Program Temuduga Terbuka SL1M 2017 Zon Tengah

Lebih daripada 25,000 peluang pekerjaan dan Skim Latihan 1 malaysia untuk seluruh rakyat Malaysia ditawarkan kali ini di Program Temuduga Terbuka SL1M 2017 Zon Tengah.
Penyertaan pelbagai syarikat-syarikat gergasi dari GLC dan Swasta menyertai Program Temuduga Terbuka SL1M Peringkat Zone Tengah 2017. Berikut adalah maklumat temuduga akan dijalankan:-
MAKLUMAT TEMUDUGA TERBUKA SL1M ZON TENGAH
Lokasi : Dewan Tun Razak 3 dan 4 Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Waktu Pendaftaran: 7.30 pagi
Selain daripada temuduga anda juga akan disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti cabutan bertuah dan lain-lain termasuk hiburan daripada artis jemputan daripada kumpulan Zero Maharaja Lawak dan Farish Aziz.
Semua mereka yang sedang mencari jawatan kosong dan ingin menyertai Skim Latihan 1 Malaysia dijemput untuk hadir beramai-ramai bersama-sama rakan-rakan anda.
MUAT TURUN IKLAN TEMUDUGA SL1M 2017
Sila muat turun iklan di bawah sebagai rujukan anda. Klik image untuk muat turun.