RM1000 Bonus Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

772

RM1000 Bonus Bantuan Khas Setengah Bulan Gaji Untuk Penjawat Awam

Para penjawat awam terutamnya yang berkhidmat di negri Pulau Pinang pastinya menarik nafas lega kerana bakal menerima bayaran bantuan khas kewangan (BKK) setengah bulan gaji atau minimum RM1,000 kepada sejumlah 4,009 penjawat awam di negeri Pulau Pinang seperti yang diumumkan oleh kerajaan Pulau Pinang.

Ketua Menteri Chow Yeow menerusi pembentangan Belanjawan 2021 di Dewan Undangan Negeri berkata, bayaran bonus itu melibatkan sebanyak Rm5.5 juta dan akan dibayar pada Disember 2020 ini.

Penghargaan Buat Frontliner

“Kerajaan negeri ingin merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang, Majlis Keselamatan Negara serta semua pasukan keselamatan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta semua anggota perkhidmatan Persekutuan atas pengorbanan mereka sebagai petugas barisan hadapan, khidmat dan sokongan mereka untuk mengekang penularan wabak Covid-19 serta membantu memastikan kestabilan, keamanan dan ketenteraman awam,”

BKK Tanda Penghargaan Kepada Penjawat Awam

Seperti yang dimaklimkan oleh Ketuan Menteri, BKK yang diberikan adalah sebagai tanda penghargaan kepada penjawat awam diamana mereka merupakan jentera jentera laksana kerajaan, tanpa mereka pincanglah urus tadbir negeri. Pencapaian gemilang yang telah kita kecapi sehingga kini tidak akan dapat diperoleh tanpa komitmen dan sokongan yang jitu daripada mereka.

Sebagai tanda penghargaan kepada sokongan padu yang diberikan oleh semua penjawat awam negeri Pulau Pinang bagi tahun 2020, kerajaan negeri bersetuju meluluskan bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) akhir tahun bersamaan dengan setengah bulan gaji penjawat awam atau minimum RM1,000. Adalah diharapkan bayaran BKK ini akan meningkatkan semangat untuk memberikan perkhidmatan yang lebih cemerlang lagi di tahun-tahun akan datang.

RM300 Buat Penyelia Dan Guru KAFA

Di samping itu Chow juga berkata, pembayaran sebanyak RM300 juga akan disalurkan kepada 1,587 Penyelia dan Guru KAFA, 343 Guru Sekolah Rendah Agama Rakyat, 263 Guru Sekolah Menengah Agama Rakyat serta 590 Guru dan Staf Sekolah Persendirian Cina serta pemberian RM200 seorang kepada seramai 320 Guru Tahfiz, Guru Pondok dan Guru TADIS Negeri Pulau Pinang pada Disember ini melibatkan tambahan perbelanjaan RM898,900.

SUMBER

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image