Pindaan Tarikh Perjalanan Dan Pemulangan Tambang Buat Pemegang Tiket i-Card ETS Sehingga Hujung Tahun Ini

316

Pindaan Tarikh Perjalanan Dan Pemulangan Tambang Buat Pemegang Tiket i-Card ETS Sehingga Hujung Tahun Ini

Berikutan penangguhan pendaftaran pelajar Insitut Pengajian Tinggi (IPT) yang diumumkan oleh Kementerian Pengajan Tinggi baru-baru ini, pihak Keretapi Tanah Melayu Berhad telah bersetuju membenarkan pindaan tarikh perjalanan tiket atau pemulangan tambang.

Pindaan tarikh perjalanan dan pemulangan tambang ini adalah bagi perkhidmatan :

  • Tren Elektrik (ETS)
  • Tren Antarabangsa

Bagaimana untuk membuat pindaan atau pemulangan tambang? Lihat cara-cara yang diongsikan seperti dibawah.

Cara Membuat Permohonan Pindaan Tarikh Dan Pemulangan Tambang

Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pindaan tarikh dan pemulangan tambang, ia boleh dibuat bagi perjalanan sehingga hujung tahun ini dan perlu dilakukan di kaunter tiket, tertakluk kepada terma dan syarat.

Permohonan anda perlu diserti dengan dokumen seperti berikut :

  • Tiket asal
  • Surat Pengesahan atau Notis Penangguhan Pendaftaran
  • KTM i-Card atau Kad Pelajar

Pindaan Tarikh Perjalanan Dan Pemulangan Tambang Buat Pemegang Tiket i-Card ETS Sehingga Hujung Tahun Ini

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan sila hubungi :

  • Pusat Panggilan KTMB : 03 2267 1200
  • Layari saluran media baharu KTM Berhad
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image