Permohonan Skim Latihan 1Malaysia Tabung Haji

333

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M)

Tabung Haji (TH) adalah sebuah organisasi Islam yang bertekad untuk menjadi Tunggak Kejayaan Ekonomi Ummah dan Pengurusan Haji yang terbilang. Bagi menjayakan aspirasi Negara serta menjalankan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR), TH mempelawa siswazah-siswazah yang memenuhi syarat kelayakan untuk menjalani Program Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) TH.

Matlamat utama SL1M TH adalah untuk meningkatkan kemahiran dan kebolehpasaran (employability) graduan bagi mendapat pekerjaan yang setaraf dengan kelayakan.

Maklumat Ringkas

Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M) merupakan satu program latihan komprehensif kepada graduan yang belum bekerja, yang diilhamkan oleh YAB Perdana Menteri.

Kumpulan pertama adalah seramai 100 orang pelatih SL1M-TH telah dipilih dan telah menjalani latihan mulai 17 Julai 2011 bagi tempoh selama setahun. Dan hampir 50% daripada pelatih ini telah menamatkan latihan lebih awal kerana mendapat peluang pekerjaan atau menjalankan perniagaan sendiri sebelum tamat tempoh latihan.

Manakala, pengambilan yang terbaru adalah sesi kedua 2012 / 2013 seramai 100 orang pelatih SL1M-TH.

Perlaksanaan Program

  • Menjalani latihan on-the-job training dengan pekerjaan sebenar di TH sehingga 1 tahun.
  • Latihan soft skills selama dua minggu dalam tempoh berkenaan.
  • Akan diberi elaun latihan.
  • Diberi perlindungan insurans dalam tempoh latihan.

Syarat Kelayakan

  • Graduan warganegara Malaysia beragama Islam.
  • Belum mendapat pekerjaan selepas 6 bulan bergraduat.
  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam bidang yang diiktiraf dengan purata minima PNGK (CGPA) 2.5 ke atas.

Cara-cara Memohon

Siswazah boleh memohon apabila terdapat kekosongan pada satu tempoh masa yang akan ditetapkan oleh TH.

Pemohon yang terpilih akan dipanggil untuk menjalani temuduga.

Permohonan SL1M TH 2016

Untuk maklumat lanjut sila klik pautan di bawah:

apply for a job

Sila klik disini untuk maklumat lanjut permohonan SL1M TH.

Muat turun borang permohonan di sini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image