Pendaftaran Skim Rumah Pertamaku (SRP) Untuk Pekerja Sektor Swasta

13,080

Skim Rumah Pertamaku (SRP) – Skim Rumah Pertamaku telah diumumkan dalam Bajet 2011 oleh Kerajaan Malaysia untuk membantu golongan muda yang baru bekerja dan berpendapatan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan untuk memiliki rumah pertama mereka.

Skim ini membolehkan golongan muda untuk mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada institusi- institusi kewangan yang mengambil bahagian untuk membeli rumah pertama mereka tanpa perlu membayar 10% wang pendahuluan. Ini sejajar dengan hasrat Kerajaan untuk meningkatkan pemilikan rumah di kalangan rakyat Malaysia.

APAKAH ITU SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Skim ini adalah satu dari langkah yang diumumkan oleh Kerajaan dalam Bajet 2011 untuk membantu golongan muda memiliki rumah sendiri. Skim ini membolehkan para pembeli rumah untuk mendapatkan pembiayaan sebanyak 100% daripada institusi-institusi kewangan bagi membolehkan mereka untuk memiliki rumah tanpa perlu membayar wang pendahuluan sebanyak 10%.

Cagamas SRP Berhad akan memberi jaminan kepada bank-bank atas pembiayaan yang lebih dari 90%. Jika sekiranya seorang peminjam/pelanggan mendapat pembiayaan 100%, Cagamas SRP akan menjamin sebanyak 10% (dari 90% hingga 100%) daripada pembiayaan berkenaan.

SIAPA YANG LAYAK DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU?

Skim ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 35 tahun ke bawah (umur tidak lebih daripada 36 tahun pada tarikh lahir berikutnya) dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM5,000 bagi peminjam perseorangan dan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM10,000 bagi peminjam bersama (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam).

Perlu di ingat yang skim ini hanya terhad kepada pekerja di dalam sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan.

CIRI-CIRI & FAEDAH UTAMA SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Pembelian rumah pertama (bergantung kepada kemampuan)

  • Pembiayaan sehingga 100%
  • Harta kediaman sahaja

KRITERIA KELAYAKAN DAFTAR SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Di bawah merupakan maklumat ringkas mengenai pemohon yang layak memohon Skim Rumah Pertamaku (SRP).

Pemohon Yang Layak

  • Warganegara Malaysia sahaja
  • Pembeli rumah pertama
  • Pekerja di sektor swasta, termasuk badan-badan berkanun yang tidak menawarkan kemudahan pinjaman/pembiayaan perumahan kakitangan kerajaan
  • Individu berumur tidak lebih daripada 40 tahun
  • Pendapatan kasar peminjam perseorangan tidak lebih daripada RM5,000 sebulan dan pendapatan kasar peminjam bersama tidak lebih daripada RM10,000 sebulan (berdasarkan pendapatan kasar bulanan maksimum tidak lebih daripada RM5,000 bagi setiap peminjam)
  • Pembayaran balik jumlah komitmen pembiayaan tidak boleh melebihi 60% daripada pendapatan bersih bulanan atau had pembiayaan maksimum bank yang terlibat, yang mana lebih rendah

Keperluan Pembiayaan

  • Tempoh pembiayaan tidak lebih daripada 35 tahun, tertakluk kepada umur peminjam tidak melebihi 65 tahun di akhir tempoh pembiayaan.
  • Kemudahan untuk melunaskan sahaja (tiada ciri yang memberi kemudahan untuk pengeluaran)
  • Bayaran ansuran melalui potongan gaji bulanan atau arahan tetap
  • Insurans/takaful kebakaran diwajibkan

Harta Yang Layak

  • Harta kediaman yang terletak dalam Malaysia
  • Nilai minimum hartanah RM100,000
  • Nilai maksimum hartanah RM500,000
  • Dihuni oleh pemilik (pembeli mestilah menghuni kediaman berkenaan)

BANK YANG MENAWARKAN PINJAMAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Permohonan untuk pembiayaan dibawah Skim ini boleh dibuat di cawangan terdekat bank yang terlibat seperti berikut:

Bank Pinjaman Skim Rumah Pertamaku SRP

PENDAFTARAN SKIM RUMAH PERTAMAKU (SRP)

Pemohonan boleh dibuat di mana-mana cawangan bank-bank yang terlibat seperti di atas. Atau, anda boleh layari Portal Skim Rumah Pertamaku (SRP) melalui pautan di bawah untuk maklumat lanjut.

PORTAL RASMI SRP

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image