Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cara Daftar & Mohon

949

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Bagi membantu anak negeri Pulau Pinang untuk menyambung pengajian dengan lebih baik, kerajaan negeri telah menawarkan bantuan pinjaman pendidikan kepada pelajar yang dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.

Tarikh Permohonan

1 Jun setiap tahun dan ditutup pada 30 Ogos 2020 setiap tahun.

Nota : Jika tarikh tersebut jatuh pada Hari Kelepasan Am / Cuti Umum maka tarikh tutup permohonan ditetapkan pada hari terakhir bekerja sebelum tarikh tersebut.

Syarat Permohonan Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Untuk memohon bantuan pinjaman ini, anda mesti layak mengikut syarat ini.

  • Pemohon dilahirkan di Pulau Pinang atau sekurang-kurangnya bersekolah selama 5 tahun di Pulau Pinang.
  • Ditawarkan tempat di Universiti / Institut Pengajian Tinggi (IPT) tempatan sahaja.
  • Bagi pemohon dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta, kursus yang diikuti hendaklah diluluskan oleh MQA (Malaysian Qualification Agency /Agensi Kelayakan Malaysia).
  • Pinjaman untuk kursus yang bertaraf Sijil, Diploma, Diploma PJJ, Ijazah Pertama, Ijazah PJJ, Sarjana dan PHD.
  • Pemohon yang sedang mengikuti kursus PraUniversiti / Matrikulasi / KPLI / Sijil Kemahiran / Kolej Vokasional tidak layak memohon.
  • Pinjaman Kali Ke-2 hanya ditawarkan kepada peminjam yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pertama.
  • Tempoh pengajian sekurang-kurangnya 1 tahun (Cth: Jun 2019 – Jun 2020).
  • Penerima pinjaman Penaja lain tidak layak memohon. (PTPTN/MARA/JPA/Mybrain dan sebagainya).

Dokumen Sokongan

Anda perlu lengkapkan permohonan dengan sertakan dokumen-dokumen sokongan seperti :

  1. Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir
  2. Salinan Surat Tawaran Kemasukan Dari Universiti/Institusi (IPTA/IPTS)
  3. Salinan Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)Sekolah Menengah. Sekiranya bukan anak negeri, sila sertakan bersama Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan Sekolah Rendah dan Menengah
  4. Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional (SPMV) dan lain-lain sijil yang setaraf
  5. Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dan lain-lain sijil yang setaraf (Jika Ada)
  6. Salinan Sijil Politeknik/Diploma/Ijazah dan sebagainya (Jika Ada)
  7. Salinan Keputusan Matrikulasi/Asasi Sains (Jika Ada)
  8. Salinan Keputusan Peperiksaan bagi Tiap-tiap Tahun Akademik Penggal/Semester (Jika Ada)
  9. Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mengemukakan salinan surat kelulusan kolej dan kursus yang dikeluarkan MQA (Malaysia Qualification Agency/Agensi Kelayakan Malaysia). Salinan tersebut boleh diperolehi dari IPTS berkenaan.

Cara Memohon Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cara Daftar & Mohon

  • Buat pendaftaran dengan mengisi maklumat pada borang yang disediakan.

Pinjaman Pendidikan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Cara Daftar & Mohon

  • Terus buat permohonan dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran.
  • CETAK borang permohonan yang lengkap beserta dokumen-dokumen berkenaan dan dihantar dalam tempoh 2 MINGGU dari tarikh permohonan dihantar secara online ke alamat berikut:LEMBAGA TABUNG AMANAH PINJAMAN PENUNTUT
    NEGERI PULAU PINANG,
    PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI,
    PARAS 29, KOMTAR,
    10503 PULAU PINANG

Info & Maklumat Lanjut

Sila hubungi Bahagian Pentadbiran Pinjaman Negeri Pulau Pinang di :

  • Telefon : 046505391 / 5165 / 5627
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image