Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 / Seksyen Matematik & Kefahaman BI

6,676

CONTOH SOALAN PENGUASA KASTAM WK41.

Calon Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 yang sedang mencari panduan, rujukan serta contoh soalan Penguasa Kastam untuk peperiksaan tersebut mungkin boleh mengambil kesempatan dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan Contoh Soalan Penguasa Kastam WK41 yang akan diedarkan nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai format peperiksaan Penguasa Kastam WK41, tugas-tugas seorang Penguasa Kastam, gaji dan maklumat jawatan Penguasa Kastam dan contoh soalan Kastam pastikan anda habiskan membaca perkongsian di bawah.

PANDUAN DAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Atas permintaan calon Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 sesi ambilan 2021 yang telah mendaftar dalam sistem mailing list Exam PTD, pihak kami akan mengedarkan Pembelian Pakej Rujukan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam WK41 tidak lama lagi. Pastikan anda tunggu hebahan rasmi dari Portal Exam PTD terus ke email sekiranya anda telah mendaftar.

Nota: Panduan terkini kami hanya dikeluarkan setahun sekali. Ianya updated dari segi kandungan, soalan dan nota. Disediakan khas untuk peperiksaan Penguasa Kastam setiap tahun.

Untuk membeli dan mendapatkan panduan khas tersebut anda boleh daftar sebagai pembaca laman ini terlebih dahulu.

Pihak kami akan menghantar link pembelian terus ke email calon-calon yang melanggan apabila jualan di buka nanti.

Langganan boleh di buat menggunakan borang langganan di bawah atau melalui link berikut.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan Penguasa Kastam WK41, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon peperiksaan Penguasa Kastam.

Anda boleh mendapatkan panduan tersebut sebagai rujukan peperiksaan anda.

SEPINTAS LALU MENGENAI KERJAYA KASTAM DIRAJA MALAYSIA

Secara umumnya seorang anggota Kastam perlulah mempunyai nilai pertimbangan yang baik. Tegas dalam menjalankan kerja perkastaman dan adil. Anda juga perlulah jujur dalam mengaplikasikan peraturan.

Boleh dikatakan di atas merupakan nilai ideal yang perlu dipunyai oleh seorang anggota Kastam, terutamanya dalam menjalankan urusan perkastaman. Tambahan pula, bidang tugas seorang Pegawai Kastam semakin bertambah.

Tugas seorang anggota Kastam di Malaysia bukan sekadar memantau kegiatan penyeludupan dan bertugas mengutip cukai tertentu di bawah bidang kuasa Kastam DiRaja Malaysia sahaja. Anggota Kastam kini perlu melakukan lebih dari itu selari dengan kepesatan pembangunan negara.

Jika dahulu, tugas mereka lebih sinonim dengan peranan mengawal keselamatan negara di kawasan sempadan – mengawal aktiviti penyeludupan dan sebagainya. Anggota Kastam kini mempunyai bertangungjawab yang lebih besar dalam melaksanakan undang-undang dan dasar-dasar Kastam negara yang berkaitan.

Selari dengan pembangunan dan kepesatan pembangunan teknologi dan maklumat, Kastam Di Raja Malaysia memerlukan anggota yang menguasai ilmu pengetahuan berhubung kecanggihan teknologi terkini selain mempunyai pengetahuan dalam hal pendakwaan.

TUGAS PENGUASA KASTAM GRED WK41

Berdasarkan deskripsi tugas yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Seorang Penguasa Kastam WK41 mempunyai tanggungjawab seperti berikut;

Memperjeniskan barang-barang mengikut tarif-tarif, membuat taksiran harga bagi pungutan duti kastam/cukai jualan, memproses serta meluluskan permohonan pengimportan/pengeksportan barang-barang berduti tertakluk kepada larangan-larangan import/eksport di pintu-pintu masuk/keluar negara, Zon-zon Bebas Cukai dan Gudang-gudang Berlesen.

Selain itu seorang Penguasa Kastam WK41 juga berperanan dalam;

Memproses permohonan lesen gudang-gudang eksais, gudang-gudang berlesen, gudang-gudang pengilangan berlesen.

Seorang Penguasa Kastam WK41 juga berperanan dalam tugas-tugas berkaitan percukaian seperti berikut;

Mengaudit akaun syarikat-syarikat yang dilesenkan di bawah akta-akta Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmatan untuk pungutan cukai jualan/perkhidmatan.

Tugas berkaitan perindustrian, siasatan dan pencegahan;

Memproses permohonan mendapatkan pengecualian cukai jualan, memeriksa stok dan penggunaan barang-barang berduti syarikat-syarikat yang mendapatkan pengecualian duti kastam, memproses permohonan remisi cukai, menyelia tugas pemeriksaan penumpang dan menjalankan siasatan ke atas syarikat/individu yang melakukan penyelewengan/penyeludupan dan bertindak sebagai Pegawai Pendakwa bagi kes-kes kastam di Mahkamah dan menjalankan lain-lain tugas penguat kuasaan.

BAGAIMANA MENJADI SEORANG PENGUASA KASTAM WK41

Di Malaysia, untuk menjadi seorang Penguasa Kastam Gred WK41 calon perlulah mempunyai cukup syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Antara syarat utama yang telah ditetapkan adalah seperti berikut:

  • Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan;
  • Ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan;
  • Ahli Penuh Institut Akauntan Malaysia; dan
  • lulus B.M. (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Seorang calon yang mempunyai cukup syarat seperti di atas adalah layak untuk memohon kerja sebagai seorang Penguasa Kastam.

TUGAS UMUM SEORANG PENGUASA KASTAM WK41 (ANGGOTA KASTAM)

Penguasa Kastam boleh melakukan beberapa atau semua tugas seperti di bawah bergantung kepada undang-undang Kastam sesebuah negara/negeri yang telah ditetapkan.

Berikut merupakan bidang tugas umum seorang Penguasa Kastam WK41 di Malaysia.

MENGUTIP CUKAI BAGI KERAJAAN

Ia merupakan peranan penting yang dimainkan oleh Kastam yang bertanggungjawab mengutip cukai bagi pihak Kerajaan. Semua aktiviti perdagangan peringkat antarabangsa atau tempatan akan di kawal oleh pihak Kastam melalui dasar perlesenan dan percukaian.

Mengutip cukai perniagaan juga termasuk dalam bidang tugas umum seorang Pegawai Kastam Malaysia. Cukai perniagaan dikenakan keatas semua perniagaan yang berdaftar, cukai diwajibkan apabila nilai pendapatan perniagaan tersebut mencapai tahap yang ditetapkan kerajaan.

MENJAGA KESELAMATAN NEGARA

Jabatan Kastam juga berperanan dalam membantu mengawal keselamatan negara melalui pengawalan sempadan negara. Tugas utama ialah mengawal aktiviti penyeludupan barang sama ada barang yang di bawa keluar atau di bawa masuk ke negara yang boleh menyalahi undang-undang.

Pemeriksaan barangan import juga perlu dilakukan oleh seorang anggota Kastam Malaysia. Ini untuk memastikan setiap barangan import tidak terkecuali dari membayar cukai.

TUGAS KHUSUS PEGAWAI KASTAM

Berikut merupakan tugas khusus seorang Pegawai Kastam di setiap negeri di Malaysia yang dibahagikan kepada beberapa bahagian. Antaranya ialah;

  • Kastam dan Perindustrian – Ia dibahagikan kepada dua bahagian iaitu import, eksport dan perindustrian. Ia lebih berkait dengan tugas memantau perjalanan import dan eksport negara yang kebiasaannya berlaku di sempadan, perlabuhan dan kawasan perindustrian.
  • Cukai Dalaman – Berkaitan dengan kawalan perlesenan, kawalan kemudahan dan kawaln pungutan.
  • Pengurusan – Lebih tertumpu kepada pengurusan pejabat.
  • Perkhidmatan Teknik – Tertumpu kepada empat bidang iaitu penjenisan dan penilaian, pasca import, perakaunan hasil dan pemeriksaan akaun.
  • Pencegahan – Lebih tertumpu kepada lima aspek penting iaitu risikan dan siasatan, pendakwaan, narkotik, marin dan unit pencegah penyeludupan.

KEMAHIRAN DAN PENGETAHUAN YANG DIPERLUKAN

Seorang Penguasa Kastam yang baik perlulah mempunyai kemahiran dan pegetahuan tetentu yang boleh membantu dalam tugas, antara nilai tambah yang diperlukan oleh seorang Penguasa Kastam adalah seperti berikut:

  • Pengetahuan dan kefahaman mengenai pelbagai budaya
  • Kemahiran komunikasi,analitikal dan kemahiran penyelidikan serta berpengetahuan undang-undang Kastam, dasar-dasar dan prosedur rasmi.
  • Keupayaan untuk bertutur bahasa lain adalah amat membantu dalam kerjaya ini.
  • Seorang yang tegas dan adil.
  • Mempunyai nilai pertimbangan yang baik dalam melaksanakan tindakan dan keputusan.

PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Sebelum seseorang calon di panggil untuk di temuduga Penguasa Kastam WK41, calon tersebut perlulah lulus Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 yang telah ditetapkan terlebih dahulu.

Selalunya calon yang lulus peperiksaan Penguasa Kastam WK41 akan dipanggil untuk menghadiri temuduga dan menjalani pemeriksaan lain yang berkaitan.

Untuk menjawab dengan cemerlang peperiksaan Penguasa Kastam nanti, calon perlulah bersiap sedia sama ada dari segi fizikal dan mental. Mempunyai ilmu dan maklumat perkembangan negara dan isu-isu semasa akan membantu anda menjawab peperiksaan Penguasa Kastam WK41 dengan baik.

Selain itu, calon peperiksaan Penguasa Kastam W41 juga boleh mendapatkan Pakej Rujukan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41 yang telah disediakan sebagai panduan menjawab soalan nanti.

TUJUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Peperiksaan ini bertujuan mengukur daya pemikiran serta kebolehan calon mengaplikasi maklumat yang diperolehi melalui latihan akademik, bacaan dan pengalaman. Calon-calon yang menduduki peperiksaan adalah dari pelbagai jurusan. Justeru soalan-soalan yang dikemukakan meliputi pelbagai bidang dan mempunyai skop yang luas.

Matlamat peperiksaan ini adalah untuk mengukur kematangan pemikiran calon agar sesuai dengan kualiti serta potensi seorang Penguasa Kastam, Gred WK41.

Peperiksaan ini melibatkan beberapa Seksyen peperiksaan berasingan. Calon-calon perlu menunjukkan prestasi yang baik bagi ke semua Seksyen yang terlibat. Jika prestasi yang baik dipamerkan pada satu (1) Seksyen sahaja, maka prestasi keseluruhan calon kurang memuaskan. Namun, jika calon mendapat markah yang baik bagi setiap Seksyen, maka prestasi keseluruhan dianggap baik. Oleh itu, calon-calon dinasihatkan supaya tidak memfokuskan kepada Seksyen tertentu sahaja.

Kelulusan peperiksaan ini merupakan satu daripada syarat lantikan ke skim tersebut. Calon-calon yang memenuhi syarat-syarat lain yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia termasuk lulus ‘Assesment Centre’ akan ditemu duga.

FORMAT PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM GRED WK41

Berdasarkan format peperiksaan online terbaru yang dikeluarkan oleh pihak SPA Malaysia. Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 mempunyai beberapa Seksyen utama iaitu;

  • Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

CONTOH SOALAN MATEMATIK PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah dengan menggunakan pendekatan seperti berikut:

(i) KEMAHIRAN LOGIK

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) KEMAHIRAN MENGINTERPRETASI DATA

Calon di beri beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) KONSEP-KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

1. Aizat membancuh 1 liter air kordial sarsi dengan menggunakan 6 botol air masak di mana setiap botol air masak tersebut mempunyai 750 ml. selepas air sarsi itu dibancuh, dia telah menhidangkan air itu di dalam gelas yang berisi padu 250 ml kepada empat orang tetamu. Jika baki air sarsi hendak diisikan ke dalam botol yang berisi padu 1.5 liter, berapakah bilangan botol yang diperlukannya?

A) 2
B) 3
C) 4
D) 5

2. Berat seguni beras ialah 50kg. Encik Maniam telah membungkus semula beras itu kepada 250 bungkusan kecil. Cari berat bungkusan beras tersebut?

A) 50g
B) 200g
C) 250g
D) 500g

3. Seorang kontraktor mengambil masa 15 bulan untuk menyiapkan projek A dan 28 bulan diperlukan untuk menyiapkan projek B. Cari jumlah masa, dalam tahun dan bulan yang diambil untuk menyiapkan kedua-dua projek tersebut.

A) 1 tahun 1 bulan
B) 1 tahun 3 bulan
C) 2 tahun 4 bulan
D) 3 tahun 7 bulan

4. Lim Kok Meng telah membuat pinjaman sebanyak RM60,000 pada bulan 1 Mac 2018. Sekiranya faedah yang dikenakan adalah sebanyak 6.5% setahun, hitung faedah yang perlu dibayar oleh Lim Kok Meng sehingga 31 Disember 2018.

A) RM3000
B) RM3250
C) RM3575
D) RM3900

5. Puan Rina telah menerima tempahan kek cawan daripada Puan Rima, Puan Zahrin dan Puan Myn dengan nisbah tempahan 3:1:2. Sekiranya tempahan yang dibuat oleh Puan Myn sebanyak 120 biji, hitung jumlah kek cawan yang ditempah oleh Puan Rima.

A) 60 biji
B) 180 biji
C) 240 biji
D) 360 biji

6. Diberi 80 64 56 52 X. Berapakah nilai X?

A) 44
B) 46
C) 48
D) 50

7. Sebuah van dengan kos RM38,000 telah dibeli pada 1 Januari 2007. Aset ini disusutnilaikan 10% setahun mengikut kaedah baki berkurangan. Kirakan belanja susut nilai untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2010.

A) RM2770.20
B) RM3078.00
C) RM3420.00
D) RM3800.00

8. Bilangan pegawai akaun di Unit Kewangan adalah separuh daripada bilangan pegawai akaun di Unit Akaun. Jika jumlah keseluruhan pegawai akaun ialah 54 orang, cari bilangan pegawai akaun di Unit Kewangan.

A) 9
B) 18
C) 27
D) 54

9. Diberi jumlah jualan Syarikat Segar Sdn. Bhd. bernilai RM457,303, kos barang dijual berjumlah RM230,855 dan kos operasi berjumlah RM133,244. Kira untung kasar bagi firma ini.

A) RM93,204
B) RM226,448
C) RM324,059
D) RM457,303

10. Syarikat Usaha Jaya Sdn Bhd telah membuat pembayaran Premium Insurans bagi tempoh setahun pada 1 Mei 2011 untuk melindungi premis perniagaannya berjumlah RM3,636. Tahun kewangan bagi syarikat ini adalah berakhir pada 30 Jun. kira baki Insurans Terdahulu pada 30 Jun 2011.

A) RM606
B) RM1,515
C) RM1,818
D) RM3,030

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM).

Untuk contoh lengkap, anda boleh mendapatkan contoh soalan Kastam yang bakal kami keluarkan nanti.

CONTOH SOALAN KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS PENGUASA KASTAM

Di bawah merupakan contoh soalan Kefahaman Bahasa Inggeris Penguasa Kastam yang anda boleh jadikan rujukan awal. Untuk lebih banyak soalan pastikan anda dapatkan rujukan peperiksaan Penguasa Kastam yang dikeluarkan di bawah.

Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Title : Price Hike

Many people complain when the cost of basic goods increases due to the
flow-on effects on living expenses. However, shop owners and resellers are
ultimately in control of cost-pricing, leaving the consumer with limited, if any, say
in the matter.

Whilst beneficial to companies and shop owners, there are claims stating that
inflation is one of the main aggravating causes of political and socio-economic
instability within the country. Due to increases in cost of living also not being
reflected in wage raises, or lack thereof, crime rates would also increase as a
result of poverty and basic goods being simply unaffordable.

The factors contributing to the price increase of basic goods include:

  • Rising costs of fuel sources (affecting overall production
    and transportation costs);
  • Greediness exhibited by companies responsible for cost-pricing.
    As an example, even with the reduced fuel prices imposed by the
    government, the prices of goods remain at an all-time high;
  • Consumers insisting on purchasing the same type (or brand)
    of goods despite the higher price.
  • The lack of emphasis to produce food and goods in-country.

There are a few suggestions that can be considered in order to curb the effects
of a higher cost of living on society. This includes equipping members of society
with good money management skills, enabling them to spend smart and save.
Another aspect is to increase agricultural production and to utilise uninhabited
land. In addition, steps should be taken to make popular and reinvigorate the
career of agriculture and farming as a good source of income. As a precaution,
international trade agreements must be made to effectively cooperate between
neighbouring countries to reduce import tax, helping to minimise the price-
increase of imported goods.

Therefore, it can be extrapolated from this that prices of basic goods and
services will inevitably rise in accordance with international trading agreements,
cost of living and other external, as well as internal, factors. However, the effects
of it on society can be mitigated through thrifty and savvy managing of
consumer spending habits. Besides the consumers, the responsible parties must
also take part and do what is necessary to curb the price hike and help control
the market situation to the extent possible.

1. Every time the price of goods and services increase, which party is
affected the most?

A. Government
B. End consumer
C. Shop owners and resellers
D. Low-Income earner

2. What would be the best description of the word “famine”

A. Crime rate
B. Poverty
C. Scarcity of food
D. High cost living

3. Consumers could typically manage price increases if they:

A. Work overtime
B. Take 2-3 jobs
C. Adjust their lifestyle
D. Hunger strike

4. Below are among the reasons of a price hike

I. Increase of fuel cost
II. Brand obsession
III. Consumers’ bad spending habits
IV. Insufficient production of crops

A. I & II
B. II & III
C. I, II & III
D. All above

5. Below are suggestion mentioned in article to reduce effect of
price hike, except

A. Money management
B. Increase import duty
C. Optimized the use of land
D. Produce more in house goods

DAPATKAN CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Anda boleh mendapatkan contoh soalan peperiksaan Penguasa Kastam WK41 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan Peperiksaan SPA dan Temuduga anda.

Klik link di bawah dan daftar nama anda. Hebahan akan di buat terus ke email anda apabila jualan di buka.

KLIK SINI UNTUK KE LAMAN TEMPAHAN

KANDUNGAN PANDUAN PEPERIKSAAN PENGUASA KASTAM WK41

Untuk dijadikan Panduan bagi Peperiksaan Penguasa Kastam WK41, boleh dikatakan panduan yang dihasilkan merupakan satu seumpamanya yang didatangkan dengan pakej lengkap yang boleh dijadikan rujukan oleh calon WK41. Tidak keterlaluan mengatakan begini disebabkan tidak banyak sumber yang boleh dijadikan rujukan, khasnya untuk calon Peperiksaan Penguasa Kastam WK41.

Segala ilmu serta informasi yang terkandung di dalamnya merupakan ilmu serta informasi yang ‘real’, yang datang dari pengetahuan serta pengalaman mereka yang telah pun berjaya dalam peperiksaan WK41. Inilah satu-satunya panduan yang boleh anda gunakan bagi mencapai impian menjawat jawatan kerajaan.

Berikut merupakan apa yang akan anda dapat sekiranya anda memiliki panduan Peperiksaan Penguasa Kastam WK41 ini.

  • Penerangan format Peperiksaan WK41 yang menyentuh setiap pecahan Seksyen yang perlu dijawab oleh calon.
  • Huraian setiap Seksyen Peperiksaan WK41 yang diperincikan.
  • Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred WK41. Contoh soalan yang diberikan hanya untuk membiasakan calon menjawab soalan berkaitan perkastaman. Tidak lebih dari itu ia juga bukan SOALAN BOCOR.
  • Nota-nota berkaitan urusan perkastaman, kerjaya Kastam, Pengurusan Kastam dan nota lain yang berkaitan juga disediakan.

Lebih tepat ianya merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan sebagai alat bantuan Peperiksaan calon W41. Untuk makluman calon, TIADA PANDUAN LAIN seumpamanya yang diterbitkan sebagai rujukan calon.

Kami telah membantu puluhan ribu calon lulus cemerlang dalam pelbagai peperiksaan termasuk Peperiksaan PTD, Pegawai Arkib S41, Pegawai Penerangan S41 dan banyak lagi.

Penafian: Pertama sekali pihak kami ingin menjelaskan panduan yang pihak kami edarkan sama sekali bukan SOALAN BOCOR atau SOALAN RAMALAN. Ia merupakan PANDUAN KHAS yang dikeluarkan sebagai alat bantuan calon Peperiksaan. Panduan yang dikeluarkan juga tiada kena mengena dengan pihak SPA MALAYSIA.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image