Cara Mohon PDRM Melalui ePengambilan Polis PDRM ~ Pelbagai Skim Jawatan
Jawatan Kosong Polis PDRM Melalui e-Pengambilan
Terkini permohonan Konstabel Polis PDRM YA1 akan dibuka permohonan pada 27 Julai sehingga 16 Ogos 2020.
Jadi calon berminat menjadi Konstabel Polis PDRM boleh membuat permohonan pada tarikh dan masa yang ditetapkan.
Kini, untuk memohon jawatan Polis PDRM anda hanya perlu secara online iaitu melalui Portal e-Pengambilan dan boleh dibuat sepanjang tahun. Jadi, anda berpeluang untuk menjadi polis sekiranya anda memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan.
Anda juga tidak perlu lagi memohon jawatan Polis PDRM melalui portal SPA8i.
Jawatan Yang Ditawarkan
Antara skim jawatan yang ditawarkan ialah :
- Inspektor Gred YA 13
- Sarjan Gred YA 5
- Konstabel Gred YA 1
- Konstabel Sokongan Gred YT 1
- Konstabel Orang Asli Gred YP 1
Syarat Permohonan
1. Inspektor Gred YA 13
Tangga Gaji
- Gaji Minimum : RM 2,329.00
- Gaji Maksimum : RM 8,883.00
- Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 230.00
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun (Kelulusan Sarjana Muda), tidak melebihi daripada 30 tahun (Kelulusan Sarjana) dan tidak lebih daripada 35 tahun (Kelulusan PHD) pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
Kelayakan Akademik
1. Ijazah Sarjana Muda Kepujian yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Memiliki Ijazah Sarjana Muda Undang-undang yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
3. Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
4. Mempunyai Ijazah Doktor Perubatan Veterinar yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. .
5. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
6. Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
7. ijazah Sarjana Muda Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan serta menjadi Ahli Penuh Badan-badan Ikhtisas Perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan.
8. Memperoleh ijazah Sarjana yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
9. Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang forensik, matematik atau perakaunan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
10. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Fizikal
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
1. Tinggi 1.63meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja).
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
7. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
2. Sarjan Gred YA 5
Tangga Gaji
- Gaji Minimum : RM 1,711.00
- Gaji Maksimum : RM 5,199.00
- Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 150.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA).
Kelayakan Akademik
1. Diploma dalam bidang pentadbiran awam, perakaunan, pengajian perniagaan, undang-undang, kejuruteraan, pengajian islam atau dalam bidang-bidang yang diperlukan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
2. Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Fizikal
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja).
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
3. Konstabel Gred YA 1
Tangga Gaji
- Gaji Minimum : RM 1,014.00
- Gaji Maksimum : RM 3,517.00
- Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 100.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
a) Warganegara Malaysia.
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
Kelayakan Akademik
1. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YA5.
2.Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
SYARAT FIZIKAL
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu.
2. Berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
3. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
4. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja).
5. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
6. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal dan diperiksa.
7. Diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
4. Konstabel Sokongan Gred YT 1
Tangga Gaji
- Gaji Minimum : RM 852.00
- Gaji Maksimum : RM 2,408.00
- Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 85.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
a) Mempunyai kewarganegaraan Malaysia;
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh pendaftaran permohonan secara online dalam Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA);
Kelayakan Akademik
1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YT1).
2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu dengan mendapat Gred C dan lulus sekurang-kurangnya empat mata pelajaran lain termasuk Matematik dengan Gred D.
Syarat Fizikal
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
1. Tinggi 1.63 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.57 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu;
berat badan 50 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 48 kilogram untuk perempuan.
2. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
3. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja).
4. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
5. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
6. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
5. Konstabel Orang Asli Gred YP 1
Tangga Gaji
- Gaji Minimum : RM 966.00
- Gaji Maksimum : RM 2,663.00
- Kadar Peningkatan Gaji Setiap Tahun : RM 85.00
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan seperti di bawah:
a) Terdiri dari Warganegara Malaysia yang berasal dari kaum Orang Asli (mengikut tafsiran Akta Orang-orang Asli 1974).
b) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak lebih daripada 28 tahun pada tarikh tutup iklan.
Kelayakan Akademik
1. Lulus Penilaian Menengah Rendah /Sijil Rendah Pelajaran atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan. (Gaji awal bermula pada Gred YP1).
2. Kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan tersebut atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Kelayakan Fizikal
Calon untuk lantikan mestilah mempunyai kelayakan fizikal dan memenuhi syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut :
1. Tinggi 1.57 meter atau lebih untuk lelaki dan 1.52 meter untuk perempuan tanpa memakai sepatu.
berat badan 47.6 kilogram atau lebih untuk lelaki dan 46.2 kilogram untuk perempuan.
2. Memiliki ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara nilai 19 hingga 26.
3. Memiliki ukuran dada yang biasa tidak kurang dari 81 sentimeter dan 86 sentimeter ketika menghela nafas (lelaki sahaja).
4. Melepasi ujian penglihatan untuk mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa memakai cermin mata.
5. Dapat mengecam warna dan bunyi dengan normal.
6. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Cara Memohon
1. Klik Portal e-Pengambilan Polis (PDRM)
2. Klik pada butang PENDAFTARAN BARU untuk permohonan baru atau log masuk sekiranya telah mendaftar sebelum ini.
3. Isikan maklumat diri dengan lengkap dan muat naik resume anda seperti yang diminta.
4. Permohonan yang layak melepasi tapisan PDRM sahaja akan dipanggil temuduga.
Iklan Pengambilan
Layari portal rasmi ini https://epengambilanpdrm.rmp.gov.my/ ini untuk melihat iklan jawatan kosong Polis yang terkini.