Info Kerjaya Malaysia

Perbezaan Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas Yang Perlu Anda Tahu

16,612

Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas

Ada perbezaan ke antara kedua-dua kemahiran ini? Ya, terdapat beberapa  perbezaan antara kemahiran menaip dan kemahiran trengkas. Kemahiran ini selalu ditanya kepada anda yang memohon jawatan sebagai Pembantu Tadbir, Setiausaha Pejabat serta jawatan-jawatan yang berkaitan.

Anda akan didedahkan mengenai perbezaan antara kemahiran menaip dan kemahiran trengkas melalui perkongsian ini serta beberapa tips untuk meningkatkan kemahiran anda.

Maksud Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas

Maksud Kemahiran Menaip

Kemahiran seseorang itu menaip dengan lancar tanpa ada kesalahan. Kepantasan menaip ini diukur berdasarkan Perkataan Per Minit (P.S.M) atau Word Per Minute (W.P.M).

Kemahiran Trengkas

Kemahiran menulis atau menaip dengan menggunakan singkatan atau simbol tertentu. Ianya merupakan tulisan ‘shortform’ tetapi bukan singkatan yang selalu digunakan dalam whatsapp seperti ASAP (as soon as possible), FYI (for your information), ETA (estimate time arrival), DM (direct message) dan sebagainya. Seseorang yang mempunyai kemahiran ini selalunya mendapat latihan dan ujian terlebih dahulu.

Cara Membuat Ujian Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas

Ujian Tahap Kemahiran Menaip

Anda boleh menguji tahap kemahiran menaip anda secara online melalui https://typing-speed-test.aoeu.eu/.

Perbezaan Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas Yang Perlu Anda Tahu

Ujian Tahap Kemahiran Trengkas

Untuk pengetahuan anda, belum ada lagi laman web atau aplikasi yang menyediakan ujian secara online untuk menguji tahap kemahiran trengkas anda.

Perbezaan Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas Yang Perlu Anda Tahu

Tips Untuk Cepat Dan Laju Menaip

Terdapat beberapa tips dan untuk anda menjadi mahir dan laju menaip seperti :

  • Jangan pandangn keyboard ketika menaip dan pandang skrin.
  • Biasakan dengan kedudukan huruf pada keyboard dan hafal posisi huruf  pada keyboard.
  • Latih tangan kiri tanpa menggunakan tangan kanan.
  • Setelah tangan kiri mahir, latih dengan menggunakan kedua-dua tangan.
  • Gunakan 4 jari kecuali ibu jari iaitu tangan kiri mengawal sebelah kiri keyboard iaitu huruf (ASDF) dan tangan kanan mengawal sebelah kanan keyboard (HJKL).

Perbezaan Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas Yang Perlu Anda Tahu

  • Gunakan ibu jari untuk menekan butang SPACE dan ALT.

Perbezaan Kemahiran Menaip Dan Kemahiran Trengkas Yang Perlu Anda Tahu

  • Praktis selalu kerana “Practice make Perfect”.

Jadi, sudah ketahui perbezaan kemahiran menaip dan trengkas? Anda juga boleh tingkatkan kemahiran anda dengan melakukan latihan yang dikongsikan ini secara online sahaja dan boleh masukkan ke dalam resume anda.

Adakah anda hilang pekerjaan dan memerlukan kerja dalam masa yang terdekat? Upgrade diri anda sekarang dan dapatkan cara untuk upgrade diri disini.

close-image