Info Kerjaya Malaysia

PTPTN Bantu Carikan Kerja Untuk Peminjam Melalui Program Job Matching PTPTN

536

Program Job Matching PTPTN merupakan program pemadanan kerja yang diwujudkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membantu peminjam yang gagal mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian melalui jawatan kosong terkini yang disediakan.

Tujuan utama Program Job Matching PTPTN diwujudkan adalah untuk membantu peminjam mendapatkan pekerjaan selepas tamat pengajian dengan segera. Apa yang perlu pencari kerja lakukan adalah daftar dalam program pemadanan kerja PTPTN di Portal Job Matching PTPTN.

Apa itu PTPTN Job Matching?

Apa itu Job Matching PTPTN

a) Membantu peminjam PTPTN mendapatkan pekerjaan yang sesuai melalui pemadanan kerjaya.
b) Memberi peluang dan pendedahan kepada peminjam PTPTN mengikuti latihan kemahiran tambahan bagi memenuhi ekspektasi majikan.
c) Membantu peminjam PTPTN menguruskan bayaran balik pinjaman secara konsisten.

Syarat untuk menyertai Job Matching PTPTN?

a) Anda mestilah peminjam PTPTN yang masih mempunyai baki hutang pinjaman.
b) Anda dikehendaki membuat bayaran balik pinjaman PTPTN melalui potongan gaji atau direct debit

Keistimewaan dan kelebihan program Job Matching PTPTN

a) Padanan pekerjaan berdasarkan penilaian minat, kemahiran akademik dan pengalaman kerja.
b) Jaminan peluang pekerjaan eksklusif untuk peminjam PTPTN.
c) Bimbingan dan latihan disediakan PERCUMA*.
d) Pakej gaji mengikut standard terkini.
e) Membantu pembayaran balik pinjaman PTPTN.

Pendaftaran Dalam Portal Job Matching PTPTN

Pendaftaran Job Matching PTPTN

Bagi peminjam yang masih mencari kerja, anda hanya perlu daftar percuma di portal https://jobmatchingptptn.my/ ~ pautan disediakan di bawah.

Para peminjam yang mendaftar di portal Job Matching PTPTN akan melalui dua proses saringan iaitu saringan pertama yang melibatkan padanan kelayakan akademik, pengalaman dan minat peminjam dengan jawatan kosong yang disediakan.

Saringan kedua pula melibatkan pengaturan temuduga di antara majikan dan peminjam yang melepasi saringan pertama.

Bagi peserta yang berjaya sepenuhnya akan terus ditawarkan kerja manakala mereka yang memerlukan kemahiran tambahan akan diberikan tawaran bersyarat iaitu perlu melalui latihan kemahiran tambahan.

Latihan tersebut akan diadakan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik atau kolej komuniti.

Dengan itu, PTPTN menyediakan peruntukan awal sebanyak RM20 juta bagi membiayai latihan kemahiran tambahan tersebut secara percuma kepada 10,000 peminjam terawal.

Ini khusus bagi latihan yang tidak melebihi RM2,000 manakala bagi latihan melebihi RM2,000 pinjaman akan disediakan.

Sebenarnya, inisiatif ini bagi membantu graduan mendapat peluang pekerjaan secepat mungkin agar komitmen pembayaran balik hutang dapat dilunaskan dengan berkesan.

Untuk mendaftar anda boleh terus ke Portal Job Matching PTPTN melalui pautan berikut:

DAFTAR

close-image