Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Mohon Bantuan Baik Pulih Rumah Dan Projek Rumah Sejahtera KPKT Disini

1,471

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) adalah satu program yang dilaksanakan untuk :

  • Mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin bandar.
  • Meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.

Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB). Buat Permohonan Disini

 

3 Senarai Program PPKB

Terdapat 3 jenis program PPKB yang dijalankan iaitu :

1. Program Bantuan Baik Pulih Rumah Daif Di Bandar

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT.
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin.
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah.
  • Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut.
  • Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki.

Kadar Bantuan

  • Semenanjung Malaysia : RM13,000
  • Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan : RM15,000

2. Projek Rumah Sejahtera

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Ketua Isi Rumah (KIR) menetap di dalam kawasan operasi PBT.
  • Disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih.
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah dan satu salinan minit mesyuarat perlu dikemukakan semasa permohonan.
  • Rumah yang didiami tidak lagi selamat untuk didiami disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut.
  • Memiliki tanah kosong atas nama sendiri untuk dibina rumah.
  • Jika tidak memiliki tanah sendiri, KIR perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah/ waris berkenaan untuk membina rumah atas tanah/ tapak yang dikenalpasti (Borang PPKB 4B).

Kadar Bantuan

  • Semenanjung Malaysia : RM40,000
  • Sabah/Sarawak/Wilayah Persekutuan Labuan : RM50,000

3. Program Pemerkasaan Ekonomi Komuniti Bandar (PEKB)

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia.
  • Golongan Pendapatan B40.
  • KIR/AIR yang berdaftar dan telah disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih. Julat umur yang dibenarkan bagi setiap peserta adalah dari 18 hingga 60 tahun. Walau bagaimanapun, bagi AIR yang sedang melanjutkan pelajaran di IPT adalah tidak layak untuk menyertai program ini.

Skop Latihan Program PEKB

  • Program Pembangunan Minda Insan
  • Program Latihan Kemahiran
  • Program Celik Kewangan
  • Program Bina Upaya
  • Program Promosi dan Pemasaran

Cara Membuat Permohonan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB)

Untuk membuat permohonan PPKB ini, pemohon mestilah berdaftar dengan Sistem eKasih dan disahkan status kemiskinan di dalam Sistem eKasih. Belum pernah mendaftar dengan eKasih? Klik sini untuk membuat pendaftaran langkah demi langkah.

Info Ringkas Sistem eKasih

Sistem eKasih adalah sistem yang dibangunkan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU,JPM) merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Bank Data Kemiskinan Nasional​​ eKasih mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profail individu, program/bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program/bantuan yang diterima.

Manakala Komponen data eKasih pula terdiri daripada maklumat asas Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR), maklumat Lokasi, Kediaman,Pendidikan, Kemahiran dan Pekerjaan, Pemilikan Harta, Kesihatan, Pendapatan serta Bantuan.

Data eKasih digunakan oleh kementerian/agensi yang memberi bantuan melalui program-program pembasmian kemiskinan.

Syarat Kelayakan Memohon

Berikut adalah syarat kelayakan untuk memohon bantuan eKasih :

  • Isi rumah yang berpendapatan di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
  • Warganegara Malaysia.

Nota : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan sesebuah isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan. PGK semasa yang digunakan adalah PGK 2016. Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan kurang RM1500 sebulan (Bandar) atau RM1000 sebulan (Luar Bandar) layak dan digalakkan untuk memohon.

4 punca pendapatan utama adalah seperti berikut :

  • Pekerjaan bergaji.
  • Bekerja sendiri.
  • Pendapatan daripada harta dan pelaburan.
  • Pindahan semasa diterima.

Nota : Isi rumah boleh mempunyai lebih daripada seorang penerima pendapatan dan pendapatan yang diterima boleh diperoleh daripada pelbagai punca.

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai pendaftaran dan semakan mengenai eKasih, anda boleh layari pautan berikut :

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image