Permohonan Guru PISMP IPG Lepasan SPM Fasa 2 Di Buka

32,669

Permohonan Guru PISMP IPG Lepasan SPM Fasa 2

Makluman terkini untuk lepasan SPM yang berminat untuk menjadi guru, Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) & Program Pelajar Cemerlang (PPC) Tahun 2023 bagi ambilan Fasa 2 telah pun dibuka bagi memenuhi keperluan bidang di :

  • Sekolah Kebangsaan (SK)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)
  • Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Tarikh Permohonan Guru PISMP IPG Lepasan SPM

Anda boleh mula membuat permohonan pada 09 Jun sehingga 12 Jun 2023.

Cara Memohon Guru PISMP IPG Lepasan SPM

Anda perlu memohon secara online di pautan : https://pismp.moe.gov.my

  • Permohonan akan ditapis berdasarkan syarat-syarat kelayakan dan kriteria yang telah ditetapkan oleh KPM.
  • Pemohon yang terpilih mesti menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (e-UKCG)
  • Pemohon dibenarkan mengemukakan SATU (1) sahaja permohonan dan pemohon boleh mengemaskini pada bila-bila masa sehingga tarikh permohonan ditutup.
  • Permohonan hendaklah disahkan dan dihantar sebelum tarikh tutup permohonan. Permohonan yang berjaya dihantar akan menerima nombor rujukan sebagai pengesahan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.
  • Tarikh dan sesi temu duga akan dimaklumkan kepada calon sebaik sahaja mereka membuat semakan keputusan e-UKCG. Hanya calon yang lulus e-UKCG sahaja akan diberi tarikh dan sesi temu duga.
  • Temu duga dilaksanakan secara bersemuka. Calon mesti hadir di pusat-pusat temu duga mengikut tarikh dan masa yang telah diberi.
  • Maklumat lanjut mengeni temu duga boleh didapati di dalam Panduan Temu duga yang boleh dimuat turun semasa calon membuat semakan keputusan e-UKCG.
  • Maklumat lengkap boleh juga didapati di pautan berikut: https://pismp.moe.gov.my/

Syarat Dan Kelayakan Asas

Berikut adalah syarat kelayakan untuk permohonan PISMP :

1. Berumur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2023.

2. Lulus SPM dengan memperolehi gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.

3. Memperolehi sekurang-kurangnya gred keputusan dalam mata pelajaran :

  • Bahasa Melayu
  • Sejarah
  • Bahasa Inggeris

4. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

5. Tarikh-tarikh penting PISMP 2023 yang terkini, sila rujuk disini.

MOHON DISINI

 

Info & Maklumat Lanjut

Untuk dapatkan maklumat lanjut berkaitan permohonan PISMP, anda boleh hubungi :

  • INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
    KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
    ARAS 1-3, BLOK 2250, JALAN USAHAWAN 1
    63000 CYBERJAYA, SELANGOR
    (u.p: Jabatan Pengambilan dan Penempatan Pelajar, Pusat Hal Ehwal Pelajar)
  • Telefon : 03-8312 6768 / 6693 / 6731 / 6769
Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image