Program Temuduga Terbuka SL1M 2017 Zon Tengah

0
349

Lebih daripada 25,000 peluang pekerjaan dan Skim Latihan 1 malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia ditawarkan kali ini di Program Temuduga Terbuka SL1M 2017 Zon Tengah.

Penyertaan pelbagai syarikat-syarikat gergasi dari GLC dan Swasta menyertai Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zone Tengah 2017. Berikut adalah maklumat temuduga akan dijalankan:-

MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA SL1M ZON TENGAH

 Tarikh Program dijalankan : 21 – 22 Feb 2017.
Lokasi : Dewan Tun Razak 3 dan 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Waktu Pendaftaran:  7.30 pagi

Selain daripada temuduga anda juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan lain-lain termasuk hiburan daripada artis jemputan daripada kumpulan Zero Maharaja Lawak dan Farish Aziz.

Semua mereka yang sedang mencari jawatan kosong dan ingin menyertai Skim Latihan 1 Malaysia dijemput untuk hadir beramai-ramai bersama-sama rakan-rakan anda.

MUAT TURUN IKLAN TEMUDUGA SL1M 2017

Sila muat turun iklan di bawah sebagai rujukan anda. Klik image untuk muat turun.

Program Temuduga Terbuka SL1M 2017 Zon Tengah