KPLI Bakal Dilaksanakan Semula ~ Berita Baik Buat Semua Graduan

9,958

Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) ialah kursus yang ditawarkan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG), Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memberi peluang kepada graduan-graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan guru.

Kursus ini dijalankan selama setahun di maktab-maktab perguruan di seluruh Malaysia. Mereka yang telah tamat KPLI akan diberikan Diploma Pendidikan, yang mana ia adalah kelayakan ikhtisas untuk menjadi guru di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Buat masa ini permohonan Guru KPLI telah dihentikan buat sementara waktu namun bakal dilaksanakan semula dalam masa terdekat berdasarkan kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan.

KPLI BAKAL DILAKSANAKAN SEMULA!

Kementerian Pendidikan akan melaksanakan semula Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) dalam tempoh lima tahun akan datang sekiranya berdepan masalah kekurangan guru di sekolah.

Buat masa ini, berdasarkan unjuran jumlah guru masih lagi mencukupi, sebab itu ia belum dibuka. Namun setiap tahun, akan ada guru yang bersara, kematian, sakit, atau exit policy.

Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon berkata, KPLI itu akan dilaksanakan untuk kesemua jenis sekolah termasuk sekolah kebangsaan sekiranya KPM memerlukan guru untuk menampung kekosongan yang ada.

KPLI akan dilaksanakan semula lima tahun lagi

 

BAGAIMANA NAK MOHON GURU KPLI?

Permohonan Guru KPLI hanya boleh dilakukan secara online sahaja (sekiranya pengambilan di buka)

Jadi sekiranya anda berminat untuk memohon jawatan Guru KPLI ini maka anda perlulah alert dengan setiap hebahan yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan.

Pastikan anda follow fanpage rasmi Jawatan Kosong Sektor Kerajaan juga untuk tidak terlepas hebahan terkini ambilan Guru KPLI.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image