Permohonan Geran Agropreneur Muda Di Buka, Terima Bantuan Sehingga RM50,000 Bagi Setiap Projek

11,851

Program Geran Agropreneur Muda telah diwujudkan dalam perlaksanaan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11) untuk golongan muda yang berumur di antara 18 hingga 40 tahun dan memenuhi syarat-syarat Pertanian dan Industri Asas Tani.

Ianya bertujuan untuk membantu dan menggalakkan penglibatan golongan muda dalam bidang keusahawanan agro berasaskan semua aktiviti di dalam rantaian nilai sektor pertanian seperti tanaman, ternakan, perikanan, industri asas tani termasuk pemasaran, khidmat sokongan dan agropelancongan.

Baca: Tawaran Mengikuti Program Sijil Pertanian Di Institut Pertanian Semenanjung Malaysia Sesi 2020/2022 Di Buka

Permohonan geran adalah dibuka mengikut 3 fasa. Kini, bagi yang berminat anda boleh membuat permohonan bagi fasa 2 iaitu bermula 1 Mei 2020 hingga 31 Mei 2020.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai permohonan Geran Agropreneur Muda.

SKOP PROGRAM

Program Agropreneur Muda dilaksanakan untuk golongan muda yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi aktiviti projek mengikut 4 sektor utama iaitu Tanaman, Ternakan, Perikanan dan Industri Asas Tani merangkumi skop seperti berikut:

  1. Tanaman
  2. Perikanan
  3. Ternakan
  4. Industri Asas Tani
  5. Pemasaran
  6. Perkhidmatan dan input sokongan pertanian
  7. Agropelancongan

pakej geran agropreneur muda (GAM)

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

Antara syarat kelayakan untuk membuat permohonan Geran Agropreneur Muda adalah:

  • Warganegara Malaysia
  • Golongan muda berumur di antara 18 hingga 40 tahun
  • Boleh membaca, mengira dan menulis
  • Individu yang baru memulakan projek WAJIB mengikuti program latihan teknikal yang dianjurkan atau diiktiraf oleh Jabatan/ Agensi di bawah MOA atau yang diiktiraf oleh MOA
  • Individu yang baru memulakan projek dan memiliki Sijil/ Diploma/ Ijazah dari institusi pendidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan di bawah MOA berkaitan projek pertanian yang dicadangkan boleh dipertimbangkan untuk dikecualikan daripada mengikuti program latihan teknikal
  • Keutamaan kepada golongan muda yang mempunyai kemudahan tanah atau premis sedia ada

Syarat Permohonan Pembiayaan

Berikut adalah syarat-syarat permohonan pembiayaan geran:

  • Projek sedia ada melebihi tempoh setahun beroperasi
  • Projek berdaya maju dan sesuai untuk penambahan kapasiti bagi pembesaran
  • Mendapat sokongan teknikal daripada Jabatan/ Agensi pembimbing dan Agensi pembiayaan

JENIS BANTUAN

Berikut adalah jenis bantuan yang ditawarkan:

  1. Khidmat nasihat teknikal dan latihan
  2. Geran berbentuk barangan
  3. Pakej Khas Pembiayaan bagi pengembangan projek pertanian sedia ada daripada agensi pembiayaan seperti berikut:
    a) TEKUN Nasional – sehingga RM 50,000 bagi setiap projek
    b) Agrobank – RM 50,000 hingga RM 200,000 bagi setiap projek

TARIKH PERMOHONAN GERAN DIBUKA

PERMOHONAN Geran Agropreneur Muda kini dibuka sepanjang tahun bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda untuk terus membangunkan industri makanan negara, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

CARA MEMOHON

Individu yang layak perlu membuat permohonan di Pejabat Jabatan/Agensi Daerah di bawah MOA atau Negeri (bagi agensi yang tidak mempunyai pejabat di daerah), MAFI (Negeri Sabah) atau MANRED (Negeri Sarawak) yang terdekat dengan melengkapkan dokumen-dokumen berikut :

  • Borang UAM 01/14 (pin.02/18) di perkongsian bawah beserta salinan kad pengenalan yang disahkan pegawai Jabatan / Agensi dan gambar berukuran passport;
  • Kertas Rancangan Perniagaan yang lengkap (rujuk panduan DI SINI);
  • Senarai cadangan barangan yang dinyatakan pada Borang UAM 01/14 (pin.02/18) perlu disertakan anggaran Sebut Harga;
  • Menyertakan salinan Sijil/Diploma/Ijazah yang diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia atau Institut Latihan dibawah MOA; atau
  • Borang permohonan pembiayaan Agrobank atau TEKUN Nasional (bagi permohonan kategori Pembiayaan).

Dokumen yang telah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Jabatan/ Agensi MOA sebelum tarikh tutup permohonan mengikut fasa. Permohonan tertakhluk kepada syarat yang ditetapkan.

Tawaran permohonan adalah terhad. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dimaklumkan. Permohonan dianggap gagal sekiranya tiada maklum balas diterima dalam tempoh tiga (3) bulan daripada tarikh tutup permohonan mengikut fasa.

Walaubagaimanapun, sekiranya gagal pemohon boleh membuat permohonan baru pada fasa berikutnya.

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN BERKAITAN

Untuk melengkapkan permohonan, download borang di bawah dan lengkapkan:

BORANG PENDAFTARAN UAM

BORANG PENILAIAN PERMOHONAN GERAN

BORANG PENILAIAN PERMOHONAN PEMBIAYAAN

BORANG PENILAIAN SEBUTHARGA PEMBEKALAN

BORANG PEMBEKALAN

BORANG KEMAJUAN PRESTASI USAHAWAN

BORANG LAPORAN PEMANTAUAN

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN GERAN AGROPRENEUR MUDA

CARTA ALIR PROSES PERMOHONAN PROJEK PENGEMBANGAN (PEMBIAYAAN)

Untuk maklumat lanjut, rujuk portal rasmi Kementerian Pertanian Dan Industri Makanan. Anda juga boleh scan QR code yang disediakan di bawah untuk terus ke maklumat mengenai Geran Agropreneur Muda.

Permohonan Geran Agropreneur Muda Di Buka, Terima Bantuan Sehingga RM50,000 Bagi Setiap Projek

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image