak keluar. Jika ada pun hanya 1-2 soalan. Jadi ianya bukan masalah sekiranya anda skor soalan-soalan lain.
  • soalan-soalan yang memerlukan lukisan seperti bab ‘Pelan dan Dongakan’ dalam silibus SPM, komfem tak keluar

Ingat apa yang kami beritahu anda di atas bahagian yang “konfem tak keluar”.

Jadinya, apa yang perlu anda lakukan untuk persediaan Matematik dan skor bahagian ini?

  • Lihat semula buku rujukan Matematik SPM dan PMR
  • Singkirkan bab-bab yang memerlukan lukisan, kalkulator dan pengiraan yang berbelit-belit
  • Jawab soalan-soalan set matematik PMR dan SPM dan tinggalkan dahulu soalan-soalan yang susah yang memerlukan kalkulator dan lukisan (jika ditanya)

CONTOH SOALAN SEBENAR SOALAN MATEMATIK SPA

Berikut merupakan contoh soalan sebenar Seksyen Matematik SPA yang dikongsikan calon peperiksaan lepas dengan pihak kami.

1. Aizat membancuh 1 liter air kordial sarsi dengan menggunakan 6 botol air masak di mana setiap botol air masak tersebut mempunyai 750 ml. selepas air sarsi itu dibancuh, dia telah menhidangkan air itu di dalam gelas yang berisi padu 250 ml kepada empat orang tetamu. Jika baki air sarsi hendak diisikan ke dalam botol yang berisi padu 1.5 liter, berapakah bilangan botol yang diperlukannya?

A) 2
B) 3
C) 4
D) 5

2. Berat seguni beras ialah 50kg. Encik Maniam telah membungkus semula beras itu kepada 250 bungkusan kecil. Cari berat bungkusan beras tersebut?

A) 50g
B) 200g
C) 250g
D) 500g

3. Seorang kontraktor mengambil masa 15 bulan untuk menyiapkan projek A dan 28 bulan diperlukan untuk menyiapkan projek B. Cari jumlah masa, dalam tahun dan bulan yang diambil untuk menyiapkan kedua-dua projek tersebut.

A) 1 tahun 1 bulan
B) 1 tahun 3 bulan
C) 2 tahun 4 bulan
D) 3 tahun 7 bulan

4. Lim Kok Meng telah membuat pinjaman sebanyak RM60,000 pada bulan 1 Mac 2018. Sekiranya faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun, hitung faedah yang perlu dibayar oleh Lim Kok Meng sehingga 31 Disember 2018.

A) RM3000
B) RM3250
C) RM3575
D) RM3900

5. Puan Rina telah menerima tempahan kek cawan daripada Puan Rima, Puan Zahrin dan Puan Myn dengan nisbah tempahan 3:1:2. Sekiranya tempahan yang dibuat oleh Puan Myn sebanyak 120 biji, hitung jumlah kek cawan yang ditempah oleh Puan Rima.

A) 60 biji
B) 180 biji
C) 240 biji
D) 360 biji

Baik sekarang jika soalan-soalan seperti diatas ditanya adakah anda boleh jawab?

Dah tentu boleh bukan sekiranya anda bersedia.

DAPATKAN CONTOH SOALAN MATEMATIK SPA

Khas untuk peperiksaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, pihak kami telah mengeluarkan panduan khas untuk peperiksaan ini.

Ok untuk makluman anda, ini merupakan satu-satunya rujukan yang dikeluarkan dan berada di pasaran. Tiada rujukan lain selengkap ini ya khas untuk exam KP41.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh terus ke laman tempahan KP41 melalui pautan di bawah.

TEMPAH PANDUAN KP41 KDN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41.

Jangan terlepas.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image