Mohon & Semak Pembiayaan Selangor Advance PKS Disini

1,371

Pembiayaan Selangor Advance PKS

Bagi membantu usahawan PKS yang terjejas perniagaan dan ekonomi akibat wabak Covid-19, Kerajaan Negeri Selangor telah memperkenalkan inisiatif pembiayaan Selangor Advance PKS melalui pembentangan Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor Prihatin yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, YB Amiruddin Shari.

Golongan Sasaran

  • Kerajaan negeri akan membantu usahawan PKS terutamanya golongan kontraktor dan penyedia perkhidmatan melalui inisiatif pembiayaan tunai.

Ciri Menarik Selangor Advance PKS

Terdapat beberapa ciri menarik yang diperkenalkan seperti :

  • Pembiayaan melalui Selangor Advance adalah berdasarkan sistem Tawarruq (satu bentuk jual beli yang melibatkan pembelian sesuatu barangan secara tangguh daripada satu pihak untuk dijual kepada pihak ketiga dengan harga tunai bagi mendapatkan wang tunai) yang patuh syariah.
  • Selangor Advance akan membiayai invois sektor kerajaan.
  • Kelulusan adalah segera dan tiada cagaran dikenakan.
  • Hanya caj serendah 1% dari nilai invois.

Cara Membuat Permohonan

Anda yang berminat boleh membuat permohonan seperti :

Mohon & Semak Pembiayaan Selangor Advance PKS Disini

  • Klik MOHON
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik MOHON SEKARANG setelah semua maklumat diisi dengan betul.

Mohon & Semak Pembiayaan Selangor Advance PKS Disini

Langkah Membuat Permohonan

Untuk memohon, anda boleh ikuti langkah-langkah berikut :

  1. Pengesahan siap kerja.
  2. Hantarkan invois kepada Selangor Advance untuk memohon pembiayaan pembayaran awal.
  3. Dapatkan bayaran awal dengan kadar segera.

Dokumen Diperlukan

Untuk menghantar permohonan, pastikan anda menghantar bersama dokumen berikut :

  • Salinan kad pengenalan
  • 6 bulan penyata bank

Maklumat & Pertanyaan

Sebarang pertanyaan dan malumat lanjut, anda boleh hubungi urusetia di :

  • Telefon : 018 282 8502 / 018 282 8227

1. Apakah Selangor Advance?

Selangor Advance ialah program yang boleh memperbaikan aliran tunai dan modal operasi pembekal/penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja, melalui kemudahan pembiayaan pemfaktoran-i. Para pembekal/penyedia perkhidmatan tersebut boleh memohon untuk mengambil bahagian dan boleh mula memohon untuk pembayaran awal atas nilai invois setelah mendapatkan kelulusan untuk mengambil bahagian. Setelah mendapat kelulusan untuk pembayaran awal, para pembekal/penyedia perkhidmatan boleh menerima pembayaran awal sepertimana yang dipohon, tanpa menunggu tempoh bayaran matang / terma kredit invois / terma syarat bayaran pihak yang membuat bayaran.

2. Agensi Kerajaan Negeri mana yang terlibat?

Senarai agensi dan kumpulan GLC Kerajaan Negeri akan ditambah secara beransur. Borang permohonan juga terdapat di laman web www.selangoradvance.com.my Untuk info terkini, anda akan dihubungi dalam masa 3 hari setelah borang diisikan dengan lengkap.

3. Adakah Selangor Advance patuh shariah?

Ya. Konsep program ini adalah berlandaskan Tawarruq Komoditi Murabahah yang merupakan pembelian komoditi berdasarkan kepada pembayaran tertunda.

4. Adakah kemudahan ini terbuka kepada syarikat berstatus Bumiputera sahaja?

Tidak. Kemudahan ini terbuka untuk syarikat pembekal/penyedia perkhidmatan yang berurusan dengan pihak Kerajaan Negeri Selangor, agensi dan kumpulan GLC Selangor sahaja tanpa mengira status Bumiputera

5. Adakah kriteria yang dikenakan pada nilai invois?

Nilai invois yang diterima buat masa ini adalah sekurang-kurangnya RM10,000 setiap invois untuk layak menggunakan kemudahan ini Anda juga boleh menyemak status kelulusan permohonan pembayaran awal untuk nilai invois anda di portal Selangor Advance setelah anda diluluskan sebagai pembekal di bawah program ini.

Daftar Sebagai Pembaca
Apa Kata Anda Daftar Percuma Sebagai Pembaca & Terima Update Dari Kami Terus Ke INBOX Anda.
Klik Daftar Di Atas & Sahkan Pendaftaran Anda Melalui Yang Anda Akan Terima Sebentar Lagi.
close-image