Info Kerjaya Malaysia

Apply Permohonan PETRONAS GEES 2024: Mohon Program Kebolehpasaran Graduan PETRONAS

14,040

Program GEES iaitu singkatan kepada Graduate Employability Enhancement Scheme (GEES) yang ditawarkan oleh salah satu syarikat besar di Malaysia iaitu PETRONAS merupakan satu Program Kebolehpasaran Graduan dengan pelbagai faedah.

Melalui program yang ditawarkan, graduan yang masih menganggur berpeluang untuk mengikuti program latihan bekerja dengan syarikat PETRONAS dan terima elaun bulanan sehingga RM2,000.

Ikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut program GEES PETRONAS yang ditawarkan.

PROGRAM KEBOLEHPASARAN GRADUAN PETRONAS

GEES PETRONAS merupakan program latihan 12 bulan yang diperkenalkan oleh PETRONAS dengan kolaborasi kerajaan Malaysia bermatlamat untuk meningkatkan kebolehpasaran graduan melalui:

  • Membangun dan meningkatkan kemahiran insaniah kritikal graduan (critical soft-skills)
  • Menyediakan pembelajaran berdasarkan pengalaman untuk mengembangkan sifat-sifat peribadi yang positif untuk tempat kerja

FAEDAH DISEDIAKAN

Graduan yang mengikuti program GEES PETRONAS ini akan mendapat manfaat berikut:

  • Elaun
  • SOCSO EIS
  • Personal Accident Insurance

SYARAT KELAYAKAN

Program GEES yang ditawarkan oleh PETRONAS ini adalah dibuka kepada graduan dengan kelayakan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang pengajian berikut:

  • Engineering & Sciences: Chemical, Mechanical, Civil, Structural, Electrical, Electronic, Mechanical, Oil & Gas, Industrial and Production, Mathematics and Chemistry
  • Business & Management: Accounting & Finance, Actuarial Science, Business Studies, Economics and Commerce, Human Resources, Marketing and Branding, Project Management, Event Management, Information and Records Management
  • Information Technology, Data Science and Analysis, Computer Science and Software Engineering
  • Communication & Media: Corporate Communication, Graphic and Multimedia Design.
  • Occupational Safety and Health (OSH) and Environment
  • Atau bidang pengajian lain yang berkaitan mengikut keperluan PETRONAS

CARA MOHON PROGRAM PETRONAS GEES

Bagi yang berminat untuk mengikuti Program Kebolehpasaran Graduan seperti yang ditawarkan oleh PETRONAS, ikut langkah berikut untuk mohon:

  1. Pergi ke pautan petronas.com/careers/students-graduates
  2. Klik APPLY NOW
  3. Klik VIEW ALL JOBS
  4. Semak senarai tawaran yang dibuka
  5. Klik pada jawatan  dan APPLY NOW untuk memohon tawaran yang anda minat.

Untuk maklumat lanjut anda boleh terus ke laman web rasmi PETRONAS Career.

close-image