Penjawat Awam Bakal Diserap Ke Sektor Swasta. Manakala Dasar TN50 dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Akan Dikaji Semula

194

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan penjawat awam tidak akan dikurangkan meskipun jumlah kementerian dikecilkan tetapi akan dipindahkan mengikut kesesuaian agensi termasuk ke sektor swasta.

“Kita tidak akan gugurkan mereka (penjawat awam) selepas mereka bekerja sekian lama dengan kerajaan, kita akan cari kaedah untuk tempatkan mereka ini di jabatan lain dan juga agensi lain.

“Penjawat awam yang terbabit dengan penstrukturan semula akan dipindahkan ke jabatan dan agensi tertentu mengikut kesesuaian bagi mengelak mereka hilang pekerjaan,”katanya.

Dalam pada itu beberapa kementerian akan digugurkan seperti Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berikut merupakan Senarai Menteri Kabinet 2018 yang baru sahaja diumumkan.

Oleh kerana bilangan kementerian dikecilkan, Ketua Setiausaha juga akan berkurangan,”katanya.

Sementara itu, Tun Dr Mahathir berkata, dasar kerajaan terdahulu akan dikaji semula termasuk agenda Transformasi Nasional 2050 (TN50) dan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) serta beberapa agenda lain ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional.

Baca juga: Senarai Menteri Besar & Ketua Menteri 2018

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image